Tertanya-tanya apakah tempat Char Kuey Teow di KL & Selangor yang sedap?

Char Kuey Teow merupakan makanan yang sangat popular di Malaysia. Berbeza dengan kuey teow goreng biasa, ianya merupakan kuey teow goreng basah namun tidaklah seperti kuay teow sup. Sangat unik!

Yang paling menarik tentang menu ini ialah cara masakannya. Ianya digoreng di atas api panas dengan kicap dan sos, cili, udang, kerang, telur, tauge dan kucai. Sesiapa yang melihat dijamin akan terliur!

Bagi yang bakal berkunjung ke KL atau Selangor, agak-agaknya tempat Char Kuey Teow di KL & Selangor yang mana yang menarik? Berikut ialah senarainya. Teruskan membaca.

#1 Mali’s Corner

Alamat: Gerai Makan Radziah, Jalan Malinja 2, Taman Bunga Raya, 53300, Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 5.30 pm – 4 am

Gerai Mali’s Corner ini bukan sahaja terkenal dengan menu nasi lemak, malah char kuey teow di sini juga turut menjadi buruan ramai. Jika anda baca ulasan tentangnya di Internet, kebanyakannya positif-positif belaka.

tempat char kuey teow

Imej via Foursquare

Gerai ini mula beroperasi sejak 1997 lagi, membuktikan yang ianya memang legend. Char kuey teownya dipuji sedap oleh ramai dan semestinya mengenyangkan.

Suasananya yang santai membuatkan ramai pelanggan selesa untuk meluangkan masa bersama keluarga atau sahabat handai di sini. Kebersihan dan servis juga mantap!

#2 Lah SANY CHAR KOAY TEOW Titiwangsa

Alamat: Jalan Kuantan, Titiwangsa, 53200 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 4.30 pm- 3.30 am

Sambil berjalan-jalan sekitar Taman Tasik Titiwangsa, ada satu gerai char kuey teow yang wajib anda singgah – restoran Lah SANY CHAR KOAY TEOW Titiwangsa atau lebih dikenali dengan Sany Char Kuey Teow!

tempat char kuey teow kl selangor

Imej via Foursquare

Gerai ini memang sangat terkenal dengan menu char kuey teow. Anda boleh cuba char kuey teow special mereka yang merupakan menu terlaris di situ. Ianya menyajikan char kuey teow bersama udang, kerang dan telur mata.

Harganya juga cuma RM 7 sepinggan, sangat berpatutan dan berbaloi dengan kelazatannya! Selain char kuey teow, restoran ini juga ada menyajikan menu lain seperti sate dan otak-otak.

#3 Pak Teh Char Koay Teow & Nasi Lemak Ayam

Alamat:  29, Jalan Selimang, Taman Tenaga, 56000 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari, 7 pm – 3 am

Satu lagi restoran di KL yang terkenal dengan hidangan char kuey teow ialah restoran Pak Teh Char Koay Teow & Nasi Lemak Ayam! Restoran ini juga turut terkenal dengan menu nasi lemak ayam.

tempat char kuey teow

Imej via Foursquare

Ada pelanggan yang mengakui char kuey teow di sini tersangat sedap, tak perlu jauh-jauh singgah di Penang kerana kelazatannya setanding dengan menu tersebut di Penang!

Selain itu, mereka juga turut memuji servisnya yang terbaik. Walaupun jumlah pelanggan sentiasa ramai, hidangan yang dipesan tidak mengambil masa terlalu lama untuk disiapkan.

#4 Char Kuey Teow Aunty Gemuk

Alamat:  22, Jalan SS 5a/12, Ss 3, 47301 Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari, hari minggu 7.30 am – 7.30 manakala hujung minggu 7.30 am – 4.30 pm

Jika anda pencinta char kuey teow, nama restoran Char Kuey Teow Aunty Gemuk ini pasti sudah biasa anda terdengar. Ianya juga sudah beroperasi sejak berpuluh tahun yang lalu lagi.

ckt

Imej via Foursquare

Selain sedap, char kuey teow di sini juga halal, jadi anda usah risau tentang status halalnya. Resepi char kuey teow yang digunakan juga merupakan resepi turun-temurun sejak 20 tahun yang lepas.

Ramai pelanggan mengakui yang char kuey teow di sini seenak char kuey teow di Penang. Ianya tidak terlampau berkuah namun tidak pula kering. Sangat cocok dengan citarasa ramai!

#5 Sisters Kopitiam TTDI

Alamat:  Persiaran Zaaba, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 8.30 am -10.30 pm

Restoran Sisters Kopitiam yang terletak di TTDI ini dibuka seawal jam 8.30 pagi, jadi alang-alang bolehlah anda singgah bersarapan di sini untuk menikmati char kuey teownya yang laku keras!

ckt

Imej via Foursquare

Restoran ini menyajikan pelbagai jenis menu – dari mi, bihun, snek dan bubur, semuanya ada. Namun, menu yang paling terkenal ialah char kuey teow.

Selain udang dan kerang, sotong juga merupakan antara lauk yang ditambah untuk menu ini. Jangan lupa untuk menikmatinya bersama sambal kicap, dijamin sedap!

#6 Restoran Sham 696

Alamat: G, 53, Jalan Nelayan 19/A, Seksyen 19, 40300 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi:  Setiap hari kecuali Selasa, 11.30 am – 11.45 pm

Bagi yang menggemari char kuey teow basah, Restoran Sham 696 yang terletak di Shah Alam ini wajib anda terjah! Ianya sangat terkenal dengan menu tersebut, di samping menu lain seperti sate.

ckt

Imej via Foursquare

Ada beberapa jenis char kuey teow yang boleh dicuba. Antaranya ialah char kuey teow udang galah, char kuey teow dan char kuey teow sotong. Bagaimana jika anda ingin menikmati kedua-duanya sekali?

Pesan sahaja ang paling istimewa adalah char kuey teow serangkai yang mencampurkan sotong, udang galah dan kerang. Harganya sekitar RM 13 sahaja, sangat berpatutan!

#7 Sg. Dua Char Koay Teow

Alamat: 42, Jalan PUJ 3/4, Taman Puncak Jalil, 43300 Seri Kembangan, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Rabu, 12 pm – 2 am

Jika anda berada di Selangor, singgah sahaja di restoran Sg. Dua Char Koay Teow di Seri Kembangan ini untuk mencuba char kuey teow sesedap yang di  restoran char kuey teow yang sangat terkenal di Sungai Dua, Penang.

sg dua

Imej via Foursquare

Restoran ini merupakan cawangannya di Selangor. Semestinya resepi yang digunakan asli, jadi keenakannya semestinya terjamin. Memang wajib cuba jika anda peminat tegar char kuey teow!

#8 Speed Char Kuey Teow

Alamat: 64, Jalan PJS 2c/2, PJ Seksyen 2C – 2D, 46000 Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Khamis, 6 pm – 1 am

Kita selalunya menikmati char kuey teow udang dan kerang sahaja. Ingin mencuba char kuey teow yang lain daripada yang lain? Lekaslah singgah di Speed Char Kuey Teow ini.

speed

Imej via Foursquare

Restoran ini menyajikan char kuey teow kambing, sangat unik! Walaupun ianya jarang didengari, rasanya enak sekali. Saiz hidangan juga besar, jadi kekenyangan memang terjamin.

Kesimpulan

Bagaimana? Sudah jumpa Char Kuey Teow di KL & Selangor yang anda ingin singgah? Atau anda mula tertarik dan ingin singgah di kesemuanya? Jangan gelojoh, singgah sahaja satu persatu jika berkesempatan.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda dalam mencari tempat makan yang sedap. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial. Selamat menjamu selera!

Penulis: Nurul Hani

Nurul Hani

Merupakan seorang pelajar di salah satu universiti tempatan dan berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik di Malaysia.

    Tinggalkan Komen!

    Langgan Info Kami

    Berkaitan

    .