Langkau ke kandungan
Saji.my
Menu

Sup Salim Sentul Paling Pekat, Port Peminat Sup

Siapa sini peminat sup pekat? Ala-ala sup kambing atau sup daging dekat nasi kandar tu. Yang penting, sup memang sangat pekat dan bukan sup biasa-biasa…

Kuala LumpurDikemas kini 1 Mei 2023oleh Rina
Pelbagai jenis sup pekat seperti sup kambing dan daging di Kedai Sup Salim Sentul.
Status Halal
Tidak Pasti
Waktu Operasi
Isnin - Ahad: 2 petang - 11 malam
Lokasi
Kedai Sup Salim, Sentul, Kuala LumpurBangunan Dato Haji Suhaimi 2002, Jalan Sentul Pasar Dalam, Sentul, 51100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Siapa sini peminat sup pekat? Ala-ala sup kambing atau sup daging dekat nasi kandar tu. Yang penting, sup memang sangat pekat dan bukan sup biasa-biasa ya. 

Nikmat dapat makan sup pekat ni memang tak dapat digambarkan, apatah lagi sup yang cukup lengkap rasanya. 

Khas untuk peminat sup mamak atau sup ala-ala nasi kandar, anda pasti teruja apabila makan sup di Kedai Sup Salim yang terletak di Jalan Doraisamy, Sentul, Kuala Lumpur.

Mangkuk sup daging pekat Sup Salim Sentul

Imej via trackpacking

Sup Salim (Jalan Doraisamy) Sentul, Kuala Lumpur

Bagi anda yang baru pertama kali datang ke sini, jangan terkejut lihat lokasinya. Ia terletak betul-betul di tepi jalan, sangat mudah untuk menemui Sup Salim ini. 

Ramai yang memilih Sup Salim kerana keenakan sup, pelbagai variasi sup yang dijual di sini, servis yang bagus, makanan cepat dihidang, kebersihan yang terjaga dan lain-lain lagi. 

Papan menu Sup Salim di Jalan Doraisamy

Imej via trackpacking

Hampir 15 jenis sup yang boleh anda nikmati di sini. Boleh pilih ikut citarasa masing-masing. Percayalah, lepas cuba sekali, anda pasti takkan pernah jemu untuk makan di sini. 

Antara sup pilihan ramai adalah Sup Daging, Sup Perut, Sup Kambing, Sup Tulang, Sup Ekor, Sup Lidah, Sup Ayam dan banyak lagi. Adakah makan sup sahaja? 

Tidak, anda boleh makan sup bersama nasi atau roti.  Bukan sahaja mengenyangkan, tetapi memang puas sangat sebab sedap. 

Sup kambing panas dihidang dalam mangkuk

Imej via foursquare

  • Sup Kambing
  • Sup Ayam
  • Sup Daging
  • Sup Ekor
  • Sup Lidah
  • Sup Urat
  • Sup Tulang
  • Sup Paru
  • Sup Perut
  • Sup Burung Puyoh
  • Sup Campur Telur
  • Sup International
  • Sup Lidah Kambing

Sup Daging, Sup Kambing Dan Sup Perut Kegemaran Ramai

Yang paling laris atau citarasa orang Malaysia bagi Sup Salim adalah sup daging, sup kambing dan sup perut. Tidak kurangnya juga dengan sup lidah dan sup ekor. 

Anda pasti makan sehingga habis kuahnya kerana sup-sup ini memang superb dan terbaik. Di Kuala Lumpur, Sup Salim Jalan Doraisamy, Sentul ini memang win!

Mangkuk sup daging pekat dengan hirisan daging

Imej via foursquare

Sup perut pekat dihidang bersama roti

Imej via foursquare

Pelbagai Pilihan Sup | Sesuai Untuk Keluarga, Kawan-Kawan Dan Sesiapa Sahaja

Sup International pun ada! Bukan itu sahaja, memang banyak pilihan sehingga tak tahu nak makan sup yang mana satu. Sebab itu, Sup Salim ini amat sesuai untuk anda kunjungi bersama keluarga dan kawan-kawan atau sesiapa sahaja. 

Masing-masing boleh pilih ikut kemahuan anak tekak masing-masing. Wajib cuba apa yang anda inginkan, jika tidak merasa, takut kempunan pula nanti. 

Kedai Terbuka, Sesuai Melepak

Gerai ini bersifat terbuka, sesuai untuk dijadikan Port lepak bagi anda yang suka ambil angin malam sambil menikmati sup salim yang sedap dan panas. Sama juga seperti port minum kopi malam-malam, tetapi kali ini port hirup sup bersama rakan-rakan pula!

Alamat: Bangunan Dato Haji Suhaimi 2002, Jalan Sentul Pasar Dalam, Sentul, 51100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 2 petang - 11 malam

Hari: Isnin - Ahad

Nak tahu nak makan di mana? Jom ramai-ramai datang ke sini!

Jom baca juga tempat makan di Caffe Diem dan Restoran Tok.