Jika ke Vietnam sup daging atau pho dan popia kertas beras makanan paling popular. Balik ke Malaysia pun mesti akan teringat hidangan di sana. Terutamanya kopi vietnam. Permintaan masyarakat tempatan terhadap makanan Vietnam membuatkan La Juiceria Sdn. Bhd. mengambil inisiatif membuka rangkaian restoran Super Saigon.

Kalau anda pergi ke negara Vietnam sekalipun, kadang kadang agak sukar untuk mencari makanan tempatan yang halal. Tapi di Super Saigon, tidak perlu risau kerana ia merupakan the first HALAL friendly Vietnamese restaurant di Kuala Lumpur.

restoran super saigon

Imej via Facebook

Restoran Super Saigon Saji Makanan Asli Vietnam

Restoran Super Saigon mempunyai empat outlet.di Kuala Lumpur Iaitu di Taman Tun Dr. Ismail, dan cawangan kedua di Sri Hartamas,. Kemudian cawangan seterusnya di Ampang dan Bangsar. Di Selangor satu cawangan iaitu di Seventeen Mall, Petaling Jaya.

Ada pelbagai jenis hidangan makanan Vietnam di sini tapi yang paling enak pastilah makanan tradisional mereka, PhoDaging lembu Australia yang direbus selama sekurang-kurangnya lapan jam bersama ramuan herba istimewa akan dihidangkan dengan mi beras. Sayur seperti daun selasih dan tauge akan dihidangkan secara berasingan.

Super Saigon menggunakan bahan segar seperti daging lembu, sayur-sayuran dan makanan laut iaitu udang. Kesemua bahan tersebut juga telah mendapat perakuan Halal. Daging lembu Australia, ayam, herba segar dan bahan aromatik yang diimport untuk memastikan setiap hidangan dilaksanakan dengan sempurna.

restoran super saigon bun cha

Antara menu yang mendapat permintaan ramai di Super Saigon ialah pho Special Beef Combination, popia segar kertas beras dibalut dengan ayam dan udang.  Popia goreng rangup dengan ayam cincang dan udang serta ayam panggang serai beraroma dengan popia goreng rangup.

Tidak dilupakan minuman signature kopi susu Vietnam yang dihidangkan di dalam penapis timah.

restoran super saigon kopi vietnam

INFO

Restoran Super Saigon

Taman Tun Dr. Ismail

28, Jalan Datuk Sulaiman, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur.

11:30am-10:30pm hari biasa
10am-10:30pm hari minggu dan cuti umum
+60374981875

Sri Hartamas

2 Jalan Sri Hartamas 8, Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur

11:30am-10:30pm hari biasa

10am-10:30pm hari minggu dan cuti umum

0328569886

Ampang

34, Persiaran Ampang, Desa Pahlawan, 55000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

11:30am-10:30pm hari biasa

10am-10:30pm hari minggu dan cuti umum

0328569998

Bangsar

75, Jalan Bangkung (Off Jalan Maarof), Bangsar, 59100 Kuala Lumpur

11:30am-10:30pm hari biasa

10:30am-10:30pm hari minggu dan cuti umum

0328569936

Seventeen Mall

L2-06 & L2K-03 Seventeen Shopping Mall, Seksyen 17, 40150 Petaling Jaya, Selangor

10:00 am-10:00 pm hari biasa

10:00 am-10:00 pm hari minggu dan cuti umum

+603-5031 3136

Laman web : http://supersaigon.com.my

 

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka jalan cari tempat makan menarik.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.