Mencari port kambing bakar di Lembah Klang?

Lembah Klang merupakan kawasan yang terdiri daripada daripada KL dan pinggir bandarnya. Ia juga meliputi kawasan bandar dan bandaraya di negeri Selangor.

Kawasannya memang luas, jadi tidak hairanlah tempat makan sekitar sini memang berbagai jenis dan ini termasuklah port kambing bakar.

Masih tak tahu port kambing bakar di Lembah Klang untuk dituju? Jangan risau, berikut kami senaraikan 12 port kambing bakar di Lembah Klang. 

#1 Restoran Cik Tri Sahara Kambing Bakar

Alamat: Persiaran Setia Utama, Alam Nusantara, 40170 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Khamis, 10 am – 11 pm

Ini merupakan salah satu tempat makan di Shah Alam yang cukup terkenal – Restoran Cik Tri Sahara Kambing Bakar.

Semestinya hidangan yang terlaris ialah kambing bakar iaitu Kambing Bakar Sahara.

port kambing bakar lembah klang kambing bakar cik tri sahara
Imej via Foursquare

Isi yang lembut, aroma yang harum serta kuah yang pedas membuatkan ramai pelanggan terpikat.

Saiz hidangan juga besar dan jumlah daging juga banyak. Harganya sekitar RM 17 sahaja, sangat berpatutan!

#2 Kambing Bakar Kontena (Setia Alam)

Alamat: No.1-GF, Seria 88 Business Centre, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 11 am – 11 pm

Berada sekitar Setia Alam dan mengidamkan kambing bakar? Singgah sahaja di restoran Kambing Bakar Kontena.

port kambing bakar lembah klang kambing bakar kontena
Imej via Foursquare

Kambing Bakar yang berharga RM 16.90 ini bukan sahaja menyelerakan, malah saiz hidangan juga besar. Isi yang juicy menambahkan lagi keenakkannya.

Restoran ini bukan sahaja mempunyai cawangan di Shah Alam, malah ianya juga mempunyai cawangan lain di Kampung Baru, KL.

Servis yang baik serta ruang parkir yang luas yang ditawarkan oleh pihak restoran ini juga turut dipuji ramai.

#3 House Of Kambing MAEPS Ecofarm

Alamat: Jalan MAEPS 4/1, 43000 Kajang, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 11 am – 6.30 pm

Jika anda mengunjungi MAEPS, apa kata anda singgah menjamu selera di House of Kambing ini?

port kambing bakar lembah klang house of kambing maeps
Imej via Foursquare

Aroma kambing yang dibakar sahaja sudah cukup untuk bikin anda terliur. Saiz hidangan yang besar pasti menjanjikan kekenyangan buat anda.

Ianya diperap dengan begitu baik sekali, jadi semestinya kambing bakar di sini padu. Rugi tak cuba!

Restoran ini juga mempunyai pemandangan ladang yang cantik, memang menenangkan.

#4 BBQ Lamb KL Kemensah

Alamat: Jalan Taman Zooview, Kampung Kemensah, 68000 Ampang, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 10 am – 7 pm

Restoran ini sudah tidak perlu kami perkenalkan lagi, tambahan pula jika anda menetap di KL. Pasti anda biasa terdengar nama restoran BBQ Lamb KL Kemensah ini, bukan?

Susunan meja di sini semuanya terletak di sungai, jadi anda boleh menikmati kambing bakar sambil berendam, sangat menarik!

bbq lamb kl kemensah
Imej via Foursquare

Hidangan yang menjadi rebutan ramai ialah BBQ Lamb. Juicy, lembut dan besar saiz hidangannya.

Anda juga perlu membuat tempahan sebelum ke sini. Anda boleh hubungi mereka di 012-2114100.

#5 Warong Saudagar Kambing Bakar

Alamat: Kampung Jln Kebun, 40460 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 2 – 10 pm

Ini juga merupakan antara port kambing bakar di Lembah Klang yang wajib anda serbu – Warong Saudagar Kambing Bakar.

“Rasa kambing yang kuat memang sangat menyelerakan” merupakan antara ulasan yang ditinggalkan oleh pelanggan setianya, jelas menunjukkan yang kambing bakar di sini memang best.

port kambing bakar lembah klang saudagar shah alam
Imej via Foursquare

Antara punca utama kambing bakar di sini digemari ialah kuahnya yang secukup rasa, bikin ramai ketagih!

Harganya pula sekitar RM 14.90 untuk set kambing bakar, sangat berpatutan!

#6 Nasi Dulang Daun Pisang Bangi

Alamat: PT 75024 Jalan Besar Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 10 am – 4 pm

Di Bangi, nama restoran Nasi Dulang Daun Pisang ini memang menjadi sebutan ramai. Agak-agak kenapa ya?

Semestinya kerana keenakkan hidangannya. Berlainan dengan restoran lain, restoran ini menyajikan nasi dulang daun pisang bersama lauk seperti kambing bakar.

port kambing bakar lembah klang nasi dulang pisang
Imej via Foursquare

Aroma nasi yang harum memang ‘ngam’ dengan kambing bakar yang diperap dengan begitu sempurna.

Harga untuk set dulang kambing bakar ialah RM 22, berbaloi dengan saiz hidangan yang besar serta keenakkan yang dijanjikan.

#7 Kambing Bakar Terima Kasih Ibu

Alamat: Batu 2 1/4, 41400 Klang, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 9 am – 1 am

Sukakan kambing bakar yang lebih pedas kuahnya? Singgah sahaja di restoran Kambing Bakar Terima Kasih Ibu yang memang laku keras kambing bakarnya.

Terletak di Klang, restoran ini juga sesuai dijadikan sebagai port untuk anda bersantai bersama rakan-rakan kerana ianya luas.

kambing bakar terima kasih ibu
Imej via Foursquare

Kurang menggemari kuah yang pedas? Tidak mengapa, anda juga boleh pesan kicap lebih kerana kicapnya manis, pasti kena dengan tekak anda.

Set Kambing Bakar di sini berharga sekitar RM 17, cukup berbaloi dengan jumlah kambing yang banyak.

#8 Warung Mercik – Kambing Bakar

Alamat: Jalan Sepah Puteri 5/21, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 7.15 am – 7 pm

Jika kebanyakan port kambing bakar yang kami senaraikan tadi berasaskan selera tempatan, Warung Mercik pula berasakan selera tempatan dan Barat.

Untuk selera Barat, anda boleh cuba Grilled Lamb yang disajikan bersama kentang putar, coleslaw dan sayur-sayuran. Burger Kambing Bakar juga turut disediakan.

warung mercik petaling jaya
Imej via Foursquare

Untuk selera tempatan pula, anda boleh cuba Nasi Kambing Bakar yang disajikan bersama nasi mentega, memang laku keras!

#9 Nasi Kambing Harimau Menangis

Alamat: Lot, Lor Seri Cahaya 1, Kampung Melayu Subang, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 6 am – 4 pm

Nama restoran ini sudah cukup untuk menggambarkan betapa sedapnya kambing bakar di Nasi Kambing Harimau Menangis ini.

nasi kambing harimau menangis port kambing bakar lembah klang
Imej via Foursquare

Tambahan pula jika anda sukakan daging kambing yang berlemak dan lembut, pasti anda akan menangis terharu!

Ianya juga diperap dengan rempah buatan sendiri yang menggandakan lagi keenakkanya. Pendek kata, memang rugi jika anda tak cuba.

#10 Restoran Kambing Bakar KITAGI

Alamat: 6, Jalan Nakhoda Yusof 5, Taman Nakhoda Yusof, 41000 Klang, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 5.30 pm – 12 am

Kambing bakar bukan sahaja digemari disebabkan oleh dagingnya, malah kuahnya atau sosnya juga memainkan peranan yang penting.

kambing bakar kitagi klang
Imej via Foursquare

Di restoran Kambing Bakar KITAGI, rata-rata pelanggan di sini mengakui yang sosnya memang ‘padu’.

Di samping itu, kambingnya juga lembut dan dihidangkan dalam jumlah yang agak banyak. Semestinya berbaloi!

#11 Nasi Kerabu Kambing Bakar

Alamat: Persiaran Pelangi Taman Pelangi, 50566 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 6.30 am – 3 pm

Teringin untuk menikmati nasi kerabu berlaukkan kambing bakar yang enak? Jika anda berada sekitar KL, inilah restoran yang wajib anda kunjungi.

Terletak berdekatan dengan Muzium Negara, restoran ini memang cukup terkenal dengan lauk kambing bakarnya.

nasi kerabu kambing bakar persiaran pelangi kl
Imej via Instagram

Ianya mempunyai rasa yang manis dan isinya juga dipuji lembut. Jumlah kambing bakar yang disajikan juga banyak!

#12 Juragan Kambing Bakar

Alamat: No.8 Lot, Cabin, 1617, Jalan Genting Kelang, Setapak, 53300 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad, 4 – 9 pm

Mencari kambing bakar yang bukan sahaja enak, malah berpatutan harganya di KL? Singgah sahaja di restoran Juragan Kambing Bakar.

juragan kambing bakar kl
Imej via Foursquare

Hidangan yang namanya menjadi sebutan ramai ialah Set Kambing Bakar dan anda akan disajikan dengan minuman, nasi, kambing bakar dan sup.

Harga untuk set ini ialah sekitar RM 13, sangat murah dan berpatutan. Jumlah kambing bakar juga agak banyak, memang tak kedekut!

Kesimpulan

Sudah jumpa port kambing bakar di Lembah Klang yang ingin anda lawati? Semua tempat makan yang kami senaraikan ini memang terbaik, jadi singgah sahaja satu-persatu.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda dalam mencari tempat makan yang sedap. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial. Selamat menjamu selera!

Artikel Menarik Lain

Penulis: Nurul Hani

Nurul Hani

Merupakan seorang pelajar di salah satu universiti tempatan dan berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.