Langkau ke kandungan
Saji.my
Menu

Laksa Ikan Sekoq Alor Setar Mergong Buat Kami Terliur

Jika anda berjalan-jalan sekitar Alor Setar, jangan lupa untuk singgah ke laksa Ikan Sekoq Mergong yang sangat terkenal di Alor Setar. Selain makanan lauk…

KedahDikemas kini 12 Mac 2017oleh Shayid Sharir
Sepinggan laksa ikan sekoq dengan seekor ikan kembung di atasnya, hidangan popular di Alor Setar.
Status Halal
Tidak Pasti
Harga
Laksa Ikan Sekoq: RM4.50
Waktu Operasi
Setiap hari: 11:30 pagi - 7:30 malam
Lokasi
Laksa Ikan Sekoq Mergong, Alor Setar, KedahNo 66 Rumah Kedai Perumahan Awam Mergong, Jalan Gangsa, 05150 05350 Alor SetarLihat di peta →

Jika anda berjalan-jalan sekitar Alor Setar, jangan lupa untuk singgah ke laksa Ikan Sekoq Mergong yang sangat terkenal di Alor Setar.   Laksa Ikan Sekoq Hadapan   Selain makanan lauk pauk Melayu ala-ala kampung, laksa juga antara menu yang popular jika jika anda berada di Utara. Laksa boleh dikatakan patut cuba jika anda berada sekitar Pulau Pinang, kedah, ataupun Perlis. Laksa versi daerah ini sangat berbeza dengan laksam yang terkenal di kawasan Terengganu atau Kelantan. Ianya juga berbeza dengan laksa Johor.Laksa di sini biasanya dibuat daripada sumber ikan. Antara tempat makan yang popular untuk anda cuba adalah Laksa Ikan Sekoq Alor Setar yang terletak di Jalan Gangsa. Untuk alamat lengkap pula adalah No 66 Rumah Kedai Perumahan Awam Mergong Jalan Gangsa 05150 05350 Alor Setar.  

Kenapa Nama Laksa Ikan Sekoq?

Kenapa ianya dinamakan dengan Laksa Ikan Sekoq? Hal ini kerana anda dapat lihat seekor ikan akan diletak dalam makanan anda. Ikan yang digunakan pula adalah ikan kembung. Apa yang menarik di sini, anda boleh tambah makanan anda semula secara percuma. Memang sangat berbaloi dengan harga. Senang cerita, anda boleh makan sampai dengan kenyang dengan harga pada sepinggang laksa. Tetang harga pula, ianya bergantung pada harga pasaran ikan kembung. Berdasarkan maklumat, ianya adalah antara RM 4.50.   Laksa Ikan Sekoq Laksa Ikan Sekoq Cendol Imej via Foursquare   Di sini juga terdaatnya cendol pulut untuk dipesan bersama laksa. Seperti mana dengan laksa, anda boleh tambah cendol anda seberapa kali anda mahu. Anda bolehlah mencuba cendol durian pulut ataupun cendol biasa. Memang extra vaganza jawabnya kalau makan di sini. Kami pasti setelah melihat gambar di atas, anda pasti tidak sanabr untuk terjah ke kedai makan ini.  

Info Kedai

Untuk mereka yang ingin datang ke sini, kami kongsikan kordinat GPSnya.Manakala untuk maklumat terkini dan komen tentang tempat makan ini, anda bolehlah melawat Facebook mereka di sini. 6°08’27.1″N 100°21’47.6″E ataupun 6.140876, 100.363210 Waktu urusan pula adalah dariapda 11.30 pagi hinggalah 7.30 malam. Akhir kata, selamat menjamu selera dan jangan lupa untuk kongsi padangan dan komen anda jika anda pernah makan di sini. Jika anda mempunyai tempat makan cadangan untuk laksa yang berdekatan, jangan lupa untuk cerita tentangnya juga.