Jika anda singgah ke Tanjung Malim, tak sah jika tidak singgah kafe milik sutradara terbaik Malaysia Mamat Khalid- Sarang Art Hub. Kafe ini bukan sekadar sebuah restoran namun ia lebih dikenali dengan ‘sarang’ seni. Ia dihias dengan gaya santai yang mempamerkan karya seni seperti lukisan, arca, dan graffiti.

Lazimnya Tanjung Malim, Perak lebih dikenali sebagai lokasi persinggahan pengunjung yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh atau menghala ke Kuala Lumpur. Bandar Proton dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) antara mercu tanda pekan ini yang diingati pengunjung.

sarang art hub

Namun, kesunyian pekan ini berubah apabila pengarah profilik, Mamat Khalid mewujudkan Sarang Art Hub yang menjadi lokasi penggiat seni dan masyarakat berkumpul. Bukan hanya untuk berhibur malah menikmati hidangan ‘bertema filem’ yang lazat.

menu sarang art hub

Menu Pilihan di Sarang Art Hub

Jangan terkejut jika melihat menu di sini semuanya dari tajuk dan karakter dalam filem popular Mamat Khalid. Antaranya Mi Goreng Pak Jabit dan Nasi Goreng Kampung Pisang.

Di sini bukan sekadar menu tempatan, malah anda boleh memesan ‘western food’ dan juga hidangan ringan.

pilihan menu

Antara menu yang penulis boleh syorkan untuk anda ialah Nasi Goreng Petai Kak Limah Mengilai. 2 kali penulis singgah di sini, nasi goreng ini menjadi pilihan di hati.

nasigorengkaklimahmengilai

Keistimewaan Nasi Goreng Petai Kak Limah Mengilai ni kerana ada petai di dalamnya yang membangkitkan selera. Ditambah pula dengan udang yang segar dan bahan lain yang banyak

Kiranya memang puas makan nasi goreng ni. Memang tak kedekut dalam hidangan untuk para pengunjung di sini.

menu sarang art hub

Jangan lupa juga untuk memesan Lamb Chop. Ramai yang recommend dan memuji kesedapan makanan barat yang disajikan di sini.

lamb chop

Sarang Art Hub Kafe Seni

Sarang Art Hub ini terletak di Rest House atau Rumah Rehat Tanjung Malim. Kalau korang nak mudah lagi, cari sahaja KFC Tanjung Malim. Mesti jumpa.

Kafe ini juga terhasil daripada atas pelawaan Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM)  demi memeriahkan kawasan ni.

sarangarthub

sarang

Dah pemiliknya orang seni, sudah pasti konsep kafe ini seni juga. Bukan setakat berkonsepkan filem. Bahkan seni halus dan muzik juga boleh dilihat di dalam dan sekitar kafe Sarang Art Hub.

Kafe ini juga sering menganjurkan bermacam-macam program seni seperti bicara filem dan juga persembahan muzik. Kena dengan nama, kafe ini menjadi sarang untuk peminat seni tanah air.

sarangarthub

Semoga kafe ini terus bertahan kerana nilai yang ada di sini tinggi nilainya.

Usaha Mamat menganjur aktiviti kesenian di kawasan tersebut bersama masyarakat mewujudkan suasana meriah di Tanjung Malim yang tidak lagi sepi tanpa hiburan khususnya pada masa hujung minggu untuk orang ramai bersantai.

 

Alamat: Jalan Rumah Rehat, Taman Bandar, 35900 Tanjung Malim

Waktu Operasi: Jumaat – Rabu (230pm – 1am)

Ditutup pada hari Khamis

Untuk aktiviti Sarang Art Hub boleh follow FB PAGE

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka jalan cari tempat makan menarik.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.