Kewujudan restoran Running Man Go di Sitiawan, Perak membawa khabar gembira buat para peminat makanan Korea. Kegembiraan dek kerana kewujudan ini semakin bertambah apabila ia menyajikan makanan Korean yang halal buat para peminat yang beragama Islam.

Pada peringkat permulaan, kehadiran restoran Running Man di Sitiawan pada mulanya dibuka hanya untuk pelanggan bukan Islam kerana ia menyajikan hidangan tidak halal.

Steamboat Korea

Imej via facebook

Namun, untuk tidak mengecewakan para peminat makanan Korea, pemilik Hamba Korean dan juga restoran Running Man telah membuka sebuah lagi restoran makanan Korea yang halal dimakan oleh masyarakat Muslim di negara ini. Oleh itu, maka tercetuslah kewujudan restoran Running Man Go yang menyajikan hidangan makanan Korea yang halal dimakan oleh masyarakat Muslim.

Pastikan nda jangan tersilap masuk ke Restoran Running Man kerana ianya menyajikan hidangan tidak halal. Pastikan anda tiba ke restoran yang betul iaitu restoran Running Man Go, mestila ada perkataan Go tu ya !

6 Bilik Makan

Restoran Running Man Go ini mempunyai sebanyak enam bilik makan yang boleh menampung sehinga kira – kira 50 orang pelanggan pada satu – satu masa. Dekorasi restoran ini sangat simple dan santai serta menenangkan jiwa. Bilik – bilik makan yang dikhaskan buat para pelanggan membuatkan pelanggan yang datang lebih privasi menjamu selera bersama rakan – rakan dan keluarga tersayang.

Saiznya tidak terlalu besar namun tetap selesa buat para pelanggan menjamu selera.

Topoki

Imej via facebook

Pilihan Set Atau Ala Carte

Pelanggan yang datang menjamu selera di sini boleh memilih samada untuk memesan hidangan ala carte ataupun set hidangan. Hidangan steamboat juga disediakan buat para pelanggan yang menggemari hidangan ini.

Anda boleh memilih samada untuk menikmati hidangan steamboat daging ataupun makanan laut sebagai bahan utama. Set steamboat makanan laut ternyata menyajikan lauk pauk yang segar untuk dimasukkan ke dalam kuah steamboat yang disediakan.

Keenakan sos pencicah steamboat ini begitu terasa. Malah, boleh juga anda memilih untuk memesan kedua – duanya sekali.

Sup Korea

Imej via facebook

Menu Menarik

Restoran ini menyajikan pelbagai hidangan yang begitu menarik antaranya adalah seperti Dolsot bibimbap, rapokki, Heamul Pajeon dan pelbagai menu Korea yang lain. Bagi peminat ayam goreng Korea, anda boleh lah mencuba Yangnyeom Chicken yang berperisa pedas dan manis ataupun boleh juga mencuba Ppuringcle Cheese Chicken.

Anda pasti tidak mahu melepaskan peluang menikmati hidangan ayamnya yang ternyata sangat mengiurkan serta menyelerakan. Sudah pasti ianya sedap tambahan pula diadun mesra bersama bahan yang diimport khas dari Korea bagi mengekalkan keaslian rasanya.Harga makanan di sini sangat berbaloi dengan hidangan dan servis yang dihidangkan. Sedap dan mengenyangkan.

Alamat : Plot B Of Lot 37448, Sitiawan

Penulis: Itawrah

Seorang yang rajin mencari tempat makan yang viral dan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.