Jom ke Rumah Makan Perpateh jika anda rindukan masakan air tangan ibu atau menu tradisi yang pasti mengenyangkan dan memuaskan hati anda!

Warga Negeri Sembilan pasti tahu salah satu tempat menarik untuk mencuba makanan klasik di negeri ini yang mengiurkan. Terletak di Senawang, ia juga menjadi lokasi tempat makan yang perlu dikunjungi oleh pengunjung luar yang ingin merasai kelazatan menu tradisi asli negeri ini.

Nak tahu apa yang menarik di Rumah Makan Perpateh? Jom kita teroka menu menarik dan perkara menarik tentang restoran ini!

Menu Menarik

Apa yang menarik di Rumah Makan Perpateh, resepi dan rasanya memang asli dari Negeri Sembilan. Sebut sahaja menu tradisi dari negeri ini, kesemuanya anda boleh rasai di sini.

Menu utama semestinya gulai lemak cili api. Daging salai masak lemak cili api khususnya menjadi kegemaran ramai. Daging yang dihidangkan lembut, tidak liat dan aroma salainya memang kuat. Gandingan kuahnya yang secukup rasa dan sedikit pedas, pasti membuatkan anda bertambah.

Ada juga pelbagai menu klasik yang lain termasuklah Asam Pedas Jenahak, Patin Masak Tempoyak, Gulai Tenggiri, Sambal Tumis Udang Petai dan lain-lain. Untuk sayur pula, apa kata anda cuba Gulai Rebung Perut, Kangkung Belacan atau Gulai Telur Itik Pucuk Ubi.

Konsep makan disini bukanlah seperti restoran biasa iaitu buffet, dimana anda perlu mengambilnya sendiri. Sebaliknya, anda perlu memesan nasi dengan lauk pilihan. Selepas makanan siap, ia akan dihidangkan dengan konsep klasik seperti di atas piring atau mangkuk yang bercorak klasik. Memang dapat mengimbau suasana makan di kampung!

Tak tahu nak makan apa? Kami cadangkan anda untuk memilih daging salai masak lemak cili api, ikan pari bakar dan sambal tumis udang petai. Gabungan lauk ini bersama nasi panas, ulam-ulaman beserta sambal gesek pasti membuat anda tersandar!

Restoran Instagrammable di Senawang

Bukan sahaja menu sedap dan dipersembahkan dengan menarik, malah konsep restorannya cukup memukau setiap mata yang memandang. Walaupun konsep menu adalah klasik dan tradisi, Rumah Makan Perpateh memaparkan kontra pada dekorasinya.

Restoran yang berkonsepkan moden kontemporari ini memang kelihatan eksklusif dan mewah. Dedaun dan bebunga turut terselit indah dibeberapa sudut. Buat kaki ootd, jangan lepaskan peluang untuk bergambar dengan puas!

Restoran memang luas dan mampu memuatkan ramai orang dalam satu masa. Lengkap dengan pendingin hawa, pengunjung pasti rasa lebih selesa untuk makan di sini.

Dengan pelbagai menu sedap, persembahan menarik serta kemudahan yang lengkap, belanja yang akan anda keluarkan disini memang berbaloi dengan apa yang akan anda peroleh. Ramai yang mengatakan, harga menu di sini memang murah.

Review

Tengok sahaja rating di Facebook mahupun Google, ramai pengunjung yang berpuas hati apabila mereka mencuba menu-menu di sini. Ini antara komen yang diberikan oleh mereka:

This time datang memang sodap. Perfecto! Feel gila layan masak lomak cili api yang menepati citarasa. Rasa, kebersihan, layanan dan keselesaan memang tiptop!

Ida Rafiza

The best daging salai masak lemak cili api & authentic Nogori Cuisine in Seremban. Love the thickness, flavour & quantity of the gravy. Very addicting & total in love with it.

Nyonya Kacak

Info

Alamat: 1, Jalan Bandar Senawang 1, Pusat Bandar Senawang, 70450 Senawang, Negeri Sembilan

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Jumaat (11.30 am-10.00 pm)

No telefon: 010-837 2504

Facebook: RumahMakan_Perpateh

Tak perlu lagi ragu, jom makan di Rumah Makan Perpateh untuk merasai hidangan tradisi Negeri Sembilan yang pasti memuaskan tekak anda. Ajak pasangan, keluarga mahupun rakan-rakan untuk turut menikmati makanan enak di sini.

Jika anda ingin mengadakan sebarang majlis, pihak restoran menyediakan ruangan khas yang mampu memuatkan sehingga 60 orang dalam satu masa. Mereka turut menawarkan pakej yang berbaloi! Tunggu apa lagi? Selamat mencuba!

Ingin bercuti di Negeri Sembilan dan mencari tempat makan best di negeri ini? Kami senaraikan tempat makan yang boleh anda kunjungi.

Penulis: Nur Syafiqah

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.