Ramadan tahun ini, teringin nak nikmati Ramadan Buffet bersama keluarga besar, kawan pejabat, client syarikat dan lain-lain lagi. Tapi bagaimana nak cari tempat yang menarik dan menakjubkan untuk makan-makan ya?
Tukar angin dengan memilih Buffet Ramadan di Rymba Haven adalah pilihan terbaik! Rymba Haven adalah sebuah tempat acara yang menyediakan ruang untuk majlis, aktiviti, makan-makan serta banyak lagi perkhidmatan yang Rymba Haven tawarkan.
Bukan sahaja tempat yang cantik, tetapi mereka turut menyediakan makanan yang sangat lazat dan pelbagai jenis. Memang best bila join Ramadan Buffet dekat sini.
Terlalu banyak tawaran event vanue untuk staff pada tahun ini. Selain untuk acara pejabat, Rymba Haven juga menyediakan ruang dan pakej makanan untuk majlis hari jadi, makan malam tahunan, hari keluarga, program seminar training dan banyak lagi.
Pada bulan Ramadan, anda boleh sertai Ramadan Buffet disini beramai-ramai dengan sesiapa yang anda mahukan.
Datang sahaja untuk menikmati pelbagai jenis menu menarik di Buffet Ramadan ini, malah terdapat lebih kurang 80 menu setiap hari. Wah, memang banyak! Pasti sukar untuk buat pilihan, tapi untunglah dapat rasa semua, tidak ada salahnya. Makan puas-puas jika berpeluang Ramadan Buffet di sini.
Bagaikan syurga makanan, Rymba Haven menggabungkan semua jenis makanan seperti masakan kampung, makanan western dan moden.
Antara hidangan yang disajikan adalah masakan melayu nasi, lauk pauk seperti masak lemak daging salai, daging masak hitam, ayam masak merah dan banyak lagi.
Makanan yang menjadi pilihan ramai pula adalah seperti kambing golek, satay, ayam percik bakar, ikan bakar, kuih muih dan banyak lagi.
Uniknya, makanan yang disediakan adalah berbeza setiap hari. Tak seperti tempat acara lain yang menyediakan cuma jenis makanan yang sama sahaja. Di sini anda boleh makan apa sahaja sehingga kenyang dan puas. Memang berbaloi.
Venue persendirian ataupun private ini terletak di atas bukit yang cantik dan pastinya kawasan ini sangat selesa. Suasana Rymba Haven ini sangat tenang, cantik dan penuh dengan kemudahan seperti ia mesra keluarga dan mesra kanak-kanak. Malah, ia tidak menjadi masalah kepada sesiapa yang menggunakan kerusiroda.
Bagi anda yang suka bergambar, pasti seronok berkunjung ke sini kerana konsep tema taman kayangan ini nampak sangat eksklusif dan mewah. Keunikan yang banyak tempat tak ada pasti membuatkan anda teruja dan berbaloi untuk datang beramai-ramai.
Rymba Haven merupakan private vanue atau tempat acara yang mempunyai kemudahan lengkap seperti surau, tandas, tempat wuduk, parking dan banyak lagi Anda pasti segala sepanjang bara di sini.
Dekorasi meja dan kerusi, PA sistem, projektor dan banyak lagi peralatan yang turut disediakan untuk memudahkan program anda.
Ramai yang berpuas hati dan seronok apabila makan buffet Ramadan di sini bersama kawan-kawan sekerja. Jom raikan diri anda sempena ramadan ini di Rymba Haven!
Lokasi: Jalan Nilai Perdana 14, Taman Nilai Perdana, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
Waktu Operasi: 9 Pagi sehingga 6 Petang (Kecuali Ahad)