Mencari restoran ikan bakar di Kajang?

Kajang merupakan salah satu bandar di negeri Selangor yang memang terkenal dengan tempat makan menarik. Dari masakan kampung, makanan laut, sate, makanan Barat, semuanya ada.

Semestinya tempat makan di sini kena dengan citarasa ramai! Ini juga termasuk dengan restoran ikan bakar. Kebanyakan restoran ikan bakar di Kajang memang popular dan sering diserbu oleh orang ramai.

Masih tercari-cari restoran ikan bakar di Kajang untuk diterjah? Jangan risau, berikut kami senaraikan 7 restoran ikan bakar di Kajang. Teruskan membaca!

#1 Medan Ikan Bakar Tok Bali

Alamat: Jalan Reko, 43000 Kajang, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 5 pm – 1 am

Ini merupakan antara restoran ikan bakar di Kajang yang popular – Medan Ikan Bakar Tok Bali. Bukan sahaja popular di Kajang, malah di serata Selangor. Agak-agaknya apa yang membuatkan restoran ini begitu terkenal?

ikan bakar kajang
Imej via Foursquare

Semestinya tarikan istimewa di sini ialah makanan laut. Makanan laut di sini ada pelbagai jenis dan semuanya memang segar-segar belaka. Semestinya ikan merupakan makanan laut yang menjadi rebutan.

Cara masakan juga boleh dipilih oleh pelanggan sendiri. Antara hidangan yang boleh anda cuba ialah ikan bakar, siakap stim limau, tomyam seafood, kerang bakar dan sotong goreng tepung. Jangan lupa untuk pesan sayur campur mereka, pasti berganda kelazatannya.

#2 D’Johan Delicacies & Catering

Alamat: : PT 48310, Jalan Impian Jaya, Persiaran Saujana Impian, Sungai Kantan, 43000 Kajang, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa, Ahad – Khamis (3 – 11 pm), Jumaat – Sabtu (4 pm – 12 am)

Kesegaran makanan laut merupakan satu aspek yang semestinya dititikberatkan oleh pelanggan, tambahan pula jika mereka menggemari makanan laut.

Jika anda singgah menjamu selera di restoran D’Johan Delicacies & Catering ini, anda pasti akan teruja dengan kesegaran makanan laut yang disajikan. Makanan laut di sini diimport dari Sabah dan kualitinya sangat terjaga.

ikan bakar kajang
Imej via Foursquare

Antara menu yang boleh dicuba ialah Ikan Putih Bakar ala Sabah, Kerapu Tikus Stim Limau, Ikan Kutambak Stim Limau dan Ikan Jenahak Stim Limau. Memang menarik dan lazat, rugi jika tak cuba.

#3 Perantau Hill

Alamat: Lot 5070, Jalan Air Hitam, Kampung Sungai Merab Luar, 43000 Kajang, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 11 am – 11 pm manakala Ahad 4 – 11 pm

Jika anda menetap sekitar Kajang dan Bangi, pasti nama restoran Perantau Hill ini sudah biasa anda dengar. Ianya merupakan salah satu restoran makanan laut yang top di Bangi dan Kajang.

Sajian tempatan dan Thai merupakan jenis hidangan utama di restoran ini. Untuk makan tengahari, ada pelbagai jenis lauk-pauk yang boleh anda pilih. Yang dibakar, dibuat kari, masak lemak, semuanya ada.

ikan bakar kajang
Imej via Foursquare

Untuk makan malam pula, makanan laut adalah jenis hidangan yang wajib anda cuba. Ikan bakar, siakap stim limau, tomyam kelapa dan sotong goreng tepung merupakan antara menu terlaris.

#4 D’Tasik Seafood Restaurant

Alamat: Lorong Air Hitam, 43000 Kajang, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, Isnin 4 – 4.30 pm, Selasa (12 am – 4 pm, 6 – 11 pm) manakala Rabu – Ahad (6 – 11 pm)

Ingin menjamu selera di restoran terapung? Ada ke di Kajang? Semestinya ya! Salah satu restoran terapung di Kajang yang popular ialah D’Tasik Seafood Restaurant. Memang terapung di atas tasik!

Jenis hidangan yang disajikan oleh restoran ini ialah makanan laut. Makanan laut di sini bukan sahaja segar, malah harga yang ditawarkan juga murah dan tidak mencekik darah. Wah, bukan senang nak jumpa restoran sebegini.

ikan bakar kajang
Imej via Foursquare

Antara menu yang boleh dicuba ialah ketam cili, ikan bakar, tomyam seafood, siakap stim limau dan udang butter. Inginkan hidangan shell out? Ianya juga turut disediakan di restoran ini, memang berbagai!

#5 Bangi Square

Alamat: 7525, Jalan Reko, Taman Perindustrian Kajang, 43650 Kajang, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 11 am – 11 pm

Bangi Square merupakan medan selera yang terletak di Jalan Reko. Boleh dikatakan yang ianya merupakan medan selera yang paling popular sekitar sini kerana sering dibanjiri dengan pelanggan.

Ada pelbagai jenis pilihan makanan yang boleh anda pesan di mana-mana gerai di sini. Untuk ikan bakar, gerai yang wajib anda kunjungi ialah Ikan Bakar Keluarga.

Imej via Instagram

Jenis ikan yang boleh dipilih ialah ikan siakap, cencaru, talapia merah dan ikan kembung. Ikan bakar di sini memang diakui sedap kerana ianya dibakar dengan begitu sempurna.

#6 Kedai Makan Cantik

Alamat:  Jalan Sungai Ramal, Dalam, 43000 Kajang, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 6.30 am – 5 pm

Sukakan ikan bakar dan sotong bakar? Kedai Makan Cantik adalah tempat makan di Kajang yang wajib anda kunjungi untuk menikmati ikan bakar dan sotong bakar yang sedap dan segar.

Imej via Instagram

Jenis ikan bakar yang menjadi rebutan ramai ialah keli bakar. Aroma ikan yang dibakar sahaja sudah cukup untuk memikat hati pelanggan. Selain itu, lauk-pauk dan ulam-ulaman juga turut disediakan.

#7 Seri Menanti House of Salai

Alamat:  Lot 1, Kg Bukit Dugang, Jalan Sungai Merab, 43000 Kajang, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 10 am – 6 pm

Dari jauh, boleh kelihatan yang restoran Seri Menanti House of Salai ini memang luas. Ada pelbagai jenis gerai yang menyajikan selera tempatan yang enak-enak.

Imej via Foursquare

Salah satunya juga ada menyajikan ikan bakar. Jenis ikan yang boleh anda pilih ialah ikan siakap, talapia, cencaru, kembung, pari dan keli. Memang berbagai pilihan, sedap pula tu!

Kesimpulan

Sudah jumpa restoran ikan bakar di Kajang yang ingin dikunjungi? Jika berpeluang, singgah sahaja satu persatu tempat makan ini kerana semuanya memang menarik.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda dalam mencari tempat makan yang sedap. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial. Selamat menjamu selera!

Artikel Menarik Lain

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.