Kami kongsikan sebuah lagi restoran untuk tempat makan menarik di Langkawi. Buat mereka yang sedang bercuti-cuti di Langkawi dan tiba-tiba sahaja mengindamkan makanan Thai.

Jangan risau ada sebuah kedai untuk kami cadangkan dan mendapat respon yang positif daripada ramai orang, iaitu Restoran Wan Thai. Ianya terletak tidak jauh sahaja daripada pekan Langkawi.

Alamat yang lebih tepat adalah 80-82, Langkawi Mall, Kuah (Jalan Pokok Asam), Langkawi, Kedah 07000.

Terdapat pelbagai makanan ala Thai yang anda boleh cuba di sini. Tetapi berdasarkan survey yang dilakukan apa yang menarik yang menarik untuk dicuba adalah masakan otak-otaknya. Ramai juga yang memuji pulut durian dan mangganya.

Apa yang menarik untuk dicuba?

*Pulut durian atau mangga

*Udang Wan Thai

*Otak-otak

restoran-wan-thai

 

restoran-wan-thai-1

 

restoran-wan-thai-2

 

restoran-wan-thai-3

 

restoran-wan-thai-4

 

restoran-wan-thai-5

Terdapat pelbagai lagi masakan Thai yang ada di sini. Ambillah seperti menu kebiasaan yang anda ambil seperti tomyam, siakap masak pelbagai, kailan ikan masin, telur dadar dan pelbagai lagi.

Semuanya sedap rasanya.Harganya pun tidaklah terlalu mahal dan bahan masakan yang digunakan adalah segar. Restoran ini juga menyediakan pelbagai kuih. Anda patut cubanya terutamanya lompang.

Persekitaran juga selesa. Boleh memuatkan ramai orang dalam satu masa. Jadi tidak perlu risau untuk menunggu terlalu lama untuk tempat duduk ketika berada di Restoran Wan Thai.

Jadi bila ke Langkawi ,pekan Kuah, jangan lupa untuk ke sini jika berkelapangan.

Penulis: Awal Faiz

Sebahagian daripada Tim saji.my yang menulis tempat makan menarik di Malaysia. Penggemar makanan pedas dan western. Agak-agaknya ada tak kedai yang menjual makanan seperti di dalam 'Master Chef' ?

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.