Bagi warga Putra Heights atau yang berada di sekitarnya yang masih tidak tahu mahu makan di mana, artikel kali ini kami akan membawa anda ke tempat – tempat makan yang menarik untuk anda.

Jangan risau, tempat makan ini pastinya sedap dan sesuai dengan harga yang begitu berpatutan. Gerenti anda puas hati tatkala berkunjung ke  restoran yang tersenarai. Jom kita tengok dulu !

#1. The Foodies

Menampilkan suasana yang sangat selesa dan cozy, restoran ini turut menyediakan mini surau untuk mengerjakan solat. The Foodies selari dengan namanya menyediakan pelbagai hidangan menarik yang pastinya sedap dan menyelerakan.

Beef Steak @ The Foodies Cafe

Imej via facebook

Lokasi restoran yang terletak tidak jauh dari Stesen LRT Putra Heights ini membolehkan anda datang menjamu selera di sini dengan hanya menaiki pengangkutan awam. Tak sampai 5 minit pun berjalan kaki dari stesen LRT ini.

Lasagna @ The Foodies Cafe

Imej via facebook

Kalau sebut pasal menu, memang best sebab banyak yang menarik untuk dicuba. Anda boleh mencuba keunikan Doppio iaitu sejenis kopi yang istimewa, lebih pahit dari Espresso namun memiliki rasa yang berbeza.

Selain itu, burger homemade nya juga begitu menarik sekali. Apa kata cubalah juga Mexico Chiapas, spaghetti, menu udang galah, desert dan banyak lagi.

Alamat: Jalan Putra Mahkota 7/6B, Putra Point 2, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 9.00 pagi hingga 11.00 malam setiap hari (Isnin hingga Khamis) dan pada hari Jumaat hingga Ahad ditutup pada jam 12.00 tengah malam

#2. Kafe Casa’s Corner   

Restoran ini dibuka mulai jam 12.00 tengahari menyediakan pelbagai jenis masakan panas. Ramai pelanggan memenuhi ruangan restoran ini terutamanya waktu makan tengahari dan juga waktu malam.

Nasi Goreng USA @ Casa Corner

Imej via facebook

Ada nasi putih daging masak kicap, sup tulang, sup daging, nasi goreng seafood, sup daging, sup tulang, tauhu bakar dan juga chicken chop. Saiz hidangan pula agak besar dan rasanya pula memanglah sedap.

Chicken Chop @ Casa Corner

Imej via facebook

Terdapat juga set hidangan untuk dua orang dengan hanya RM 21.00 untuk satu set yang terdiri dari nasi putih, tomyam campur, ikan kembung masak pedas, telur dadar dan juga teh o ais / sirap limau.

Alamat:  No. 1, Jalan Putra Permai 10/1e, Seksyen 10 Putra Heights, 47650 Subang Jaya, Selangor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 12.00 tengahari hingga 12.00 tengah malam setiap hari

#3. Muar Station 

Bagi yang merindui hidangan dari Muar, Johor datanglah beramai – ramai ke Muar Station yang terletak Putra Heights ini. Menu wajib anda cuba adalah mee bandung yang sememangnya terkenal di Muar. Memang meletop – letop rasanya.

Mee Bandung @ Muar Station

Imej via facebook

Ada juga asam pedas, masakan panas, shellout, nasi ayam penyet, nasi lemak, lontong goreng, soto, murtabak Singapore dan bermacam – macam lagi.

Asam Pedas @ Muar Station

Imej via facebook

Alamat: No. 1, Jalan Putra Mahkota 7/6c, Putra Heights, 47650 Subang Jaya, Selangor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 7.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari

#4. Mr Food Steak House

Semuanya menu dari luar negara, namun ianya halal dan tidak perlu  khuatir ya ! Restoran ini dimiliki oleh pemilik Muslim dan merupakan masyarakat tempatan. Jadi, menjamu selera lah di sini tanpa was-was.

Mix Combo @ Mr Food Steak House

Imej via facebook

Bermacam menu tersedia yang mampu menghilangkan kelaparan anda. Antara menu yang boleh anda cuba adalah mix grill yang terdiri dari campuran kepingan kambing, beef skewer, kepak ayam, sup cendawan, roti bawang putih dan juga coleslaw.

Mix Grill @ Mr Food Steak House

Imej via facebook

Chicken chop dan juga chicken grill juga menjadi kegemaran ramai. Spaghetti yang terdapat di sini juga sedap sekali.

Alamat: No. 1, Jalan Putra Mahkota 7/6c, Putra Heights, 47650 Subang Jaya, Selangor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 12.00 tengahari hingga 10.30 malam setiap hari Selasa hingga Ahad (Isnin tutup)

#5. Josh & Janas’s

Sambil – sambil shopping barang dapur di Giant Hypermarket Putra Heights, singgah dulu di Josh & Jana’s sebelum balik ke rumah. Terdapat pelbagai menu menarik seperti mee kari, nasi ayam, nasi lemak monster, yong tau fu, chicken chop, pizza, lamb chop, steak, sandwich, mee wantan, mee sizzling dan banyak lagi.

Mee Kari @ Josh & Jana's

Imej via facebook

Kalau datang makan di sini menjelang tengahari, air teh o atau sirap akan disediakan secara percuma untuk pelanggan yang datang. Tempat makan ini ala – ala kopitiam dan suasana persekitaran juga agak menarik.

Nasi Lemak @ Josh & Jana's

Imej via facebook

Alamat: Lot 11-13, First Floor, Giant Hypermarket Putra Heights, No. 3 Persiaran Putra Perdana, 47650 Selangor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari

#6. Restoran Hang Toa

Pakar masakan Cina Muslim berada di Restoran Hang Toa. Penduduk sekitar Putra Heights yang teringin hendak makan hidangan Cina Muslim, bolehlah datang menjamu selera di sini.

Udang Sambal Hang Toa

Imej via facebook

Ketangkasan chef memasak hanya mengambil masa kira – kira 5 – 10 minit sahaja untuk menyediakan setiap menu yang dipesan. Jadi, anda tidak perlu menunggu lama untuk menjamu selera di sini.

Udang Oat @Hang Toa

Imej via facebook

Dekorasi persekitaran juga begitu menarik dan selesa. Menu yang boleh dicuba adalah seperti ikan stim gaya Hong Kong, udang nestum telur masin, Chinese buttermilk chicken, kailan Ying & Yang, sotong sambal Baba & Nyonya, pelbagai sup Cina, ikan dan banyak lagi menu yang memukau.

Alamat : No. 3 Jalan Putra Permai 10/1E, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 11.00 pagi hingga 3.00 petang dan dibuka semula mulai jam 5.00 petang hingga 11.00 malam setiap hari (kecuali Khamis tutup)

#7. Hillside Café

Menu yang disajikan di Hillside Café ini disediakan oleh Chef Izz yang sememangnya pakar dalam menu Barat. Masakannya memiliki keenakan yang tersendiri.

Lamb Grill @ Hillside Cafe

Imej via facebook

Anda mesti cuba Hillside lamb chop nya yang memang sedap. Grilled chicken pun tak kurang hebat, creamy beef tomato, cheezy macaroni, butter chicken with rice dan banyak lagi. Bagi yang datang menjamu selera pada jam 4.00 petang hingga 6.00 petang, anda akan mendapat minuma percuma, pilihan antara peach tea atau lemon tea dan terhad kepada 100 orang pelanggan terawal sahaja.

Spaghetti @ Hillside Cafe

Imej via facebook

Alamat : N0.27 Ground Floor, Jalan Putra Mahkota 7/6C Putra Heights , 47650 Subang Jaya
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 1.00 petang hingga 10.30 malam setiap hari kecuali Ahad tutup

#8. Lesung Batu Café

Sejak tahun 2013, Lesung Batu Café telah memulakan operasi perniagaannya. Dibuka seawal jam 8.30 pagi setiap hari, café ini menawarkan menu sarapan pagi yang cukup enak.

Nasi Goreng @ Lesung Batu Cafe

Imej via facebook

Anda boleh merasai sendiri keenakan lontong di pagi hari bersama nasi lemak paru berempah dan juga udang goreng kunyit. Memang marvellous bak kata mat saleh. Hidangan tengahari pula tak kurang hebat juga.

Nasi Goreng USA @ Lesung Batu Caf

Imej via facebook

Untuk lunch dan dinner, anda boleh cuba memesan nasi set daging kunyit, ikan terubuk masin, lidah goreng kunyit, tom yam putih, asam pedas tetel, udang masak lemak cili api dan bermacam lagi. Nasi goreng cendawan pun sedap untuk dicuba. Ada juga kuih muih tradisional seperti seri muka, bubur manis, koci dan macam – macam lagi.

Alamat : No 7 Point Business Centre Putra 8D, Jalan Putra Mahkota 7/8D, Putra Heights, 47650 Subang Jaya, Selangor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 8.30 pagi hingga 11.00 malam setiap hari kecuali Ahad tutup

#9. Restoran D’Rasa Teluk Ensen

Sebut sahaja ikan patin, memang ramai peminatnya. Menjejakkan kaki ke Restoran D’Rasa, pastinya anda tidak kecewa dengan menu patin yang disediakan di sini.

Lempeng @ Restoran Rasa D'Teluk Ensen

Imej via facebook

Menu utama di restoran ini pastinya berasaskan ikan patin dan yang paling best adalah tempoyak patin stim yang sering menjadi pilihan pelanggan. Diusahakan oleh 2 orang adik beradik yang berasal dari Perak, menjadikan menu tempoyak patin yang sememangnya popular di negeri kelahiran mereka.

Mee Kicap @ Restoran Rasa D'Teluk Ensen

Imej via facebook

Ikan sungai lain seperti ikan tilapia, kerai, kelah serta temoleh juga boleh dibuat stim tempoyak. Jangan risau, ikan sungai di restoran ini tidak berbau lumpur atau hanyir.

Terdapat menu sampingan seperti lempeng pisang, ubi rebus kelapa bersama sambal bilis juga boleh didapati di sini. Menu lain juga turut disajikan seperti mee kari, mee jawa, kuetiaw goreng, makanan barat dan banyak lagi.

Alamat : Jalan Putra Indah 9/E, Putra Heights, 47650 Subang Jaya, Selangor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 7.00 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari

#10. Restoran Beriani Gam KawW Batu Pahat

Pemilik Restoran Beriani Gam KawW Batu Pahat mula berniaga di gerai bawah pokok sahaja hampir 14 tahun lamanya dan kini telah beroperasi di sebuah restoran yang lebih luas dan selesa untuk para pengunjung.

Nasi Beriani @ Beriani Kaww

Imej via facebook

Menyediakan menu utama yang terdiri dari nasi beriani asli dari Batu Pahat, selain itu restoran ini turut menyediakan menu asam pedas Johor, mee bandung Muar, mee rebus JB, sup tulang serta menu makanan Barat.

ABC @ Beriani KawW

Imej via facebook

Alamat : 8G, Jalan Putra Mahkota 7/6A Putra Point Commercial Centre, Putra Heights, 47650 Subang Jaya, Selangor
Waktu Operasi: Dibuka mulai jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari

#11. Restoran Serambi Melayu

Restoran Serambi Melayu sememangnya terkenal dengan masakan Melayu yang sedap dan mengliurkan. Bermacam gulai kawah ada di sini, antaranya keli salai masak lemak, daging salai masak lemak, gulai ikan merah, masak lemak tempoyak pucuk ubi, ikan bakar, ulam ulaman dan bermacam lagi.

Lopes @ Restoran Serambi Melayu

Imej via facebook

Bagi yang ingin bersarapan di sini, roti canai yang lembut dan garing pastinya memikat sukma. Ada roti pisang, roti telur, sardin, pisang dan banyak lagi. Pada sebelah pula anda boleh menikmati pelbagai jenis kuih muih tradisional seperti lempeng pisang, ubi rebus, kuih koci, pengat labu, bubur pulut hitam dan bermacam lagi yang enak – enak.

Kerabu Perut @ Restoran Serambi Melayu

Imej via facebook

Hidangan makanan Barat juga tertanya menjadi pilihan ramai terutama pada waktu malam. Western dulang juga sering menjadi kegemaran ramai kerana sangat berbaloi dengan harganya. Terdapat lamb chop, chicken chop, meatball dan bermacam lagi makanan boleh anda cuba.

 Alamat : No 20 & 22, Jalan Putra Mahkota 7/7A, Seksyen 7, Putra Heights, 47650 Subang Jaya
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 7:00 pagi hingga 11:00 malam setiap hari

#12. Restoran Ubi Kayu

Lempeng kelapa bersama sambal bilisnya memang padu apabila dimakan bersama. Memang memikat hati dan selera para pelanggan. Bagi yang menggemari nasi dagang, di sini juga anda boleh rasai keenakkannya. Pulut kuning dan rendang juga tak kurang hebatnya.

Mee Rebus @ Restoran Ubi Kayu

Imej via facebook

Kuih muih tradisional seperti bingka, nona manis, ubi kayu sira pastinya melengkapi hari anda. Roti jala, pulut manis, bubur jagung, pastinya membuat anda keliru untuk memilih yang mana satu untuk dinikmati.

Laksa @ Restoran Ubi Kayu

Imej via facebook

Pelbagai menu menarik lain adalah seperti mee rebus tulang, nasi arab, teh three layer dan banyak lagi menu – menarik di sini. Jangan ketinggalan untuk mencubanya.

Alamat : No. 33, Jalan Putra Mahkota 7/6C, Putra Heights
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 7.30 pagi hingga 5.00 petang setiap hari kecuali Isnin tutup

#13. Tudia Charkueteow

Dari jauh pasti anda akan dapat melihat Tudia Charkueteow dengan cahaya lampu lip lap berwarna warni yang menarik sekali. Charkueteow di sini sememangnya terbaik dan terlazat di Lembah Klang ini. Gabungan rasa pedas, manis, masin pastinya memberi kepuasan semasa menikmati hidangan ini.

Char Kueteow @ Tudia Char Koey Teow

Imej via facebook

Hidangan di sini terdapat beberapa jenis menu yang menarik dan tertarik sekali. Menu yang boleh anda cuba adalah seperti char kue teow lobster, ketam, salmon, king crab dan juga tuna. Menu yang unik ini boleh dinikmati dengan tenang, namun pelanggan yang inginkan char kue teow unik ini perlu membuat tempahan awal terlebih dahulu bagi menjamin kesegaran makanan laut yang digunakan.

Char Koey Teow @ Tudia Char Koey Teow

Imej via facebook

Sekiranya tidak membuat tempahan awal, anda hanya boleh menikmati char kueteow biasa sahaja, namun tetap memiliki keenakan yang tersendiri.

Alamat : Berhadapan Stesen Petron Putra Heights, 47650 Subang Jaya
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 6.00 petang hingga 12.00 tengah malam setiap hari kecuali Rabu tutup

#14. Kay’S Steak & Lobster

Peminat – peminat Kay’s Steak & Lobster yang berada di sekitar Putra Heights, bolehlah datang terjah ke Kay’s Steak ini. Lokasinya yang terletak kira – kira 15 batu dari bandar Kuala Lumpur merupakan sebuah restoran yang cukup santai dan selesa.

Beef Steak @ Kay's Steak & Lobster

Imej via facebook

Kay’s Steak menyediakan hidangan istimewa menggunakan daging premium serta makanan laut segar yang diimport khas secara ekslusif buat para pelanggan. Menu daging steak akan dimasak mengikut pilihan pelanggan samada panggang atau rebus.

Lobster @ Kay's Steak & Lobster

Imej via facebook

Anda boleh mencuba pilihan menu seperti Murray Pure Rib-Eye, Certified Australian Angus Beef Porterthouse atau Wagyu Tomahawk. Hidangan yang dimasak oleh seorang pakar masakan ini pastinya memberi rasa yang begitu menarik sekali.

Alamat : 12A-G, Jalan Putra Mahkota 7/6B Putra Heights, 47650 Subang Jaya
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 5.00 petang hingga 10.00 malam (Isnin – Jumaat) dan dibuka mulai jam 1.00 petang hingga 10.00 malam (Sabtu & Ahad)

#16. Restoran Warisan Kampung

Seawal jam 11.00 pagi anda sudah boleh merasai hidangan tengahari di sini. Sememangnya barisan lauk pauk yang tersedia pada waktu ini pastinya membuat anda terasa lapar.

Nasi Kukus @ Restoran Warisan Kampung

Imej via facebook

Masakan tidak lapar, tatkala melihat menu yang terdiri dari gulai kawah, gulai ikan dan daging singgang, nasi kukus, lauk pauk tengahari seperti ikan bakar, sayur campur, ikan goreng, kari, ulam – ulaman serta bermacam jenis sambal belacan pastinya membuat anda keroncong minta diisi. Aroma ayam goreng berempah yang masih panas, pastinya menjadi pilihan anda jua.

Sup Cendawan @ Restoran Warisan Kampung

Imej via facebook

Menjelang malam pula terdapat menu makanan barat seperti steak, chicken chop, fish and chip, mushroom soup, sup tulang, sup ekor, sup perut meletop, sate dan masakan panas yang terdiri dari tomyam dan banyak lagi. Dengan harga yang begitu berpatutan pastinya anda berpuas hati jika menjamu selera di sini.

Alamat : No.33, Jalan Putra Mahkota 7/4A, Putra Heights, 47650 Subang Jaya
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 11.00 pagi hingga 1.00 pagi setiap hari  kecuali Khamis dan Ahad tutup

#17. Papa Satay

Teringin untuk menikmati sate di waktu malam yang indah bersama keluarga tersayang, singgah lah menjamu selera di Papa Satay ini. Anda boleh mencuba sate daging, ayam ataupun kambing. Perapan istimewa yang digunakan pastinya membuat anda datang semula untuk menikmati sate di sini.

Sate @ Papa Satay

Imej via facebook

Pada sebelah pagi, warung ini turut beroperasi, namun menyajikan menu sarapan pagi yang terdiri dari roti canai dan nasi lemak kukus bersama ayam goreng atau puyuh goreng. Menu sarapan pagi bermula dari jam 6.00 pagi hingga 11.00 pagi sahaja.

Nasi Goreng @ Papa Satay

Imej via facebook

Selain sate, pelanggan juga boleh menikmati masakan panas Thai yang terdiri dari tomyam, pataya, paprik, daging merah, puyuh, kueteow goreng dan banyak lagi.

Alamat : No 15, Jalan Putra Permai 10/1e, Putra Heights, 47650 Subang Jaya, Selangor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam setiap hari

#18. Restoran Berkath Maju

Restoran Berkath Maju merupakan sebuah restoran mamak yang agak popular di sekitar Putra Heights. Menyediakan ruang makan yang bersih dan teratur, pastinya membuatkan para pelanggan selesa menjamu selera di sini.

Nasi Lemak @ Restoran Berkath Maju

Imej via ismaazilaismail

Menu yang disajikan sama seperti menu di restoran mamak lain, namun restoran ini memiliki rasa yang berbeza dan unik. Ayam goreng berempahnya cukup mengliurkan, bukan itu sahaja maggi goreng turut menggamit selera.

Nasi Goreng @ Restoran Berkath Maju

Imej via arlynlyn

Pelbagai jenis roti canai menjadi hidangan di waktu pagi, petang dan malam. Kuah dhalnya yang pekat begitu menyelerakan. Nasi kandar dan nasi beriani juga pastinya membuat ramai tertarik terutamanya pada waktu tengahari.

Bagi yang gemarkan masakan barat, pada sebelah malam ada juga menu yang menarik seperti lamb chop, chicken chop, fish and chip, burger dan French fries. Jadi, anda tidak perlu risau lagi jika makan di kedai mamak kerana menunya semakin pelbagai.

Alamat : 2, Jalan Putra Mahkota 7/7A, Pusat Bandar Putra Point, 47650 Subang Jaya, Selangor
Waktu Operasi : Dibuka 24 jam setiap hari

#19. Anjung Bonda

Restoran Anjung Bonda dibuka setiap hari pada jam 7.30 pagi (kecuali Ahad tutup) menyajikan pelbagai menu sarapan pagi yang ringkas serta kuih – muih yang enak belaka. Menu utama yang menarik untuk dicuba di sini adalah asam pedas Melaka dan juga masak lemak cili api. Kedua – duanya dihidangkan dalam periuk tanah liat (claypot).

Asam Pedas @ Anjung Bonda

Imej via otaiselangor

Apa yang menarik sekali, bahan mentah yang digunakan adalah segar, sehinggakan anda boleh merasai kesegaran makanan laut yang disediakan. Selain itu, terdapat juga nasi lemak ayam berempah, nasi beriyani, nasi ayam dan bermacam pilihan lain.

Asam Pedas @ Anjung Bonda

Imej via otaiselangor

Menjelang malam pula anda boleh mencuba pelbagai masakan panas dan salah satunya yang mesti cuba adalah mee hailam. Rasa mee hailam yang disajikan cukup lengkap dengan rasa serta bahan – bahan campuran lain seperti kepingan daging, ayam, udang serta sayur – sayuran.

Menu lain seperti hidangan barat turut memenuhi permintaan pelanggan antaranya adalah chicken chop yang dihidangkan bersama coleslaw.

Alamat : 33, Jalan Putra Mahkota 7/6c, Putra Point Commercial Centre, 40400 Subang Jaya, Selangor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 7.30 pagi hingga 12.00 tengah malam setiap hari (kecuali Ahad tutup)

#20. Lontong & Co

Para peminat hidangan Johor atau yang telah lama merindui resepi masakan Johor boleh datang ke Lontong & Co ini. Menyediakan pelbagai menu asli bangsa Johor, pastinya ramai ingin mencubanya.

Lontong @ Lontong & Co

Imej via facebook

Seawal jam 7.15 pagi anda boleh memulai hari anda dengan bersarapan di sini. Pelbagai menu yang sedap dapat anda nikmati. Antara menu utama terdiri dari lontong lodeh, lontong darat, laksa Johor, soto, kacang pool, mee jawa, mee bandung, nasi lemak, lempeng, capati, nasi ambeng, sate, asma rojak dan kuih muih.

Sate @ Lontong & Co

Imej via facebook

Memang banyak menu dari Johor ini, bukan ? Anda juga boleh menikmati masakan panas yang juga begitu menyelerakan di sini.

Alamat : 30-G, Jalan Putra Mahkota Seksyen 7/6B, Putra Heights, 47650 Subang Jaya, Selangor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 7.15 pagi hingga 4.00 petang (Rabu – Jumaat), 7.15 pagi hingga 3.00 petang (Sabtu & Ahad) dan tutup pada setiap hari Selasa

Kesimpulan

Pastinya anda tidak lagi runsing untuk mencari tempat yang best – best untuk menjamu selera di Putra Heights ini. Pilih sahaja menu yang ingin anda cuba, pasti terasa ingin repeat kembali. Selamat menjamu selera !

Penulis: Itawrah

Seorang yang rajin mencari tempat makan yang viral dan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.