Restoran masakan Cina Rstoran Mohd Chan adalah antara tempat makan masakan Cina yang agak terkenal. Ianya diasaskan oleh Dato Haji Mohd Chan.

 

Menu Restoran Mohd Chan

 

Restoran maskaan Cina bermula daripada restoran yang terletak di lokasi Bukit Beruntung pada tahun 2007. Sejak daripada itu, restoran ini berkembang, kini dapat ditemui di pelbagai cawangan seluruh Selangor.

Fuh, gaya penulisan ini seperti kami adalah jurucakap untuk Restoran Mohd Chan pula. Hoho, jangan risau, kami tidak dibayar untuk penulisan yang ditulis ini.

Sebenarnya agak sukar mencari mencari makanan masakan Cina pada zaman -zaman beberapa tahun kebelakangan berbanding sekarang. Sebab itulah restoran ini adalah restoran pilihan kami jika kami ingin makan makanan cina sejak dahulu. Lagipun ianya boleh dikatakan sedap dan sesuai dengan selera kami.

 

Restoran Mohd Chan Bandar Bangi

Kami pernah sampai ke cawangan Bandar Baru Bangi. Oleh sebab ini, kami akan banyak berkongsi tentang masakan dan review positif dan negatif restoran ini.

Tidak sukar mencari restoran ini, dariapda Cheras, ikut sahaja Highway Silk.Alamat untuk yang menggunakan waze pula adalah 30, Jalan Medan Pusat 2c, Seksyen 8, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia, ianya dibuka daripada pukul 11.30 pagi sehinggalah 10.30 pagi.

Menu Restoran Mohd Chan

Tentang masakan Cina, bagi kami menunya seolah-olah  seperti menu ala Thai tetapi lebih lagi daripada itu. Contohnya, di restoran ini anda juga dapat pesan udang masakan, siakap tiga rasa dan lain-lain. Seperti mana yang diketahui, makanan ini juga boleh didapati di kedai ikan bakar atau tempat makan masakan ala Thai.

 

Menu Restoran Mohd Chan

Dim Sum Mohd Chan
Imej via Foursquare

 

Apabila anda membuka buku menu, anda akan dapat lihat pelbagai jenis masakan boleh dipilih. Setiap jenis makanan tidak kisahlah sama ada ikan, udang, sayur dan lain-lain, pastinya mempunyai banyak jenis masakan. Memang rambang dan pening juga untuk memilih.

Apabila di sini, jangan lupa untuk pesan dim sum yang biasanya muncul di restoran Cina. Masakan yang dipilih juga banyak dan sesuai untuk makan bersama keluarga.

 

Cawangan Lain

Ara Damansara

B-G-2, Jalan PJU 1A/20A, Dataran Ara, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor
+603-7859 0907 +6019-360 0169

 

Bandar Baru Bangi

28 & 30, Jalan Medan Pusat 2C, Seksyen 9, Pusat Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
+603-8922 1001,+6016-658 2369

 

Bandar Baru Rawang

39, Jalan Rawang 10, Bandar Baru Rawang, 48000 Rawang, Selangor
+603-6093 9909,+6017-364 6629

 

Bukit Beruntung

16, Jalan Orkid 1D/2, Seksyen BS2, 48300 Bukit Sentosa, Rawang Selangor
+603-6021 4633,+6014-626 5529

 

Kelana Jaya

B-G-06 & 07, Jalan SS 6/20, Dataran Glomac, Pusat Bandar Kelana Jaya, 47301 PJ, Selangor
+603-7880 9099, +6017-882 8861

Klang Sentral Meru

23-25, Jalan KS 10/KU5, Taman Klang Sentral, Bukit Raja Meru, 41050 Klang, Selangor
+603-3341 9585, +6012-300 5629

Kota Damansara

5-1, Jalan PJU 5/12, Dataran Sunway, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
+603-6143 9751, +6017-612 5798

Kota Kemuning

21, Jalan Anggerik Vanilla BF31/BF, Business Park 3, Kota Kemuning, 40460 Shah Alam, Selangor
+603-5525 3305,+6010-714 6668

Sungai Besi

16, Jalan Tasik Utama 5, Medan Niaga Tasik Damai, Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
+603-9054 9633,+6017-278 7488

Shah Alam Seksyen 15

33 & 35, Jalan Utas B, Seksyen 15/B, 40200 Shah Alam, Selangor
+603-5511 8228,+6016-958 0630

Taman Melawati

2859-60, Jalan Negara, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur
+603-4105 6125,+6012-648 0680

Penulis: Awal Faiz

Sebahagian daripada Tim saji.my yang menulis tempat makan menarik di Malaysia. Penggemar makanan pedas dan western. Agak-agaknya ada tak kedai yang menjual makanan seperti di dalam 'Master Chef' ?

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.