Suatu tika dahulu, bandar Puncak Alam sering di pinggirkan kerana lokasinya agak jauh dan terasing. Namun, kawasan ini semakin terkenal dan membangun, malah telah padat dengan penduduk yang mula menbanjiri kawasan ini.
Kewujudan Uitm Puncak Alam antara faktor merancakkan kedatangan orang ramai ke kawasan ini. Kalau dahulu, amat sukar untuk mencari tempat makan di kawasan ini, namun kini telah semakin banyak restoran yang menarik dan sangat berbaloi untuk menjamu selera.
Jom kita lihat, di mana restoran yang best untuk kita cuba kali ini di Puncak Alam.
Bagi anda yang gemarkan suasana santai ketika makan, sambil diiringi muzik live band berirama jazz, blues dan R&B, Zenith Café adalah café yang begitu sesuai untuk anda. Pemilik café ini dahulunya pernah membuka café Hot Pot di Damansara Damai, sebelum membuat keputusan untuk berpindah ke Puncak Alam.
Dekorasi café juga sangat menarik yang menjadikan barangan koleksi peribadi pemilik café sebagai hiasan. Biarpun agak banyak barangan hiasan, namun ia tidak memberikan suasana yang semak, tetapi sangat santai dan cozy.
Menu yang disajikan di sini adalah pelbagai dan disediakan sendiri oleh pemilik café bersama isterinya. Antara menu yang terdapat di sini adalah mee kari, gulai daging salai masak lemak cili padi, hidangan barat seperti ribeye steak, lamb chops, onion rings, spaghetti, meatball,
Alamat : 2A Jalan PPAJ Alam Jaya, Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam, Selangor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 7.00 malam hingga 2.00 pagi setiap hari (kecuali Ahad tutup)
Bagi masyarakat pantai timur, hidangan nasi kerabu sebagai sarapan pagi adalah perkara biasa kerana ianya memang menu utama di negeri tersebut. Menu seperti ini semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat biarpun bukan berasal dari negeri pantai timur.
Warung PotNik Alam Jaya menyediakan pelbagai hidangan dari negeri Kelantan. Anda boleh mencuba nasi kerabu golok, nasi dagang, nasi berlauk, gulai serati Kelantan, mee celup, nasi goreng, kuih muih tradisi Kelantan, pulut ikan masin dan banyak lagi. Kalau anda hendak tahu, roti titab pun turut disajikan di sini.
Bagi yang merindui makanan tradisi Kelantan, boleh datang dan mencuba hidangan di sini. Memang sedap dan asli rasanya.
Alamat : Jalan PPAJ 2/1, Pusat Perdagangan Alam Jaya, Bandar Puncak Alam
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 7.30 pagi hingga 7.30 malam setiap hari
Sesuai dengan namanya, Veto Castro menyajikan pelbagai hidangan barat yang cukup menarik. Pelbagai jenis menu tersedia di sini, dan bolehlah pilih samada tortilla Bolognese, spaghetti Bolognese, pizza, chicken chop, steak dan banyak lagi.
Restoran ini sering menjadi tumpuan para pelajar Uitm Puncak Alam kerana lokasinya sangat berhampiran. Dari segi harga makanan pula adalah sangat berpatutan, tambahan pula kualiti makanan memang terbaik.
Alamat : No 22 A, Jalan Astana D 13/D Pusat Niaga Astana Alam, 42300 Puncak Alam, Selangor
Antara restoran yang menjadi pilihan pelajar – pelajar Uitm Puncak Alam adalah restoran Harmony Zone. Nama pun harmoni, sudah tentu dekorasi ruang makannya juga agak harmoni.
Memandangkan Puncak Alam dipenuhi dengan para pelajar Uitm, maka tidak hairanlah begitu banyak tempat – tempat makan yang boleh anda jumpai. Food Heaven katanya Puncak Alam ini.
Anda mesti cuba mee daging yang merupakan Signature of Harmony, dengan kuah yang pekat serta hirisan daging yang agak banyak. Makanan lain juga sangat sedap dan boleh anda cuba tanpa ragu.
Alamat : No 36, Jala Niaga Bestari 5, Puncak Alam, 42300 Kuala Selangor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 2.00 petang hingga 12.00 tengah malam setiap hari (kecuali Isnin tutup)
Satu lagi restoran makanan barat baharu sahaja bertapak di bandar Puncak Alam dan menjadi salah satu tempat makan yang popular. Kafe yang menggayakan ala hipster ini merupakan yang pertama beroperasi di Puncak alam ini.
Jika anda berada di dalam kafe ini, mesti akan rasa rileks dan tenang sahaja kerana dekorasi yang digunakan begitu ringkas dan menarik. Malah, terdapat ruangan kecil untuk kanak – kanak bermain sementara menunggu hidangan tiba.
Kafe ini menyajikan pelbagai hidangan menarik berasaskan makanan barat. Anda yang meminati cream soup, bolehlah memesan soup of the day yang disajikan berbeza – beza setiap hari. Terdapat mushroom soup, cream of carrot & cheese soup, chicken soup dan banyak lagi.
Hidangan utama yang boleh anda cuba di sini adalah Nick’s steak, NZ lamb cutlet, NZ jumbo lamb shoulder, Nick’s Salmon, BBQ Grilled Chicken dan banyak lagi yang menarik. Fresh juice yang disediakan juga betul – betul padu dengan buah – buahan segar.
Alamat: Nick’s Gastro Steak, 55-1, Jalan Dataran Suria 15/7, Bandar Puncak Alam 42300 Selangor Darul Ehsan
Waktu Operasi: Dibuka mulai jam 12.00 tengahari hingga 3.00 petang dan dibuka semula mulai jam 6.00 petang hingga 11.00 malam setiap hari Selasa hingga Ahad
J-Bros Western Food antara restoran yang menyajikan hidangan makanan barat yang cukup terkenal di bandar Puncak Alam. Dahulunya, bandar ini sangat kekurangan restoran makanan barat, namun seiring dengan perubahan zaman, restoran makanan barat tumbuh bak cendawan selepas hujan.
Namun, J-Bros Western Food bukanlah sekadar restoran biasa – biasa, namun menyediakan menu makanan barat yang memang sedap dan berbaloi. Saiz hidangan yang disediakan pula agak besar dan mengenyangkan.
Anda boleh mencuba chicken chopnya yang sedap, lamb chop yang padu, fish and chips yang ringkas serta pelbagai menu lain yang sedap –sedap. Kalau nak datang menjamu selera di sini, pastikan perut anda benar – benar telah kosong kerana hidangan untuk satu set agak banyak dan sebaiknya anda berkongsi makanan anda.
Alamat : No. 67A Jalan PPAJ 3/1, Pusat Perdagangan Alam Jaya, 42300 Puncak Alam, Selangor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 12.00 tengah hari hingga 10.30 malam setiap hari
Mendengar nama café ini pastinya yang terlintas di fikiran adalah makanan berasal dari negara seberang, iaitu Indonesia bukan ? Namun, jangan anda tersalah sangka kerana nama café sahaja yang seakan dari Indonesia, tetapi ianya menyajikan hidangan dari barat buat para pelanggannya.
Yok Mampir adalah Bahasa Jawa yang bermaksud “Jom Singgah”. Café ini begitu santai dan sangat selesa sebagai tempat makan seisi keluarga menjamu selera.
Malah, anda juga boleh lepak santai bersama – sama rakan sambil berbual kosong. Pelayan café ini juga begitu mesra dan sangat pantas melakukan pekerjaan mereka.
Bermacam menu makanan barat yang boleh anda cuba dan yang paling terkenal di sini adalah chicken chop nya yang rangup di luar tetapi lembut di dalam. Isi ayamnya pula begitu berjus membuatkan selera anda semakin membuak – buak ketika menikmatinya.
Alamat : Dataran Alam Suria, 42300 Puncak Alam, Selangor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 6.00 pagi hingga 11.30 malam setiap hari
Peminat – peminat ikan patin tempoyak tidak perlu lagi bersusah payah sampai ke Pahang untuk menikmati hidangan tradisi negeri itu. Yang berada di Puncak Alam pun boleh merasa tempoyak ikan patin yang sedap di sini.
Anda mesti tertanya – tanya di mana boleh merasa tempoyak patin sedap di sekitar Puncak Alam ini. Kalau hendak tahu, datanglah ke D’Niz Patin Oriee, pasti dapat merasai keenakan hidangan tersebut.
Restoran yang terletak di Dataran Suria, Bandar Puncak Alam ini menyediakan makanan tradisi dari negeri Tok Gajah itu. Tempoyak ikan patinnya memang terbaik, kuahnya pekat kerana penggunaan tempoyak yang banyak serta asli.
Selain tempoyak patin, terdapat makanan lain sepeti udang galah masak lemak cilia pi, ikan bilis petai tempoyak, telur patin masak lemak cili api dan bermacam menu lagi. Selain masakan kampung, pelanggan juga boleh menikmati hidangan ala Thai di sini.
Bagi anda yang tidak tahu ingin sarapan pagi di mana, D’Niz Patin Oriee juga dibuka pada waktu pagi dan menyediakan pelbagai jenis sarapan antaranya roti canai, capati, puri, lempeng dan bermacam lagi.
Alamat : 16, Jln Dataran Suria 15/7/1, 42300 Bandar Puncak Alam, Selangor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga 11.30 malam setiap hari
Char kuey teow memang sering menjadi pilihan ramai. Hidangannya ringkas dan mudah disediakan. Malah, antara hidangan yang dapat memenuhi selera ramai menjelang waktu malam.
Jika anda inginkan hidangan char kuew teow yang sedap, apa kata cubalah hidangan ini di Char Kuew Teow Raja Udang. Ia menyediakan beberapa jenis hidangan yang begitu enak seperti Char Kuew Teow Raja, Char Kuew Teow Special, Char Kuew Teow Biasa, Kuew Teow Kerang dan Kuew Teow Goreng.
Anda juga boleh mencuba sup gearbox herba yang menyegarkan di sini. Malah, terdapat burger Raja yang memang mengancam selera anda. Harga makanan di sini juga sangat berpatutan, jadi jangan tunggu lama – lama, jomlah datang ke sini.
Alamat : Jalan Dataran Suria 15/7, Puncak Alam
Wah, di Puncak Alam pun sudah anda restoran makanan Sabah. Nampaknya, yang duduk merantau dari negeri kelahiran Sabah, bolehlah mengubat rindu terhadap makanan Sabah di sini.
Restoran yang menampilkan konsep santai ini terletak berhampiran Tesco Puncak Alam. Terdapat iringan muzik yang dapat menenangkan jiwa yang datang menjamu selera di sini.
Caryna House Café ini menawarkan makanan eksklusif dari Sabah yang terdiri daripada Rojak Sabah, Tuhau, Hinava, Wantan Ho, Bambangan, Nasi Daging Special Borneo, Kopi Tenom, Dim Sum dan banyak lagi.
Alamat : No 9, Jalan Niaga Bestari 5, 42300 Bandar Puncak Alam
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah malam setiap hari
Bangun pagi sahaja pastinya perut terasa agak lapar. Jika anda tidak tahu di mana hendak bersarapan di Puncak Alam ini, penulis mencadangkan agar anda singgah ke Mamak Signature.
Dengar nama mamak, pastinya anda terbayangkan roti canai bukan ? Memang tepat fikiran anda. Mamak Signature memang menyediakan roti canai yang sedap buat pelanggannya.
Bukan sahaja roti canai biasa, terdapat juga roti telur, roti bawang, roti tisu, roti sardin dan banyak lagi. Roti canai ini dimakan bersama kuah kari dan dal yang begitu sedap. Sambal bilisnya juga tidak kurang hebat rasanya.
Kalau anda hendak tahu, nasi kandar yang terdapat di Mamak Signature ini juga sangat sedap dan mengiurkan.
Alamat : Jalan Niaga Bestari 8, Bandar Puncak Alam, 45010 Bandar Puncak Alam, Selangor
Waktu Operasi : Dibuka 24 jam sehari
Macam – macam basikal anda dapat lihat di sini. Ink Library Café merupakan sebuah restoran yang mengenakan tema basikal sebagai dekorasi ruang makan pastinya menarik perhatian pelanggan.
Restoran ini terletak di Grandeur Puncak Alam memberi satu kepuasan kepada para pelanggan sewaktu menikmati secawan kopi panas sambil membaca buku dengan tenang. Café ini memiliki sebanyak 300 majalah serta buku dari luar negara untuk bacaan pelanggan yang datang.
Alamat: EcoWorld Gallery @ Eco Grandeur, Lot 6232, Persiaran Mokhtar Dahari, Eco Grandeur Puncak Alam
Waktu Operasi: Dibuka mulai jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari Isnin hingga Khamis, manakala pada hari Jumaat hingga Ahad ditutup pada jam 10.00 malam
Biarpun Puncak Alam ini terletak jauh dari lautan, namun anda masih boleh menikmati hidangan seafood segar di sini. Pasti anda hendak tahu di mana, sekiranya anda merasa ingin mencuba makanan laut segar, boleh datang ke restoran Let’s Seafood Out.
Pelbagai menu berasaskan makanan laut disediakan di sini. Menu paling popular di sini adalah shell out nya yang memang sedap. Anda juga boleh mencuba hidangan ala carte seperti tom yam, ikan masam manis, asam pedas, spaghetti seafood dan macam – macam lagi.
Alamat : No 16, Jalan Puncak Alam 14, Pusat Perdagangan Puncak Alam, 42300 Kuala Selangor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 5.00 petang hingga 11.00 malam setiap hari
Anda boleh lah datang ke Puncak Alam dan mencuba menu – menu best yang terdapat di sekitar kawasan berdekatan. Harga makanan pula sangatlah berpatutan, malah terdapat harga diskaun untuk pelajar yang membawa kad pelajar Uitm.
Apa tunggu lagi, anda datanglah ke Puncak Alam ini. Rugi kalau tak cuba makanan best – best di sini.