Bandar Baru Bangi merupakan daerah tempat makan yang sering menjadi perhatian kami. Bukan apa, kami sangat sukakan kawasan ini. Tempat makan di sini tumbuh bak cendawan di sini. Saban hari, pasti ada sahaja restoran yang pelik kedengan dibuka di sini.

Untuk kali ini, kami ingin kongsikan sebuah tempat makan sup yang agak terkenal di sini. Restoran Sup Urat Ketin yang menjadi sebutan dan perhatian ramai sejak beberapa tahun dahulu.

Terlebih dahulu, apakah sup urat keting? Pelik juga bunyinya bukan. Rasanya kalau ditanya pada ramai orang, rata-rata akan menjawab mereka biasanya menikmati sup tulang, sup gear box, sup ekor dan sebagainya. Tidak pula pernah dengan sup urat keting.

Apa Itu Sup Urat Keting?

Restoran Sup Urat Ketin
Restoran Sup Urat Ketin
Restoran Sup Urat Ketin

Imej:Foursquare

Jadi kami pasti ramai lagi yang tidak pernah menikmati sup urat keting bukan. Sebab itulah restoran ini wajib anda cuba. Sebelum tu, anda tahu tak apa itu sebenarnya dimaksudkan urat keting? Adakah ianya urat di kening? Tentulah tidak!

Urat keting sebenarnya ialah urat yang terletak di bahagian kaki lembu yang berwarna putih dan disaluti lemak. Apabila menyebut tentang lemak, inilah yang membangkitkan selera kami lagi. Seterusnya, untuk mendapatkan urat keting yang asli, anda perlu merebusnya dahulu supaya lemaknya terasing dari urat keting.

Perlu diakui prosesnya agak sedikit rumit.Tetapi kai ada penyelesaiannya. Anda tidak perlulah bersusah payah untuk merebus urat keting semata-mata ingin membuat sup yang sedap. Anda cuma perlu ke Restoran Sup Urat Ketin, Bandar Baru Bangi.

Kami pernah merasai keenakkan sup di sini. Kami sangat sukakannya. Bagi kami, tidak bosan untuk makannya setiap hari.Jadi, kepada yang belum pernah cuba sup urat keting ataupun teringin, kami sangat sarankan anda mencuba menu ini di sini. Anda pasti tidak akan menyesal dan pasti sukakan restoran ini.

Apabila tiba di sini, anda sebenarnya tidak silap. Ejaan ketin sengaja dibuang ‘g’nya. Tetapi enapa nama restoran ini dilenyapkan abjad ‘g’ itu? Sebenarnya perkataan ‘ketin’ adalah dialek dalam Kelantan untuk keting.

Restoran ini dibuka setiap awal pagi sehinggalah ke lewat malam. Selalunya, pada waktu tengah ahri, tempat di sini akan penuh dengan orang. Jadi, bijaklah dalam merancang masa di sini.

 

Jangan Lupa Satay UK Bandar Baru Bangi

Oh ya, selain menu sup, menu yang wajib dicuba di sini adalah Satay UK. Ianya rupa seperti satay Kajang. Ramai yang mengatakan ianya lebih sedap daripada Satay Haji Samuri. Anda setuju? Kami sangat sukakan satay di sini, gemuk-gemuk dan besar. Satay ayam atau dagingnya memang terasa sedapnya. Fuh, boleh tertutup mata apabila membayangkannya.

Kedai satay ini betul-betul dalam restoran ini.Ianya gerai yang dibuka betul-betul di tepi kedai ini. Ianya bermula kecil tetapi kini mempunyai kedai sendiri di depan Restoran Sup Urat Ketin ini. Jadi sudah tentu anda dapat bayangkan betapa sedapnya satay ini bukan.

Disini juga terdapatnya ikan bakar yang boleh dipilih. Apabila makan di sini, kami sukakan makan nasi secara berlauk. Kami akan mengambil supnya serta lauk sotongnya. Memang sedap jawapnya. Ataupun, anda boleh juga mengambil menu seperti bihun sup atau pun koey yeow sup bersama-sama urat keting.

Rasanya cukuplah celoteh kami tentang tempat makan ini. Jom terjah ke restoran ini.

Nama restoran : Restoran Sup Urat Ketin
Alamat : Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, 43000 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu beroperasi : Setiap hari, 8am – 1am

Baca: Bihun Sup Utara wajib Cuba

Penulis: Awal Faiz

Sebahagian daripada Tim saji.my yang menulis tempat makan menarik di Malaysia. Penggemar makanan pedas dan western. Agak-agaknya ada tak kedai yang menjual makanan seperti di dalam 'Master Chef' ?

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.