Bandar Baru Bangi tidak dinafikan merupakan syurga makanan atau tempat makan viral di Kuala Lumpur selain Shah Alam. Di sini, terdapat pelbagai sahaja kedai makan yang wujud dan menjadi viral. Boleh dikatakan kebanyakkan  tempat viral di Kuala Lumpur boleh dikatakan datang dari Bangi.

Tetapi masalahnya, tidak ada yang memberi tumpuan pada maskan ala carte berdasarkan menu seperti seafood. Biasanya, apabila sebut sahaja ingin makan seafood segar masakan seperti bakar ataupun masak butetr, antara yang terbayang di minda kami adalah Restoran Ana Ikan Bakar ataupun Restoran Mohd Chan.

Masakan Gabungan Melayu dan Cina

Kini, ada sebuah lagi kedai seafood yang menyediakan menu gabungan fushion Melayu dan Cina patut anda cuba. Restoran yang dimaksudkan adalah Restoran Selasih Garden Seafood yang terletak di Persiaran Bandar Baru Bangi.

Senang cerita, ianya terletak betul-betul di sebelahan Hotel Tenera Bangi.

Sekadar info, Hotel Tenera dan restoran ini adalah kepunyaan syarikat Felda. Lebih menarik lagi, ikan yang di abwa dan digunakan di restoran ini adalah datangnya daripada pembekal Gedung Makanan. Gedung Makanan boleh dikatakan pembekal besar di Malaysia yang membekalkan ikan segar kepada hotel-hotel dan restoran.Jadi, anda dapat pastikan bahawa betapa segarnya bahan makanan yang digunakan.

Pilihan Seafood Segar

Menu masakan

Di sini, prosesnya bermula dengan pemilihan seafood. Pelbagai jenis seafood anda dapat lihat disini. Pilih sahaja mengikut piihan hati sama ada untuk mengambil, ikan ataupun sotong.Kemduiannya, ianya akan ditimbang dan anda bebas untuk memilih masakan yang ada.

Masakan yang ada alah seperti masakan baba, butter, goreng telur asin ataupun bakar bersama sambal.Alang-alang ada di sini, jangan lupa untuk mencuba ikan utopia. Hah apakah itu? Ikan utopia ini sebenarnya ikan talaia yang telah dibiakkan menerusi tekik penyelidikan. Hasilnya,ikan ini tidak berbaur hanyir di makan.

Selepas masakan dan pemilihan seafood dibuat, chef seterusnya akan masaka secara live. Wah, akan nampakalah bagaiamana makanan ini dibuat.

Menu ‘Signature’ Restoran Selasih Garden Seafood

Ikan Masak Baba

Udang Masak Telur Asin

Untuk ikan utopia, masakan yang dicuba kami adalah masakan baba. Menu ikan utopia masak baba ini dikatakan menu ‘signature’ di sini. Selain itu, menu yang wajib anda cuba di sini adalah udang masak telur asin.

Kedua-dua menu ini memang ‘killer’ untuk kami. Memang terliur dan teringat sampai pulang. Ketika artikel ini ditulis pun masih teringat rasanya. Aduh, hancur!Haha

Ikan Pari Bakar

Selain itu, kami juga ada mencuba masakan ikan pari sambal dan sotong masak butter. Menu ini juga sedap dan boleh dikatakan antara menu kesukaan kami, tetapi masakan di atas masih lagi berada dalam ‘ranking’ atas kami. Kuah masak butternya tidak dinafikan memang padu.

Aiskrim Kerbau Guling

Aiskrim Kerbau Guling

Jika anda mahukan sesuatu kelainan,  dessert aiskrimnya patut berada dalam list pesanan anda. aiskrim versi kerbau guling yang dimakan bersama pisang ataupun nenas. Untuk kami, kami mencuba ianya dimakan bersama pisang. Ianya dinamakan kerbau guling sempena nama viral kuih kerbau guling dan warna aiskrim hitam yang seakaan-akan melambangkan warna kerbau.

Kenapa ianya berwarna gelap? Sebenarnya ianya adalah aiskrim vanila yang telah di’charcoal’kan. Pernah cuba versi aiskrim ini? Memang unik dessert ini dan menu yang boleh anda cuba jika anda mencari sesuatu kelainan.

Harga dan Servis

Restoran Selasih Garden

Mesti ramai yang kata,ala mesti mahal punya makan di sini disebabkan restoran ini di bawah kepunyaan hotel. Yelah, servis pun macam servis hotel. Biasanya kalau makan di hotel mesti mahal.Hah, inilah yang ingin diceritakan, servis memang tip top macam hotel, tetapi harga yang dikenakan cukup berpatutan.

Harganya sama sahaja dengan servis jika anda makan di restoran seafood sekitar Bandar Baru Bangi. Malah kami dengan yakin katakan bahawa, ianya sangat murah berbanding sesetengah restoran makanan seafood lain yang ada di Bangi.

Restoran ini bagi kami adalah sangat sesuai untuk mereka yang datang secara berkumpulan.Tidak kisah bersama keluarga kecil atau besar, ataupun bersama teman-teman sendiri.

Kesimpulan

Kesimpulannya, restoran ini boleh dikatakan restoran patut berada dalam radar anda jika berda di Bandar Baru Bangi. Makanan yang sedap dimasak oleh chef berpengalaman serta harga yang bagi kami sangat-sangat berpatutan berbanding servis yang disediakan.

Yang penting sekali, keunikkan gabungan masakan Melayu dan Cina yang disediakan. Paling penting bagi kami adalah, menu maskan baba dan telur asinnya memang marvellous.

Penulis: Awal Faiz

Sebahagian daripada Tim saji.my yang menulis tempat makan menarik di Malaysia. Penggemar makanan pedas dan western. Agak-agaknya ada tak kedai yang menjual makanan seperti di dalam 'Master Chef' ?

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.