Mencari restoran patin tempoyak di Pahang yang menyajikan patin tempoyak yang enak dan asli?

Sebut sahaja tentang negeri Pahang, makanan yang terlintas di minda anda pasti patin tempoyak, bukan? Bukan satu perkara yang luar biasa jika ramai pelancong sanggup datang ke Pahang demi mencuba menu tersebut.

Hal ini jelas menunjukkan yang patin tempoyak memang digilai oleh orang kita. Jadi, berikut kami senaraikan 10 restoran patin tempoyak di Pahang yang best.

#1 Kancil Raja Patin

Alamat: No 2A, 28000 Temerloh, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari, 11 am – 5 pm

Kancil Raja Patin – nama restoran yang menjadi sebutan ramai bukan sahaja di Temerloh, malah di negeri-negeri lain. Buktinya, rata-rata pengunjungnya sanggup datang dari jauh demi mencuba patin tempoyak di sini.

kancil raja patin

Imej via Foursquare

Ramai yang datang ke sini untuk mencuba patin tempoyak mereka yang memang sedap. Rahsianya? Restoran menggunakan resepi turun-temurun keluarga Kancil yang dihasilkan daripada 13 ramuan istimewa!

#2 Gobang Maju

Alamat: 1/4 Mile Jalan Triang, Temerloh, 28000 Temerloh, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Khamis, 11 am – 10 pm

Restoran Gobang Maju ini mempunyai cawangan di KL, dan ianya juga merupakan antara restoran yang sangat terkenal. Jelas menunjukkan betapa hebatnya penangan patin tempoyak yang disajikan.

gobang maju

Imej via Foursquare

Selain gulai patin tempoyak, pais patin juga merupakan antara menu terhangat di restoran ini. Isi ikan patin yang lembut dan tidak hanyir baunya jelas menunjukkan yang kualitinya terbaik.

#3 Selera Patin Bangau

Alamat: Jalan Kampung Baru, Kampung Bangau, 28000 Temerloh, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 12 – 4 pm

Kadangkala, sesetengah hidangan gulai tempoyak patin memang sedap. Tapi yang akan menarik perhatian pengunjung semestinya warna kuah tempoyak yang kuning keemasan dan bukan kuning pudar, bukan?

selera patin bangau

Imej via Foursquare

Ya, itulah keistimewaan utama gulai patin tempoyak di restoran Selera Patin Bangau ini! Warnanya yang cukup menyerlah di samping rasanya yang tersangat sedap menjadi punca patin tempoyak di sini begitu popular.

#4 Claypot Patin Tempoyak

Alamat: No. 62 Persiaran 1, Damai Court, 28000 Temerloh, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 10.30 am – 6 pm

Keunikan utama patin tempoyak di Claypot Patin Tempoyak ini terletak pada cara ianya dihidangkan, iaitu di dalam periuk tanah liat atau claypot. 

patin

Imej via Foursquare

Bila dihidangkan panas-panas, memang nampak cukup menggoda sekali. Tengok sahaja pun tergoda, bayangkan menikmatinya bersama nasi putih panas-panas dan ulam-ulaman bersama sambal belacan. Memang padu!

#5 Akob Patin House 2

Alamat: 36, Jalan Kuantan Sungai Lembing, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari, 11 pm – 2 am manakala Ahad 5 pm – 12 am

Di Bandar Indera Mahkota, ada satu restoran yang menyajikan patin tempoyak yang dikatakan antara yang tersedap di sini – restoran Akob Patin House 2!

akob patin house restoran patin tempoyak pahang

Imej via Foursquare

Ianya merupakan cawangan kepada Akob Patin House. Restoran ini bukan sahaja menyediakan patin tempoyak yang sedap, malah harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan. Kuah tempoyaknya memang heaven habis!

#6 Jaman Tory

Alamat:  Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 12 pm – 1.30 am manakala Ahad dan Isnin 12 pm – 1 am

Restoran Jaman Tory yang beroperasi sejak tahun 2006 ini merupakan antara restoran yang namanya cukup tersohor di Kuantan. Pendek kata, sebut sahaja namanya pada orang Kuantan, pasti mereka tahu tentangnya!

jaman tory restoran patin tempoyak pahang

Imej via Foursquare

Gulai patin tempoyak dan pais patin merupakan antara lauk yang digilai ramai pelanggan di sini. Ikan patin yang digunakan juga diakui segar oleh pelanggannya sendiri.

Aroma patin tempoyak yang harum juga cukup memikat. Pasti enak dinikmati bersama lauk-pauk dan ulam-ulaman lain untuk makan tengah hari!

#7 MABIQ

Alamat: Kampung Peramu, 26060 Kuantan

Waktu Operasi: Setiap hari, 11 am – 4 pm

Selalunya, hidangan patin yang boleh didapati ialah gulai patin tempoyak. Teringin untuk mencuba pais patin atau patin tempoyak bakar? Restoran MABIQ ada menyediakannya!

mabiq restoran patin tempoyak pahang

Imej via Foursquare

Restoran yang menyediakan masakan kampung ini memang sangat terkenal dengan hidangan Pahang iaitu gulai patin tempoyak dan pais patin. Bau patin yang dibakar sahaja sudah cukup memikat, bayangkan rasanya sendiri!

#8 Restoran Sedap Wehhh!

Alamat: Jalan Pintasan Kuantan, Kampung Batu Tujuh, 25150 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari, 11 am – 4 pm

Untuk pengetahuan anda, restoran ini merupakan salah satu cawangan restoran MABIQ. Jadi anda boleh singgah di mana mana restoran yang berdekatan dengan anda.

sedap wehhh patin tempoyak pahang restoran

Imej via Foursquare

Semestinya lauk yang terlaris di sini ialah patin tempoyak asli Pahang. Bukan itu sahaja, pais patin juga turut mendapat sambutan hangat di sini.

Restoran ini juga turut menyajikan lauk-pauk lain yang berkonsepkan masakan kampung. Sangat sesuai dinikmati pada waktu tengah hari. Betul betul sedap wehhh!

#9 Patin Pak Usop

Alamat: Taman Kenangan, 28000 Temerloh, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad, 12 – 6 pm

Gulai patin tempoyak merupakan hidangan yang paling popular di Patin Pak Usop. Tambahan pula, resepinya adalah turun-temurun milik keluarga pemiliknya.

patin pak usop restoran patin tempoyak pahang

Imej via Foursquare

Pak Usop memasak lebih kurang 80 kg ikan patin dalam sehari, jelas menunjukkan betapa larisnya patin tempoyak di sini. Malah, jumlah itu dikatakan boleh habis dalam masa kira-kira tiga jam sahaja!

Jangan risau kalau anda datang dan makanan sudah habis. Ini kerana mereka turut menghasilkan ikan patin tempoyak sejuk beku (frozen). Jadi, bolehlah anda sediakan patin tempoyak sendiri di rumah!

#10 C’wok Cafe Ikan Patin Tempoyak

Alamat:  98, Kampung Batu Tingkat, 28000 Temerloh, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad, 10 am – 3.30 pm

Lokasi restoran ini sangat mudah untuk dicari walaupun terletak di sebuah kampung kecil. Alang-alang dalam perjalanan pulang ke KL, bolehlah anda singgah di C’wok Cafe untuk mencuba patin tempoyak.

patin tempoyak pahang

Imej via Foursquare

Percayalah cakap kami, bila anda cuba patin tempoyak di sini, keinginan untuk menambah lauk dan nasi pasti membuak-buak kerana terlampau sedap. Jangan lupa ambil kuah lebih ya!

Selain patin tempoyak, restoran ini turut menyajikan masakan kampung yang kena dengan citarasa ramai. Ulam-ulaman juga boleh didapati di sini.

Kesimpulan

Sudah jumpa restoran patin tempoyak di Pahang yang hendak dituju? Pasti anda sudah mula berkeroncong perut membayangkan keenakkan patin tempoyak Pahang yang tersangat enak ini, bukan?

Jika ya, jangan lupa serbu restoran-restoran yang kami senaraikan ini jika berkunjung ke Pahang. Datang pada waktu yang sesuai ya, takut nanti terlepas peluang pula. Selamat menjamu selera!

Mencari lebih banyak tempat makan menarik di Pahang? Klik sahaja pada link di bawah!
Tempat Makan Best di Kuantan

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.