Mencari restoran masakan Pantai Timur di Lembah Klang?

Tidak dinafikan, kebanyakan orang kita memang menggemari hidangan Pantai Timur. Nasi kerabu, nasi dagang dan laksam merupakan antara menu yang sangat disukai ramai.

Namun, tak perlu susah-susah ke Pantai Timur untuk mencubanya. Berikut kami senaraikan 10 restoran masakan Pantai Timur di Lembah Klang yang menarik.

#1 Restoran Hatinie

Alamat:  18 &, 20, Jalan Selendang 10/10, Seksyen 10, 40100 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 7 am – 6 pm

Restoran Hatinie ini merupakan restoran yang cukup terkenal sebagai port sarapan di Shah Alam. Menyajikan menu tempatan, hidangan Pantai Timur merupakan antara hidangan terlaris di sini.

restoran hatinie restoran masakan pantai timur lemah klang

Imej via Foursquare

Antara hidangan Pantai Timur yang boleh dicuba ialah nasi dagang, laksam dan ikan percik. Nasi kerabu juga merupakan antara menu yang kerap menerima pesanan, rugi kalau anda tak cuba!

#2 Warung Ambo Laman Glenmarie

Alamat: 38, Jalan Novelis U1/86A, Laman Glenmarie, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 8 am – 4 pm

Terkenal dengan motto ‘Warung Ambo Selero Demo’, jelas menunjukkan yang hidangan di restoran ini memang kena dengan citarasa ramai.

nasi ngosek restoran masakan pantai timur lembah klang

Imej via Foursquare

Kebanyakan menu yang disajikan berasaskan masakan Kelantan. Menu Nasi Ngosek merupakan menu yang wajib anda cuba. Bagi yang tidak tahu, ianya merupakan hidangan nasi bersama ketulan ayam goreng dan sambal.

Untuk minuman, agak-agak minuman apa yang terkenal di Kelantan? Ya, teh tarik madu juga boleh didapati di Warung Ambo! Sesedap yang di Kelantan? Semestinya!

#3 Nasi Kak Wok

Alamat: 7, Jalan Plumbum 7/100, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 9 am – 12.30 am manakala Selasa 11 am – 11 pm

Jika anda peminat tegar masakan Pantai Timur, Nasi Kak Wok ini pasti akan menjadi kegemaran anda. Restoran ini mempunyai beberapa cawangan, Shah Alam merupakan salah satunya.

nasi kak wok restoran masakan pantai timur lembah klang

Imej via Foursquare

Nasi Kak Wok adalah gabungan nasi berlauk antara gulai yang berlemak, serta beberapa ketulan kecil ayam goreng dan sambal. Walaupun saiz hidangannya besar, kami yakin sepinggan memang tak akan cukup buat anda. Terlalu sedap!

#4 Restoran Sri TTDI (Pok Loh)

Alamat: 1, Jalan Saujana Indah 4, Taman Perindustrian Saujana Indah, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 8 am – 11 pm

Satu lagi restoran masakan Kelantan di Shah Alam yang sangat popular – Restoran Sri TTDI (Pok Loh)! Bukti popularitinya jelas dilihat pada jumlah pelanggan yang sentiasa ramai, terutamanya pada waktu tengah hari.

restoran masakan pantai timur lembah klang pok loh ttdi

Imej via Foursquare

Hidangan yang menjadi pilihan ramai ialah Nasi Kerabu. Lauk boleh dipilih sama ada daging, ayam atau ikan. Jangan lupa ambil solok lada bersama, memang berganda keenakkannya!

#5 Restoran Patatimo

Alamat:  D’Wangsa, 11, Jalan Wangsa Delima 10, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, 7.30 am – 5 am

Melihat nama restoran sahaja anda boleh teka yang Restoran Patatimo ini sangat terkenal dengan hidangan Pantai Timur. Bukan sejenis dua sahaja hidangan yang boleh didapati, ada berbagai tau!

 D'Wangsa, 11, Jalan Wangsa Delima 10, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur,

Imej via Foursquare

Antara yang boleh anda pesan ialah nasi kerabu, nasi dagang, keropok lekor dan laksam. Rasanya persis dengan hidangan asli di negeri Pantai Timur, sampaikan boleh terubat rindu anda kepada hidangan sebegitu!

#6 Restaurant Tuu Dok Ko 1488

Alamat: Jalan Samudera Utara 2, Taman Samudra, 68100 Batu Caves, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 6.30 am – 5 pm

Di Batu Caves, Restaurant Tuu Dok Ko 1488  merupakan restoran masakan Pantai Timur yang namanya menjadi sebutan ramai. Mana tidaknya, kalau hidangannya enak dan asli, pasti ramai yang memuji-muji!

tuu dok ko

Imej via Foursquare

Nasi kerabu, laksam, nasi dagang dan hidangan sarapan kegemaran orang Kelantan iaitu pulut pagi boleh anda cuba. Penangannya cukup hebat, sesiapa sahaja yang mencuba pasti akan ketagih untuk mencubanya lagi!

#7 Capital Nasi Dagang Kelantan @ Damansara Utama

Alamat:  29, Jalan SS 21/1a, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, Isnin – Rabu 8.30 am – 5 pm, Khamis – Sabtu 8.30 am – 9 pm manakala Ahad 8.30 am – 4.30 pm

Dari luar nampak macam restoran biasa sahaja. Namun, jangan menilai buku dari kulitnya, kerana restoran ini cukup terkenal dengan menu Pantai Timur yang sedap-sedap.

capital

Imej via Foursquare

Antara menu yang digemari ramai ialah nasi kerabu, nasi dagang, laksam dan keropok lekor. Bukan sahaja enak, malah resepinya juga asli, memang rugi kalau anda tak cuba!

Walaupun restoran ini diusahakan oleh pengusaha bukan Melayu, ianya tidak bermaksud yang makanan yang disajikan tidak Halal. Restoran ini sudah pun menerima sijil Halal daripada JAKIM. Jadi, jangan bimbang ya!

#8 Nasi Kerabu Moksu

Alamat: 62050 Kajang, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 7 am – 12 pm

Nasi Kerabu Moksu merupakan restoran yang wajib anda singgah jika anda ingin menikmati nasi kerabu sebagai menu sarapan. Nasi kerabu mereka dikatakan antara yang terbaik sekitar Kajang.

nasi kerabu moksu

Imej via Foursquare

Hidangan tersebut cukup enak jika anda menikmatinya bersama daging bakar, telur masin dan solok lada. Percayalah, anda pasti akan meminta nasi lebih walaupun perut sudah hampir penuh. Sedap tak terhingga!

#9 Restoran Belauk

Alamat:  No.73&75, Jalan 7/7c, seksyen 7, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 6.30 am – 11.30 pm

Restoran Belauk ini dibuka seawal jam 6.30 pagi. Jadi buat mereka yang terkejar-kejar untuk ke tempat kerja, alang-alang singgahlah dahulu di restoran ini.

restoran masakan pantai timur lembah klang

Imej via Foursquare

Masakan Pantai Timur merupakan keistimewaan utama Restoran Belauk. Nasi kerabu dan laksam merupakan antara menu yang laku keras di restoran ini. Saiz hidangan yang besar juga patut dipuji, sangat berbaloi!

#10 Mok Teh Nasi Dagang

Alamat50, Jalan Wangsa Delima 6, Pusat Bandar Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 8.30 am – 3 pm

Restoran Mok Teh Nasi Dagang yang terletak di Wangsa Maju ini juga merupakan antara restoran masakan Pantai Timur di Lembah Klang yang sangat popular.

mok teh

Imej via Foursquare

Sudah semestinya nasi dagang merupakan hidangan kegemaran ramai pelanggan di sini. Berlaukkan gulai ikan kayu yang secukup rasa, aroma nasi dagang ini juga cukup harum. Memang bikin terliur!

Kesimpulan

Bagaimana? Perut anda pasti sudah mula berkeroncong kerana terbayangan keenakkan hidangan untuk restoran masakan Pantai Timur di Lembah Klang yang kami senaraikan ini, bukan?

Singgah sahaja jika anda berkesempatan untuk ke sini. Kami juga ingin menasihatkan agar anda datang pada waktu yang sesuai, takut terlepas peluang pula. Selamat menjamu selera!

Mencari lebih banyak tempat makan di KL atau Bangi? Klik sahaja pada link di bawah!
Tempat Makan Di Bangi
Tempat Makan Di KL

Penulis: Nurul Hani

Nurul Hani

Merupakan seorang pelajar di salah satu universiti tempatan dan berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.