Ingin tahu ‘ best butter chicken in KL ” ?

Menu ini merupakan antara menu yang semakin viral selepas menu-menu yang ditambah dengan keju. Sebut sahaja Butter Chicken, kami yakin pasti ramai pembaca pernah mencubanya atau terdengar tentangnya, bukan?

Bagi pencinta menu Butter Chicken, berikut merupakan senarai restoran-restoran sekitar KL dan Selangor yang menghidangkan Buttermilk Chicken yang terbaik rasanya. Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut ya!

#1 Restoran Gold Chili

Restoran Gold Chili yang terletak di Subang Jaya ini cukup terkenal dengan menu tempatan dan menu Barat. Antara menu istimewa yang paling digemari ramai ialah Butter Chicken.

Butter Chicken @ Gold Chili

Imej via Foursquare

Rata-rata pelanggan di sini memuji rasa Butter Chicken di sini yang cukup sedap dan istimewa. Kuah Butter Chicken yang cukup banjir, berkrim dan berempah serta ayam yang digoreng rangup menjadi punca utama menu ini begitu digilai.

Alamat: 5, Jalan SS 15/8b, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Ahad, bermula dari jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam

#2 Homst Restaurant

Bagi pembaca yang bercadang untuk berkunjung ke KL, restoran ini wajib anda serbu untuk anda rasai sendiri keenakan Butter Chicken di sini. Restoran Homst ini sangat terkenal dengan berbagai menu Cina dan tempatan.

Wet Buttered Chicken @ Homst Restaurant

Imej via Foursquare

Antara menu istimewa yang menjadi kegemaran ramai di restoran Cina-Muslim ini ialah Butter Chicken. Ada dua versi- Wet Buttered Chicken untuk kuah yang lebih banjir dan Buttered Chicken. Cukup menarik!

Alamat: No. 48, Persiaran Zaaba, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari, bermula dari jam 10 pagi hingga 10:30 malam

#3 Bert’s Cafe

Teringin mengenakan Butter Chicken bersama nasi putih panas-panas di kafe moden yang mewujudkan suasana penuh santai? Kami yakin kafe yang terletak di Shah Alam ini pasti cocok dengan citarasa anda!

Butter Chicken @ Bert's Cafe

Imej via Foursquare

Kafe Bert’s yang menghidangkan makanan Barat ini mempunyai menu istimewa yang cukup laku iaitu Creamy Butter Chicken. Ayam yang digoreng dengan rangup yang disajikan bersama kuah yang berkrim ini merupakan kombinasi yang terbaik untuk menu ini.

Alamat: 36, Jln Selasih K U12/K, Cahaya Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari, bermula dari jam 11 pagi hingga 11 malam

#4 Restoran Darussalam

Selalunya menu Butter Chicken boleh didapati di restoran atau kafe yang menghidangkan makanan Barat sahaja, bukan? Anda pasti teruja jika kami katakan yang restoran Mamak juga turut menghidangkan menu Butter Chicken. Rasanya juga enak!

Butter Chicken @ Restoran Darussalam

Imej via Foursquare

Di Restoran Darussalam, selain terkenal dengan menu seperti Nasi Kandar, Nasi Lemak dan Maggie Goreng, Butter Chicken juga merupakan antara menu yang paling banyak dipesan. Kuah yang cukup banyak menjadi tarikan utama untuk menu ini!

Alamat: Jalan SS 15/8b, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor

Waktu operasi: Dibuka setiap hari, 24 jam

#5 Kafe Jibril

Nama kafe ini pasti tidak asing di kalangan kebanyakan pembaca, bukan? Sebut sahaja kafe yang menghidangkan Butter Chicken yang terbaik, pasti nama kafe Jibril ini tersenarai sekali!

Butter Chicken @ JIBRIL

Imej via Foursquare

Terletak di Subang Jaya, menu Salted Egg Butter Chicken di kafe Jibril ini ada kelainan yang tersendiri iaitu cara masakan untuk Butter Chicken. Dihidangkan bersama telur masin yang dihancurkan dan kuah yang cukup berkrim, keenakannya dijamin berganda-ganda!

Alamat: 25, Jalan SS 15/4b, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari bermula dari jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam

#6 Tuah Cafe

Restoran yang terletak di Bandar Baru Bangi ini berkonsepkan santai. Menghidangkan menu Barat dan terkenal dengan minuman seperti Hot Chocolate dan Frapuccino, harga untuk menu di sini juga cukup berpatutan dengan kuantiti dan kualitinya.

Butter Chicken @ Tuah Cafe

Imej via Foursquare

Buat pencinta Butter Chicken yang berkrim dan banjir, kami yakin anda pasti akan jatuh cinta dengan Butter Chicken di Tuah Cafe ini. Saiz hidangannya juga besar, memang bikin sesiapa saja yang melihatnya kecur air liur!

Alamat: 20, Jalan 7/1c, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Khamis, bermula dari jam 5 petang hingga 2 pagi

#7 QNA Republic Cafe

Ada penggemar kepak ayam di sini? Pasti anda cukup berselera apabila menikmati kulit kepak ayam yang digoreng rangup dan dihidangkan bersama kuah ‘butter’ yang cukup berempah, bukan?

Garlic Butter Chicken Wing @ QNA Republic Cafe

Imej via Foursquare

Di QNA Republic Cafe, menu Garlic Butter Chicken Wing merupakan antara menu yang ‘laku keras’ di sini. Kepak ayam yang digoreng rangup yang disajikan bersama kuah ‘garlic butter’ yang harum aromanya ini memang digemari ramai, anda pasti akan jatuh cinta dengannya juga!

Alamat: 23, Jalan Medan Pusat 2d, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu operasi: Dibuka setiap hari, untuk hari minggu dibuka pada jam 11 pagi hingga 11 malam manakala hari Sabtu 8:30 pagi hingga 11 malam dan Ahad dibuka 24 jam

#8 Uncle Ron’s Cafe

Pernah terdengar tentang menu Salted Egg Butter Chicken Chop? ini mungkin kedengaran agak unik buat anda tetapi jika anda merasainya sendiri di Uncle Ron’s Cafe, anda pasti akan berpuas hati dengan keenakan yang dijamin!

Salted Egg Butter Chicken Chop @ Uncle Ron's Cafe

Imej via Foursquare

Menu Salted Egg Chicken Chop ini merupakan menu bersaiz besar yang cukup kaya dengan kuah. Harganya juga kurang RM20, sangat berpatutan dengan kualitinya!

Alamat: 12-G, The Strand PJU 5/20c, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin, bermula dari jam 12 tengahari hingga 12 malam

#9 Grafa Cafe & Restaurant

Teringinkan Butter Chicken yang banjir kuahnya dan besar saiz ayamnya? Restoran ini wajib anda terjah untuk merasai Butter Chicken yang anda termimpi-mimpi itu!

Butter Chicken @ Grafa Cafe

Imej via Foursquare

Kuahnya yang pekat dan berkrim serta dada ayam yang digoreng rangup ini dihidangkan bersama nasi putih. Cukup mengenyangkan dan lebih enak dikenakan panas-panas, hanya di Grafa Cafe & Restaurant!

Alamat: 6, Lorong Universiti B, Seksyen 16, 46350 Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari, bermula dari jam 11 pagi hingga 11 malam

#10 Warong Samad

Nama restoran ini mungkin membuatkan anda terfikir yang ianya ialah warung biasa sahaja, namun Warong Samad merupakan restoran yang cukup terkenal dengan menu Butter Chicken Rice.

Butter Chicken @ Warong Samad

Imej via Foursquare

Butter Chicken yang cukup berkrim kuahnya dan ayam yang dipotong dadu digoreng dengan begitu rangup. Dilengkapi bersama nasi putih, menu ini cukup mengenyangkan. Harganya? Kurang RM10, sangat berpatutan!

Alamat: No. 42, Jalan SS 15/4b, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Ahad, bermula dari jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam

Banyak juga restoran dan kafe sekitar KL dan Selangor yang menghidangkan Butter Chicken yang enak-enak! Pasti anda sudah mula keliru memikirkan yang mana satu patut anda terjah, bukan?

Jadi, bagi sesiapa yang sudah mula berkeroncong perut itu, lekaslah terjah restoran-restoran yang kami cadangkan ini ya! Digalakkan untuk datang awal sebelum ruang parkir dan ruang restoran dipenuhi. Selamat menjamu selera!

Jemput juga membaca artikel kami tentang kedai masakan Cina dan juga kedai makan Thai sedap di KL.

Penulis: Nurul Hani Muhamad Sabri

Nurul Hani Muhamad Sabri

Merupakan seorang pelajar di salah satu universiti tempatan dan berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.