Mencari restoran makanan laut di Terengganu?

Terengganu merupakan salah satu negeri Pantai Timur yang kaya dengan tarikan pelancongan. Buktinya, negeri ini kerap dikunjungi oleh pelancong sama ada dari dalam atau luar negara.

Semestinya tempat makan di Terengganu ini ada banyak. Untuk itu, berikut kami senaraikan 10 restoran makanan laut di Terengganu untuk anda. Teruskan membaca.

#1 NR Seafood Village

Alamat: Jalan Ketapang Pantai, Kampung Pengkalan Maras, 21020 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi: Setiap hari, hari minggu 3 – 11 pm, hujung minggu 3 pm – 12 am

NR Seafood Vilage merupakan restoran yang terkenal dengan makanan laut dan makanan Barat yang sangat sedap. Ianya juga merupakan antara restoran yang paling popular di Kuala Terengganu.

restoran makanan laut terengganu
Imej via Foursquare

Pilihan makanan laut di restoran ini memang banyak. Antaranya termasuklah udang, sotong dan pelbagai pilihan ikan. Cara masakan juga boleh dipilih, jadi jangan lupa untuk pesan siakap stim limau dan udang butter!

#2 Warung Pok Nong ICT

Alamat: Jalan Pantai A1693, Kampung Mengabang Telipot

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 3.30 – 8 pm

Jika ana pernah terdengar nama warung ICT, pasti nama warung yang terlintas di minda ialah Warung Pok Nong yang terletak di tepi pantai Mengabang Telipot.

restoran makanan laut terengganu
Imej via Foursquare

Warung Pok Nong memang terkenal dengan pilihan makanan laut yang digoreng tepung. Antaranya ialah sotong goreng tepung, udang goreng tepung, ikan goreng tepung dan ketam goreng tepung. Cukup lazat dimakan bersama sos yang manis dan pedas!

#3 Firdausy Seafood Corner

Alamat: 11843, Jln Pantai Puteri, Kampung Tok Jembal, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 11 am – 8 pm

Restoran Firdausy Seafood Corner ini terletak berdekatan dengan lapangan terbang, Alang-alang anda baru tiba di Terengganu, singgah sahaja menjamu selera di sini.

restoran makanan laut terengganu
Imej via Foursquare

Restoran ini terkenal dengan makanan laut yang dibuat goreng tepung. Antara yang boleh anda cuba termasuklah ketam goreng tepung, sotong goreng tepung dan cendawan goreng tepung. Rangup, segar dan sangat sedap!

#4 Medan Ikan Bakar Kuala Ibai Bawah Jambatan

Alamat: 20400 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Rabu, 5.30 pm – 1.30 am

Sebut sahaja restoran bawah jambatan kepada warga Terengganu, pasti mereka tahu restoran apa yang anda maksudkan. Restoran Medan Ikan Bakar Kuala Ibai ini merupakan antara restoran makanan laut yang terkenal di Terengganu.

restoran makanan laut terengganu
Imej via Foursquare

Semua pilihan makanan laut di restoran ini dipuji segar oleh orang ramai. Ada berbagai pilihan yang boleh anda ambil – antaranya ialah ikan pari, sotong, udang, ketam dan kerang. Jangan lupa untuk cuba ikan pari bakar dan sotong goreng tepung, dijamin sedap!

#5 CVU iPata Steamboat & Grill

Alamat: 21300 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 4 pm – 12 am

Sukakan hidangan buffet? Singgah sahaja di restoran CVU iPata Steamboat & Grill yang terletak di Kuala Terengganu ini. Ianya juga terletak berdekatan dengan Pantai Tok Jembal.

Imej via Foursquare

Hidangan steamboat di sini memang menyelerakan dan makanan laut yang disediakan juga segar-segar. Antara yang boleh anda pilih ialah sotong, kupang, lala, udang dan banyak lagi.

#6 Sri Aman Seafood Restaurant

Alamat: Jalan Tengku Ampuan Bariah, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu operasi: Setiap hari, 3 pm – 1 am

Restoran ini juga merupakan antara restoran makanan laut di Terengganu yang namanya menjadi sebutan ramai – Restoran Sri Aman Seafood.

Imej via Foursquare

Hidangan di restoran ini disediakan secara set. Ada beberapa set yang boleh anda pilih dan semuanya ada menyajikan makanan laut seperti Sotong Goreng Tepung, Ketam Telur Masin, Udang Butter dan Lala Masak Namprik Pau.

#7 BB Seafood Garden

Alamat: No. BD2 Lot 16477, Jalan Gong Badak, Kuala Nerus, Kubang Badak, 21300, Kuala Terengganu, Terengganu, 21300

Untuk makan malam, ada banyak pilihan makanan yang terlintas di minda. Jika teringin untuk menikmati makanan laut, singgah sahaja di restoran BB Seafood Garden.

Imej via Foursquare

Sebelum singgah ke sini, kami sarankan agar anda membuat tempahan terlebih dahulu kerana pelanggannya selalu ramai. Untuk menu, anda cuba ialah ikan stim limau, ketam telur masin dan tomyam seafood.

#8 D’Perahu Seafood

Alamat: 19, Jalan Sultan Zainal Abidin, Dataran Syah, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu operasi: Setiap hari, 6 pm – 12 am

Jika anda merupakan seorang pencinta makanan laut, anda wajib singgah di restoran D’Perahu Seafood jika berkunjung ke Terengganu.

Imej via Foursquare

Restoran ini menyajikan makanan laut yang berbagai jenis dan cara masakannya. Antaranya termasuklah ikan kerapu goreng, masak lemak lala, siakap stim limau dan udang telur masin. Memang menyelerakan!

#9 D’Tunggal Seafood

Alamat:  Lot 17608 Taman Semarak, Kampung Bukit Tunggal, 21200 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu operasi: Setiap hari, 3 pm – 1.30 am

Ini adalah restoran yang popular dengan makanan laut yang segar dan berbagai – restoran D’Tunggal Seafood. Restoran yang terletak di Kampung Bukit Tunggal ini menyajikan hidangan selera tempatan dan Thai.

Imej via Foursquare

Antara makanan laut yang boleh anda pilih ialah ikan siakap, udang, ketam, lala dan sotong. Ikan siakap masam manis, ketam ala Thai, tomyam poktek dan lala masak pedas merupakan antara menu terlaris di sini.

#10 Warung Adik Beradik (Sri Kolam)

Alamat: Kampung Teliput, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu operasi: Setiap hari, 12 – 7 pm

Sukakan makanan laut goreng tepung? Jika anda berada sekitar Kuala Terengganu, singgahlah menikmati hidangan itu di Warung Adik Beradik (Sri Kolam ini).

Imej via Foursquare

Antara yang boleh anda pesan ialah ketam goreng tepung, udang goreng tepung, ikan goreng tepung dan sotong goreng tepung. Warung ini memang terkenal, jadi pelangganya agak ramai. Jadi, singgah pada waktu yang bersesuaian ya!

Kesimpulan

Sudah jumpa restoran makanan laut di Terengganu yang ingin dilawati? Jika berpeluang, singgah sahaja di tempat makan yang kena dengan citarasa anda.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda dalam mencari tempat makan yang sedap. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial. Selamat menjamu selera!

Artikel Menarik Lain

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.