Makanan berasal dari Indonesia lebih sedap jika dihasilkan sendiri oleh tukang masak asli dari negara jiran. Bagi serta kualiti hidangan yang baik, pemilik restoran ini telah terbang sendiri ke negara jiran untuk mendapatkan tukang masak handalan.

Restoran ini dimiliki oleh dua orang anak muda yang bersahabat iaitu Khairul Azim Azam dan juga Abu Suffian Abu. Khairul Azim memilih sebanyak 30 jenis menu pelbagai makanan Indonesia yang terdiri dari makanan Jawa, Medan, Sunda dan juga Betawi.

Restoran ini diperkenalkan supaya masakan Indonesia tidak luput di kalangan warga tempatan kerana arwah datuk dan nenek Khairul Azim berasal dari Indonesia. Ia diusahakan bagi mengenang asal usul keturunan beliau.

Pada asalnya restoran ini hanya menyediakan hidangan Minang dan kemudiannya menukar konsep kepada makanan Indonesia pula. Nama asal restoran ini pula adalah Restoran Dago, di mana ia merupakan sebuah kawasan pelancongan di daerah Bandung yang merupakan tempat kelahiran arwah nenek beliau.

Iga Bakar

Imej via facebook

Iga Bakar Pilihan Istimewa

Anda tahu apa itu iga ? Sudah pasti tidak pernah mendengarnya kerana ia bukanlah bahasa Melayu di negara kita. Iga Bakar merupakan rusuk lembu yang telah diperap bersama lebih 10 jenis rempah asli. Perapan istimewa ini menjadikan rusuk lembu terasa berjus dan begitu menyelerakan.

Iga Bakar antara hidangan popular dan sering mendapat permintaan dari pelanggan. Rata – rata ramai yang menggemarinya. Bagi yang pertama kali mencubanya pula terus jatuh cinta apabila pertama kali merasainya. Hidangan yang sama akan dipesan oleh pelanggan yang sama apabila berkunjung ke sini lagi.

Pilihan Menu Yang Banyak

Selain Iga Bakar, terdapat menu lain yang begitu asli. Antaranya adalah Nasi Goreng Komplit, Nasi Pecel Madiun dan juga Nasi Tumpeng.

Nasi Pecel Madiun merupakan set nasi putih yang disajikan bersama pecel. Ia campuran sayuran rebus yang terdiri dari tauge, kacang panjang, timun, kangkung bersama kuah sambal kacang. Harganya cumalah RM 10.90 untuk satu set hidangan.

Ayam Penyet

Imej via facebook

Nasi Tumpeng pula merupakan nasi berwarna kuning dan dimasak bersama santan dan kunyi. Set nasi ini disajikan dengan lauk kalio daging, sambal goreng tempe dan juga ikan bilis serta acar sayur.

Nasi Tumpeng dibungkus dalam bentuk kon. Ia digelar tumpeng  kerana biasanya ia dimakan semasa upacara khas seperti kenduri atau perayaan. Harganya juga adalah RM 10.90 sahaja.

Hidangan Nasi Goreng Komplit pula merupakan nasi goreng pedas disajikan bersama acar sayur, hirisan telur dadar, kalio daging dan juga keropok. Setiap set hidangan berharga RM 10.90 sahaja.

Sup

Imej via facebook

Menu masakan lain yang pastinya menggamit hati untuk mencuba adalah seperti Nasi Ayam Golek Jawa, Ayam Penyet, Ikan Terbang, Nasi Urap – Urap Komplit Empal Penyet, Sup Rawon, Soto Jawa, Soto Madura, Soto Betawi, Soto Medan, Iga Penyet dan juga Sayur Asem.

Pencuci mulut juga disediakan buat para pelanggan. Pasti anda kecur liur apabila melihat hidangan pisang keju & susu, pisang keju & coklat Hershey dan pisang aiskrim dihidangkan di depan mata.

Restoran ini terletak di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur mula beroperasi jam 12.30 tengahari hingga jam 9.30 malam setiap hari. Saiz ruang yang agak besar memboleh restoran ini  menampung sehingga 100 orang pelanggan pada satu – satu masa.

Alamat : Lorong Rahim Kajai 13, Petaling Jaya, Selangor

Penulis: Itawrah

Seorang yang rajin mencari tempat makan yang viral dan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.