Kali ini kami bawakan kepada anda resepi shelltart. Shelltart adalah kulit tart yang boleh diisi dengan pelbagai inti pilihan anda. Antara pilihan yang popular sudah pastinya cheesetart serta tart telur. Bagaimanapun pilihan anda, ia sememangnya terpulang kepada selera masing masing! Dengan resepi shelltart ini, bolehlah anda menggunakannya untuk membuat tart pilihan anda.

Shelltart tidak menggunakan bahan yang sukar untuk dijumpai. Malahan, cara membuatnya tidak sukar. Namun begitu, ketebalannya seharusnya dikekalkan supaya cantik dan tidak terlalu tebal. Shelltart juga boleh disimpan di bekas kedap udara dalam tempoh yang lama. Jadi, untuk memudahkan kerja anda, anda boleh menyediakan shelltart terlebih dahulu sebelum dipaipkan bersama tart pilihan anda!

Resepi ini telah dikongsikan Hlinda Hlinda dan telah mendapat banyak komen positif di media sosial. Jadi, apa tunggu lagi, mari kita lihat!

Resepi Shelltart

shelltart
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • 250g majerin
  • 100g gula kastor
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 500g tepung gandum (mengikut kepada tekstur shell itu nanti)

Cara – cara memasak:

  1. Satukan majerin, gula kastor, telur dan esen vanilla.
  2. Kacau sehingga sebati. Tidak perlu sehingga kembang. Hanya sekadar sebati.
  3. Selepas adunan sebati boleh masukkan tepung.
  4. Gaul sehingga sebati. Jika lembik dan melekat pada jari boleh masukkan sedikit lagi tepung.
  5. Bakar dalam suhu 170 darjah selama 20 minit. Gunakan api atas bawah.

Nota:

  • Nak tahu shelltart ni dah masak atau belum, cuba terbalikkan acuan. Jika shelltart tidak boleh keluar dari acuan, itu bermakna shelltart tidak masak lagi. Jadi, anda boleh tambahkan masa lagi.
  • Suhu tu bergantung pada ketuhar masing – masing.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda! Oh, pastikan anda menekan butang kongsi dan kongsikan kepada rakan – rakan anda ya!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.