Umumnya ramai yang suka tempe. Tempe diperbuat daripada kacang soya yang dipress sehingga padat setelah melalui proses penapaian. Tempe kaya akan protein dan serabut serta vitamin B12 yang berasal daripada bakteria baik. Sangat bermanfaat bagi kesihatan.
Masakan tempe yang paling sering kita jumpai ialah tempe goreng, di mana tempe digaul dengan rempah, tepung dan sedikit garam kemudian digoreng sehingga garing dan rangup. Masakan lain seperti tempe goreng balado, tempe masak kicap, tempe gulai dan lain-lain juga banyak dijumpai.
Namun begitu, mungkin anda tengah tercari-cari resepi tempe lain daripada yang lain. Maka anda patut cuba resepi yang kami tulis ini. Resepi yang mendapat perkongsian ramai. Tempe telur masin, di kongsikan oleh Adlina Aini Afifi di Facebook.
Resepi ini sangat mudah, anda hanya perlu tumis telur masin dengan tempe dengan pelbagai rempah. Semua resepi kami terangkan untuk anda step by step. Rasanya confirm sangat menyelerakan. Sila cuba.
1. Hancurkan telur masin. (Untuk sepeket tempe gunakan 1 biji telur masin. Kalau gunakan kuningnya sahaja, boleh guna 2 biji telur masin).
2. Sesudu butter. Guna minyak masak pun boleh.
3. Masukkan bawang putih, cili kering dan daun kari sampai naik bau.
4. Terus masukkan telur masin sudah dihancurkan tadi dan masukkan susu cair. Ikut suka ingin creamy mana. Dalam 2 sudu sudah ok.
5. Masukkan tempe yang sudah digoreng.
6. Kacau-kacau sedikit. Siap.
Makan macam itu pun sedap, wangi nya sangat menggoda selera. Selamat menjamu selera.
Selain resepi tempe telur masin, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.