Kuih ini merupakan satu lagi resepi yang telah menjadi tular. Ia merupakan satu lagi inovasi kuih tart di mana ia menggunakan coklat Cadbury sebagai bahan utama nya. Amat sesuai bagi mereka yang meminati coklat kerana setiap satu biji tart ini menggunakan satu keping coklat Cadbury Bayangkan keenakkannya!

Namun begitu, anda juga boleh tukarkan kepingan coklat Cadbury kepada apa – apa coklat kegemaran anda. Ianya lebih baik sekiranya coklat susu kerana rasanya lebih berlemak. Jika ia dimakan bersama dengan tart, pasti tak cukup satu!

Bagi anda yang ingin menyediakan sendiri resepi ini anda boleh mencubanya melalui perkongsian kali ini kerana ia telah mendapat banyak likes dan shares di Facebook. Bahan – bahannya boleh didapati di pasaraya berdekatan, oleh itu, anda boleh menyediakan tart Cardbury ini bila – bila masa sahaja!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Shazreen Shaari di laman Facebook beliau. Jom kita lihat!

Resepi Tart Cardbury

Tart-Cardbury
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan A:

  • 1 cawan marjerin/buttercup
  • 2 sdb minyak sapi
  • 1 biji kuning telur
  • 3 sdb susu pekat
  • Sedikit pewarna kuning
  • Sedikit esen vanilla

Bahan B:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung custard
  • 2 sudu besar tepung jagung

Bahan C:

  • 1 1/2 cawan tepung gandum

Cara – cara memasak:

  1. Kacau-kacau manja bahan A sehingga sebati tetapi jangan terlalu lama sehingga kembang.
  2. Kemudian, masukkan bahan B dan gaul-gaul tepung dan adunan marjerin tadi.
  3. Selepas itu, masukkan bahan C. Jika adunan lembut, tambahkan sedikit-sedikit tepung hingga adunan tidak melekat di tangan. Gunakan sebanyak 2 1/2 hingga 3 cawan tepung.
  4. Canaikan doh, jangan terlalu nipis dan jangan terlalu tebal.
  5. Terap acuan, terpulang mahu guna acuan bentuk apa.
  6. Oles sedikit kuning telur di atas dan letakkan coklat Cadbury.
  7. Bakar mengikut suhu oven masing-masing. Coklat tidak akan cair semasa bakar.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Ingin mencuba lebih banyak resepi? Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.