Cream puff sangat disukai ramai terutamanya kanak-kanak kerana bentuknya yang comel dan rasanya yang sedap. Selalu orang buat cream puff kuning, tapi sekarang kami akan mengajak anda untuk membuat cream puff coklat pula, rasanya confirm sedap.

Cream puff ialah pastri ringan berongga dan biasanya dipenuhi dengan krim atau kastard. Makanan ini sesuai dijadikan camilan pencuci mulut. Makan pagi mahupun petang disanding bersama kopi atau teh.

Cream puff ini dibuat menggunakan serbuk koko dan filling cream menggunakan coklat nutella. Cream puff ini memang sangat sedap. Puffnya sangat lembut dan cream kastard yang juga sangat creamy dan lazat. Buat satu adunan memang takkan cukup.

Tanpa menunggu lama, kami hadirkan untuk anda resepi cream puff nutella yang di kongsikan voleh Suziana Sz di Facebook. Guna bahan simple yang ada di dapur saja. Selamat mencuba.

Resepi Cream Puff Chocolate Nutella

cream puff

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 cawan tepung kek
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1 cawan air
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula
  • 1/2 cawan mentega tanpa garam
  • 3 biji Telur

Cara-cara :

1. Ayak tepung dan serbuk koko.

2. Panaskan bahan-bahan yang lain kecuali telur sehingga mentega cair. Tutup api.

3. Masukkan campuran tepung sekali gus & kacau sehingga sebati.

4. Masukkan telur satu-persatu sambil di pukul. Pastikan adunan likat dan boleh dipaipkan.

5. Masukkan ke dalam piping bag dengan nozzle bintang dan paip di atas dulang pembakar yang telah di alas dengan kertas parchment / kertas minyak yang di gris.

6. Bakar 20 minit suhu 210′ C. Sejukkan.

7. Potong cream puff di bahagian tengah, paipkan dengan coklat ganache atau nutella. Boleh taburkan badam jika suka. Badam tersebut perlu dibakarkan terlebih dahulu sebelum tabur pada coklat ganache tersebut.

Tips: Kalau sudah sejuk baru keluarkan dari oven, kalau tak nanti adunan nampak kempis/turun.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi cream puff nutella, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang memiliki ketertarikan kepada kartun dan muzik, serta menginterpretasikan rasa dalam tulisan.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.