Selamat pagi semua…
Apa hidangan anda pagi ini? makanan manis, pedas atau masam? apapun itu mestilah sedap kan..

Apakata kalau anda masak makanan yang asam namun pedas pagi ini?
Yep hari ini kami akan mengongsikan kepada anda resepi yang menarik iaitu asam pedas ikan kari. Seperti namanya, makanan ini terasa pedas dan asam di lidah. Sangat menyelerakan.

Semua orang tahu bahawa asam pedas sangat sedap dan popular di Negeri Melaka dan Johor. Walau bagaimanapun terdapat juga kawasan-kawasan lain di negeri Melaka dan Johor ini mempunyai resepi asam pedas yang berlainan. Terpulang kepada citarasa masing-masing untuk menyedapkan lagi masakan mereka. Ianya sangat berbeza dari sudut rasa dan tekstur.

Perbezaan di antara asam pedas utara Malaysia dan selatan Malaysia ialah penggunaan asam. Asam jawa yang pekat lebih biasa digunakan di negeri selatan dan asam gelugur atau asam keping lebih biasa di negeri-negeri di utara. Kebiasaan masakan asam pedas bukan sahaja di hidangkan untuk keluarga di rumah malah masakan ini juga terdapat di kedai-kedai makan, restoran, juga di hotel-hotel yang terkemuka.

Resepi untuk membuatnya tidaklah terlalu rumit dan tidak pula terlalu mudah. Kami akan mengongsikan resepi Asam Pedas Ikan Pari  yang telah mendapat perkongsian ramai di facebook yang dikongsikan oleh Sue Ninie. . Hmmm… jom kita tengok apa resepi nya. Jemput baca…

Resepi Asam Pedas Ikan Pari

Resepi asam pedas ikan pari

Imej via facebook

Bahan Memasak Yang Digunakan

  • 1 biji tomato potong 4
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • tangkai daun kesum
  • 3 cawan air
  • Satu senduk kecik minyak masak
  • 20 tangkai cili kering (kalo ikan Lebih, Lebih kan cili kering)
  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • Lengkuas sebesar ibu jari (diketuk)
  • Serai sebatang dititik

Cara Memasak Asam Pedas Ikan Pari

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga pecah minyak dan wangi.
  2. Masukkan air asam jawa dan air. Renehkan sehingga mendidih.
  3. Masukan serai.
  4. Masukan lengkuas.
  5. Masukkan ikan, daun kesum dan bendi biarkan sehingga mendidih.
  6. Masukan garam, serbuk perasa dan gula sedikit.
  7. Masukkan tomato, perlahankan api biarkan sehingga pecah minyak dan sayur lembut.
Resepin asam pedas ikan pari

Imej via google

Resepi Menarik Lain

Selain resepi Asam Pedas Ikan Pari, kami juga telah mengongsikan resepi menarik lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya..

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar di salah satu universiti di Malaysia. Tinggal di Sungai Buloh.

Tinggalkan Komen!

〰〰

Langgan Info Kami

Berkaitan

〰〰
.