Mencari resepi roti yang mudah dan sedap?

Bulan puasa sudah mula menjengah. Ditambah pula dengan musim PKP ini, semestinya anda mahu mencuba berbagai resepi untuk dinikmati setelah berbuka puasa nanti.

Apa kata anda cuba membuat roti? Kadangkala, roti lebih enak jika dibuat sendiri. Jadi, berikut kami senaraikan 10 resepi roti homemade yang mudah dan sedap buat anda.

#1 Roti Pattaya

resepi roti

Imej via Facebook

Ini adalah salah satu resepi roti yang viral akhir-akhir ini, jadi memang rugi jika anda tak cuba. Resepi yang ringkas, namun menyelerakan dan mengenyangkan! Resepi ini dikongsikan oleh Jnida Nyda di Laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 2 keping roti
  • 1 biji telur
  • inti sardin (terpulang jika ingin ditumis atau tidak)

Cara-cara:

  1. Panaskan kuali, tuang sebiji telur dan ratakan.
  2. Letakkan sekeping roti di atas telur dan letakkan inti di atas roti.
  3. Tutup dengan sekeping lagi roti.
  4. Lipatkan telur tersebut, seolah-olah telur itu membungkus roti tadi (ala-ala pattaya). Pastikan bungkusan tidak terlalu nipis.

#2 Roti Sangkaya

resepi roti

Imej via Facebook

Jika anda biasa ke Boat Noodle, semestinya anda tahu yang Roti Sangkaya ini merupakan menu yang terkenal di situ. Anda juga boleh membuatnya sendiri di rumah tau! Resepi ini dikongsikan oleh Elyani Khai di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 5 helai daun pandan (dikisar 1 cawan air, tapis dan ambil airnya)
  • 1 biji telur
  • 1 kotak santan atau 1 tin susu cair
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • Gula dan garam secukup rasa
  • Roti

Cara-cara:

  1. Bancuh semua bahan sehingga sebati dan letak atas dapur sehingga mendidih.
  2. Kacau selalu untuk memastikan ianya tidak berketul.
  3. Sedia untuk dihidangkan bersama roti yang dikukus.

#3 Puding Roti Kukus dan Sos Kastard

resepi roti

Imej via Facebook

Satu lagi resepi roti viral yang patut dicuba ialah puding roti kukus yang dihidangkan bersama sos kastard. Kemanisan sos kastard bersama roti yang lembut dan rangup ini merupakan gabungan tersedap! Resepi ini dikongsikan oleh Nurul Shafira di laman Facebook.

Bahan-bahan puding roti:

  • 10 keping roti ( potong empat segi )
  • 1 tin susu cair
  • 3 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 5 sudu besar gula
  • Buah campur kering rendam air pnas kejap (optional)

Bahan-bahan sos kastard:

  • 1 tin susu cair
  • 1/2 cawan air
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 4 1/2 sudu besar gula

Cara-cara:

  1. Untuk bahan puding roti, kisarkan semua bahan kecuali roti.
  2. Sapu mentega pada setiap keping roti dan pada loyang.
  3. Susunkan roti di dalam loyang dan curahkan bahan kisar tadi. Tekan roti supaya bahan kisar meresap.
  4. Taburkan buah kering dan kukus selama 20 minit.
  5.  Untuk sos kastard, campur tepung kastard bersama air dan kacau rata.
  6. Campur semua bahan dan masak atas api perlahan.
  7.  Kacau sehingga mendapat tekstur yang pekat.

#4 Roti Jala

 roti

Imej via Facebook

Roti Jala merupakan menu sarapan yang sangat popular. Kelihatan susah untuk disediakan, namun sebenarnya ringkas sahaja caranya. Resepi ini dikongsikan oleh Nora Syikin Azmi di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 1 kg tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung ubi (supaya jala tidak mudah putus)
  • 2 bji telor
  • ½ tin susu cair
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar garam
  • pewarna kuning
  • air secukupnya

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan, kacau dan pukul hingga sebati.
  2. Kisar bahan tersebut dan tuang dalam acuan roti jala.
  3. Biarkan adunan selama 10 minit.
  4. Mula menjala.

#5 Roti Arab

resepi roti

Imej via Facebook

Roti Arab atau Roti Puri ini memang enak dinikmati bersama kuah kari, terutamanya semasa minum petang. Cara penyediannya juga mudah dan ringkas. Resepi ini dikongsikan oleh Shahida Fariza di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh gula
  • 3 sudu besar minyak masak/marjerin yg dicairkan
  • 1 sudu besar yis
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 cawan air panas

Cara-cara:

  1. Masuk semua bahan kecuali air panas. Gaul sampai jadi mcm serbuk roti
  2.  Masukkan air panas, uli sehingga doh tidak melekat di tangan & doh gebu
  3.  Bulat-bulatkan doh sebesar bola pingpong & rehatkan doh selama 30 minit.
  4.  Leperkan doh dan goreng dalam minyak yang banyak & cukup panas menggunakan api sederhana.
  5. Semasa menggoreng, curah minyak tanpa henti ke atas roti supaya roti kembung.

#6 Roti Sosej Kukus

roti sosej

Imej via Facebook

Mungkin anda sangkakan resepi ini rumit, namun sebenarnya ianya sangat senang. Ianya juga enak dan mesra bajet, jadi memang rugi jika tidak dicuba. Resepi ini dikongsi oleh Yati Rahim di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • roti ban
  • sosej
  • mayonis
  • kepingan keju

Cara-cara:

  1. Potong tengah roti ban
  2. Sapukan mayonis pada roti dan letakkan sosej serta kepingan keju
  3. Kukus selama 3 – 5 minit

#7 Roti Canai

Semasa PKP, agak susah untuk mendapatkan roti canai. Tidak mengapa, kerana anda boleh menyediakannya sendiri di rumah. Dijamin lembut di dalam dan rangup di luar! Resepi ini dikongsikan oleh Khabbab Jamalludin di laman Facebook.

Bahan-bahan (1 kg):

Untuk tepung (bahan A):

  • 1 kg tepung gandum
  • 1sudu besar marjerin
  • 1 biji telur ayam
    (Bahan atas digentel)

Untuk bancuhan air (bahan B):

  • 520ml air masak
  • 3 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu besar garam
  • 1 sudu air berkarbonat
  • Sedikit marjerin (untuk lumur dengan bola roti)
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

  1. Setelah bahan A habis digentel,  masukkan separuh bahan B dulu. Kemudian masukkan selainnya secara perlahan lahan sambil uli menggunakan tangan.
  2. Bila bahan A dan bahan B dah sebati (tepung diuli menjadi licin),  biarkan dulu mengembang dalam 15-20 minit sebelum bulat bulatkan.
  3. Lumurkan tapak dulang dengan marjerin. Pastikan tangan tidak terkena marjerin bagi memastikan bebola dapat dibentuk.
  4. Bulat-bulatkan, setelah itu lumur marjerin keliling bebola tersebut.
  5. Biarkan sekurang-kurangnya 4 jam sebelum ditebar.
  6. Tekan bebola tersebut sehingga leper, tarik perlahan-lahan dan tebar pada permukaan yang rata.
  7. Sedia untuk digoreng. Balikkan 2 kali sahaja semasa menggoreng.

#8 French Toast

resepi roti

Imej via Facebook

Teringin untuk menikmati menu yang ringkas namun enak? Cubalah buat French Toast, senang sahaja caranya. Rasanya juga sedap dan boleh bikin ketagih. Resepi ini dikongsi olah Fyza Khairi di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  •  2 biji telur ayam
  • 1 sudu kecil esen vanila
  •  5 sudu susu segar
  •  3-4 keping roti

Cara-cara:

  1. Pecahkan 2 biji telur kedalam mangkuk.
  2. Masukkan susu segar dan esen vanila. Kacau sebati.
  3. Celupkan roti kedalam campuran tadi.
  4. Cairkan mentega didalam kuali.
  5. Masak sehingga garing keemasan.

#9 Roti Benggali

roti benggali

Imej via Facebook

Roti Benggali merupakan roti lembut yang sangat terkenal di Penang. Tak perlu susah-susah ke Penang, kerana anda boleh menyedikannya sendiri. Resepi ini dikongsi oleh Wan Raudzah Wan Ismail di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 500 gm tpg roti
  • 40 gm gula
  • 30 gm susu tepung
  • 10 gm yis
  • 5 gm bread improver
  • 1 biji kuning telur
  • 275 gm air
  • 8 gm garam
  • 50 gm butter (guna shortening untuk dapatkan roti yang putih)

Cara-cara (menggunakan bread maker):

  1. Masukkan bahan-bahan ke dalam bread maker dan set kepada dough. 
  2. Uli selama 30 minit hingga elastik.
  3. Keluarkan daripada bread maker dan bulatkan. Rehatkan 10 minit.
  4. Setelah itu, canai memanjang dan gulung.
  5. Masukkan ke dalam baking tin yang dah digris dengan shortening.
  6. Rehatkan sehingga mengembang kepada tiga kali ganda saiz asal.
  7. Bakar dalam oven dgn suhu 170c, api atas bawah, rak paling bawah hingga bertukar warna perang.

#10 Roti Gula Rangup

resepi roti

Imej via Facebook

Satu lagi resepi roti yang boleh anda cuba di rumah ialah roti gula rangup. Jika dinikmati sambil menonton movie, pasti syok! Resepi ini dikongsi oleh Nur Ashikin A Ridzuan di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Gula perang
  • Susu pekat
  • Marjerin
  • Roti

Cara-cara:

  1.  Campurkan gula, marjerin dan susu pekat. Sukatan mengikut citarasa masing-masing.
  2. Sapukan pada roti. Potong roti mengikut saiz kesukaan.
  3. Masukkan dalam oven, api atas bawah. Bakar pada suhu 160°c selama 20 minit.

Resepi Menarik Lain

Selain koleksi resepi roti, kami juga ada menulis tentang resepi lain yang menarik. Jangan lupa untuk mencuba dan memberi komen ya. Selamat mencuba!

Penulis: Nurul Hani

Nurul Hani

Merupakan seorang pelajar di salah satu universiti tempatan dan berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.