Pulut Sekaya merupakan kuih tradisi yang berasal dari Kelantan. Ianya terkenal kerana rasanya berlemak dan manis, membuatkan sesiapa yang makan kuih pulut sekaya terus jatuh cinta dengan juadah ini. Ianya amat lazat kerana gabungan santan, daun pandan bersama gula dan pulut menghasilkan kombinasi yang terbaik.

Pulut Sekaya menggunakan bahan yang mudah untuk didapati. Walaupun kuih ini terkenal di pantai timur, ianya jarang didapati di belah selatan tanah air kita. Oleh itu, buat mereka yang ingin mencuba resepi tradisi baharu, yang lebih unik dan pastinya digemari ramai, anda boleh mencuba resepi pulut sekaya ini.

Cara pembuatannya terdapat beberapa jenis, anda boleh kukus sahaja, atau boleh kukus separuh dan kemudian bakar. Bergantung kepada citarasa dan dapur anda. Kedua – dua cara masih menghasilkan kuih pulut sekaya yang lazat.

Resepi ini telahpun dikongsikan oleh Norjihan Mohd Rawi dan mendapat banyak shares serta likes di Facebook. Jom kita lihat resepi ini!

Resepi Pulut Sekaya

Pulut-Sekaya
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan Lapisan Pulut:

  • 1 cawan pulut (basuh bersih dan tos air)
  • Santan pekat (kuantiti bila tuang dalam pulut mesti sama paras dengan pulut)
  • 1 sudu kecil garam

Bahan Lapisan Atas (versi hijau):

  • 5 biji telur saiz besar (jika kecil guna 6)
  • 1 sudu besar tepung gandum / tepung beras
  • 1 sudu kecil garam
  • 4 sudu besar gula (untuk manis 5/6 sudu besar)
  • 1 cubit serbuk kulit kayu manis (tidak wajib)
  • 2 cawan santan pekat / 2 kotak kecik santan kotak jenama ayam brand (tidak perlu tambah air)
  • 15 helai daun pandan (gunting pendek-pendek)

Cara – cara memasak:

Cara Lapisan Pulut:

  1. Masuk pulut ke dalam loyang saiz sederhana bersama santan dan garam.
  2. Gaul rata dulu.
  3. Masuk terus ke dalam pengukus menggunakan api kuat.
  4. Kukus smpai pulut masak, dah masak keluarkan dari pengukus dan tekan-tekan guna belakang senduk bagi mampat dan serata. Biar sekejap bagi agak suam sedikit.

Nota: Pulut masak akan nampak berkilat tiada biji-biji macam beras lagi.

Cara Lapisan Atas:

  1. Masuk semua bahan lapisan atas ke dalam blender dan kisar sehingga nampak daun pandan halus.
  2. Tapis dalam jug.
  3. Tuang atas lapisan pulut tadi, terus masuk semula ke dalam pengukus dan kukus sampai masak.
  4. Gunakan api kuat, sekali sekala buka penutup kukus untuk buang wap air. Bahagian atas masak elok bila tekan skit dengan jari, tidak rasa lembik macam air, lembut sedikit tapi pekat tidak mengapa.
  5. Pastikan sejuk baru potong.
Pulut-Sekaya-2
Imej via Facebook

Nota: Jika mahu jadikan versi bakar kukus seperti biasa cuma tidak perlu kukus sehingga bahagian atas betul-betul masak. Masa bahagian bawah masih goyang-goyang lembik keluarkan dari pengukus dan bakar dalam oven menggunakan api atas dan bawah suhu 180C selama 40 hingga 50 minit. Bila sudah siap bila tekan dah tidak rasa cair macam air.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.