Ada yang mencari resepi pau goreng yang mudah dan sedap? Ini kami kongsikan resepi mudah roti dan intinya, yang telah dikongsikan oleh Sha Roziah Al Yahya di laman Facebooknya.

Pau goreng sesuai untuk dijadikan menu sarapan mahupun minum petang. Kebiasaannya pau goreng menggunakan kacang merah sebagai inti.

Adunan di bawah boleh menghasilkan 12 hingga 13 biji pau untuk 40 gram setiap satu doh. Sekiranya terdapat lebihan pau, anda boleh frozenkannya dan goreng apabila hendak dimakan.

Resepi Doh Pau

Bahan-bahan:

  • 250 gm tepung gandum
  • 5 gm yis segera
  • 20 gm shortening/marjerin
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh baking powder
  • 40 gm gula halus
  • 1 sdb susu tepung/ susu manis
  • 110 gm air biasa (tuang sedikit-sedikit)

Cara Membuat:

1. Untuk membuat kulit pau, masukkan tepung ke dalam mangkuk adunan.

2. Selepas itu satukan air, yis, shortening, gula dan garam. Uli adunan ini selama 10-15 minit.

3. Bentuk doh bulat-bulat setiap satu menjadi 40gm. Kemudian simpan doh selama 10 minit dengan ditutup plastik.

4. Setelah 10 minit, ambil doh dan tepekkan menjadi bulat.

5. Kemudian isikan intinya dan selepas itu ditutup dan dibulatkan. Simpan selama sejam.

6. Selepas sejam barulah digoreng dengan minyak sederhana panas. Goreng sehingga warna keperangan.

Resepi Inti Kacang Merah

Kacang merah haruslah direndam terlebih dahulu. Namun jika anda mempunyai pressure cooker, rebus sahaja kacang dengan air yang banyak. Berikut merupakan bahan dan cara penyediaan inti pau goreng.

Bahan-bahan:

  • 250 gram kacang merah (rendam semalaman)
  • 1 ketul gula melaka
  • Secubit garam
  • Air secukupnya
  • 3/4 sudu minyak jagung atau minyak masak
  • Daun pandan
  • 3 sudu makan tepung gandum

Cara Memasak:

1. Rebus kacang merah sampai lembut. Matikan api dan biarkan sejuk sebentar.

2. Masukkan kacang merah tadi ke dalam pengisar. Masukkan bersama lebihan air rebusan tadi dan kisar sampai agak-agak halus. Kalau agak-agak tak cukup air, masukkan sedikit lagi air.

3. Masukkan ke dalam periuk kacang merah yang sudah siap dikisar tadi bersama gula, garam, daun pandan dan baki air tadi.

4. Masak sehingga pekat lalu masukkan tepung gandum.

5. Kacau sebati. Apabila adunan kacang merah sudah agak pekat, masukkan minyak jagung dan kacau sebati. Siap.

Mudahkan resepi pau goreng di atas. Bahan-bahan yang digunakan juga merupakan bahan asas yang mesti ada di rumah.

Buat sendiri pasti lebih puas. Anda boleh menggorengkannya mengikut kerangupan yang anda mahu. Gandakan adunan jika anda mahu membuat dengan lebih banyak dan jadikan dalam bentuk frozen.

Apa tunggu lagi? Jom buatnya sekarang untuk makan bersama keluarga tersayang. Selamat mencuba!

Mencari lebih banyak resepi kudapan untuk sarapan mahupun minum petang? Jom cuba resepi di bawah:

Penulis: Nur Syafiqah

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.