Pernahkah anda makan ikan patin masak tempoyak?

Untuk anda yang yang tidak tahu dan tidak pernah rasa ikan patin masak tempoyak, anda jangan risau kerana sekarang kami akan berkongsi resepi makanan asal Pahang ini kepada anda semua.Resepi ikan patin masak tempoyak yang terbaik.

Resepi ini dikongsikan oleh ‎Rohaiza Azreen‎ di Facebook serta sukatan bahannya mengikut resepi daripada Iyda Halim di Facebook. Sekali cuba confirm anda nak lagi!

Tak semua orang suka tempoyak kerana meskipun dibuat daripada isi buah durian namun, isi durian ini diasingkan daripada bijinya dan ditambah dengan sedikit garam dan disimpan selama tiga hingga lima hari di dalam suhu bilik untuk proses penapaian. Maka rasanya agak masam dan aromanya lain.

Walaupun begitu, banyak juga yang suka makan tempoyak, apalagi ikan patin masak tempoyak. Tempoyak biasanya tidak dimakan begitu sahaja tetapi selalunya dibuat sambal atau dimasukkan ke dalam masakan seperti gulai tempoyak ikan patin seperti resepi yang kami kongsikan ini atau pais ikan tempoyak.

Selamat mencuba resepi ini.

Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak

ikan patin masak tempoyak

Imej via Google

Bahan-bahan :

1. Ikan patin segar.

patin masak tempoyak

Imej via Facebook

2. Tempoyak ikut suka.

tempoyak

Imej via Google

3. Cili padi 15 biji.
4. Kunyit hidup seinchi.
5. Daun Kesum.
6. Bungan Kantan.
7. Air.
8. Timun kuning atau bendi sebagai pelengkap.

Cara Memasak :

1. Cuci bersih ikan kemudian letak dalam periuk.

2. Tumbuk cili dan kunyit.

3. Setelah kedua-dua bahan lumat, bubuh tempoyak. Gaul sebati. Masukkan ke dalam periuk ikan tadi. (Kalau mahu kuah pekat bubuh tempoyak lebih banyak).

patin masak tempoyak

Imej via Facebook

4. Masukkan daun kesum dan bunga kantan.

5. Masukkan air. Masak sampai menggelegak.

6. Boleh masukkan timun kuning atau bendi sebagai pelengkap untuk menambah sedap.

7. Masukkan garam dan aji sebagai perasa.

ikan patin masak tempoyak

Imej via Facebook

Ikan patin masak tempoyak siap untuk dihidangkan. Selamat menjamu selera.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi ikan patin masak tempoyak, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Pelajar yang memiliki ketertarikan kepada kartun dan muzik, serta menginterpretasikan rasa dalam tulisan.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.