Kek coklat kukus adalah salah satu juadah yang amat mudah untuk dibuat. Bahan – bahannya mudah untuk didapati membuatkannya menjadi salah satu hidangan yang dikenali dan dibuat ramai. Ianya sesuai untuk mereka yang baru nak berjinak untuk memasak, atau mungkin juga pelajar dan sesiapa sahaja yang inginkan sesuatu yang mudah tetapi sedap.

Disini kami sediakan resepi yang amat mudah untuk anda ikuti, selain daripada rasanya yang terjamin lazat dan menyelerakan. Pastikan anda mencuba resepi ini dan hidangkannya kepada keluarga anda. Semestinya mereka akan menggemarinya dan makan bertambah – tambah. Selain daripada untuk masak suka – suka, kek coklat kukus yang ringkas ini juga boleh dibuat semasa hari jadi. Hadiahkanlah kepada yang tersayang!

Resepi ini dikongsikan oleh Rashidah Kamaruddin dan telah mendapat banyak perkongsian. Tanpa membuang masa lagi, jom kita lihat!

Resepi Kek Coklat Kukus

kek coklat kukus

image via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan untuk kek:

  • 1 mug minyak masak
  • 1 mug susu cair
  • 1 mug susu pekat
  • 1 mug serbuk koko
  • 1/2 mug gula pasir dikisar halus dulu
  • 4 biji telur gred A @ B
  • 1 1/2 sudu teh baking powder
  • 1 1/2 sudu teh soda bicarbonate1 sudu teh esen vanila
  • 1 1/2 mug tepung gandum yang telah diayak.

Bahan untuk topping:

  • 4 sudu besar serbuk koko
  • 5 sudu besar susu pekat
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 2 sudu besar susu cair.

Cara – cara memasak:

Cara – cara memasak kek:

  1. Campur semua bahan ke dalam blender kecuali tepung. Kisar menggunakan blender sahaja.
  2. Kisarkan selama 5 minit. Sekiranya anda ingin menggunakan mixer pun boleh, tetapi kacau sebati selama 3 ke 4 minit sahaja.
  3. Kemudian tuangkan adunan kedalam mangkuk yang besar.
  4. Tuangkan tepung sedikit demi sdikit sampai habis dan kacau sebati.
  5. Sapukan acuan atau loyang dgn butter atau minyak. Nota: Jangan lupa tutup loyang dgn plastic wrapping untuk elakkan air masuk ke dalam kek.
  6. Panaskan air didalam periuk kukus dan kukus selama 1 jam atau sampai betul – betul masak. Nota: Anda boleh panaskan air semasa mengisar bahan – bahan tersebut kerana proses untuk buat kek ini sekejap sahaja.

Cara – cara membuat topping:

  1. Campur semua kedalam periuk dan kacau dengan api yang perlahan.
  2. Kacau sehingga sebati.
  3. Kemudian, tuangkan terus ke atas kek.
  4. Siap dan sedia untuk dimakan!

Resepi – resepi lain yang anda boleh cuba:

Selain daripada resepi ini, terdapat beberapa lagi resepi yang semestinya anda boleh cuba. Jangan risau, sudah semestinya resepi – resepi yang kami kongsikan ini mudah dan boleh dibuat oleh semua lapisan masyarakat. Kongsikan juga ya resepi ini kepada kawan – kawan anda!

 

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.