Tidak semua orang menyukai daging ayam. Mesti ada antara keluarga, kerabat atau kawan anda yang tidak menyukai daging ayam. Padahal faktanya daging ayam memiliki banyak gizi dan protein.

Oleh itu, kami akan memberi penyelesaian untuk anda yang tidak menyukai daging ayam atau anda semua yang mempunyai sedara dan kawan yang tidak suka ayam. Penyelesaiannya iaitu dengan mengolah daging ayam menjadi nugget ayam. Nugget ayam ialah makanan yang diperbuat daripada ayam yang dilumatkan kemudian dicampur tepung dan perasa sehingga menghasilkan rasa yang sedap.

Nugget ayam pula boleh dijadikan sebagai camilan dihidangkan bersama sos. Nugget ayam pula boleh dimakan bersama makanan berat lainnya seperti nasi atau mi. Nugget ayam mentah harus disimpan dalam freezer, kerana bagaimanapun ia merupakan produk olahan hewani dan mudah rusak oleh mikroorganisme.

Anda dapat mencuba resepi ini di rumah dan cara membuatnya pula sangat senang. Bahan-bahannya sangat mudah didapati. Rasa sedap nugget ayam yang lembut confirm akan disukai oleh keluarga dan kerabat anda. Mesti anda ingin orang-orang kesayangan anda gizinya cukup kan? Oleh, itu hidangkan lah kepada mereka resepi nugget ayam buatan anda.

Baiklah untuk anda yang tak sabar ingin tahu resepi nugget ayam yang power, berikut akan kami kongsikan resepi yang telah mendapat perkongsian ramai yang dikongsikan oleh Nora Zi di Facebook. Sila cuba resepi ini.

Resepi Nugget Ayam Simple dan Sedap Sangat!

resepi nugget ayam

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 ketul dada ayam blend kering
  • 1 sudu lada hitam blen kering
  • 1biji bwg merah dan putih
  • 1 biji telur
  • Garam aji secukup rasa

Cara Membuat Nugget Ayam

1. Blend Semua Bahan dan Tuang air sedikit untuk mengisar.

2. Tuang bahan blend tadi ke dalam bekas.

4. Masukkan tepung gandum 3 sudu.

5. Masukkan tepung pulut 2 sudu. Kalau masih cair lebih kan lagi tepung untuk bagi pekatkan.

6. Gaul rata dan tambahhan hirisan daun sup dan sebangainya.

resepi nugget ayam

Imej via Facebook

7. Setelah siap digaul, masukkan ke dalam loyang dan kukus sampai jadi kental. (Dalam 10 hingga 15 minit).

8. Selepas itu potong ikut suka. Guna acuan kuih love atau bentuk star atau apapun boleh.

9. Celupkan dengan telur dan taburkan serbuk nugget atau tepung goreng ayam atau tepung roti pun boleh.

resepi nugget ayam

Imej via Facebook

10. Golek rata dan goreng hingga masak dengan api sederhana panas.

resepi nugget ayam

Imej via Facebook

Kalau mahu frozenkan, goreng setengah masak kemudian sejukkan dulu baru simpan ke dalam freezer. Selamat mencuba.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi Nugget Ayam, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Pelajar yang memiliki ketertarikan kepada kartun dan muzik, serta menginterpretasikan rasa dalam tulisan.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.