Nak cuba resepi kambing yang baru? Anda pasti bosan dengan resepi yang biasa dibuat seperti sup, gulai kurma dan kari kambing. Kami ada cadangan resepi kambing yang boleh anda cuba.
Ada menu atau resepi kambing memang tak ramai pernah cuba dan sering didapati di hotel, restoran atau jamuan makan sahaja. Lamb shank, kambing golek dan kambing masala antara menu yang ramai tidak terfikir untuk membuatnya sendiri.
Jika ada daging kambing di rumah, jom tengok resepi baru yang boleh anda masak. Jangan risau, kami sertakan beberapa tips untuk hilangkan bau hamis kambing di akhir resepi.
Resepi kambing pertama ini pernah viral kerana keenakan yang luar biasa. Dikongsikan oleh Mohd Kamal Ab Rahman, beliau tidak menggunakan perasa seperti MSG, pati kiub dan stok daging. Walaupun begitu, rasanya lebih sedap dan pasti menjilat jari.
1. Tumis bawang putih, bawang merah dan halia.
2. Apabila sudah pecah minyak, masukkan air lalu masukkan kambing.
3. Letakkan sup bunjut. Cara memasak resepi ini sama seperti masak sup biasa cuma bezanya ditambah lada dan tomato puree.
4. Masukkan lada kisar, tomato puree dan akar serta daun ketumbar.
5. Perasakan dengan garam dan gula melaka. Akhir sekali, taburkan sedikit daun ketumbar.
Bagi mereka yang mempunyai kekurangan bahan tetapi mahu makan menu barat dengan kepingan kambing, cuba sahaja resepi kambing perap bakar milik Aniza Mustafa ini. Beliau hanya menggunakan tiga bahan sahaja namun hasilnya memuaskan. Jom ikuti resepi ini:
1. Gaulkan ketiga-tiga bahan tersebut hingga sebati pada kambing.
2. Perap sekurang-kurangnya dua jam. Nak lebih sedap, perap semalaman dan simpan di dalam peti ais dengan suhu biasa.
3. Setelah diperap, bakar seperti biasa di atas kuali mahupun pressure cooker.
Siti Mariam Ulfah berkongsikan resepi kambing panggang cara moden. Resepi ini khas untuk 3 orang dimana menggunakan kambing bahagian bahu. Selalunya menu ini terdapat di hotel dan sesetengah majlis. Namun kini anda boleh masaknya sendiri di rumah.
1. Cuci kambing dengan tepung gandum dan sedikit hirisan lemon.
2. Biarkan dalam 15 minit untuk buang bau hanyir kambing. Kemudian, cuci, bilas dan toskan.
1. Masukkan semua bahan B dan bahan C dalam besen kemudian gaul sampai sebati.
2. Kemudian, letak kambing yang sudah dicuci tadi. Gaul bagi rata keseluruhan kambing.
3. Marinate, peramkan atau biarkan dalam 4 hingga 5 jam.
4. Selepas marinate, masukkan ke dalam pressure cooker (saya pakai periuk Noxxa). Masak menggunakan mode high pressure dan setkan timer dalam 20 minit. Setelah siap, jangan terkejut jika lihat air banyak kerana nanti kita akan stir-fry.
5. Terbalikkan kambing lalu setkan periuk Noxxa dalam mode STIR-FRY. Kacau-kacau sedikit lalu balik-balikkan sampai air tadi kering. Masak sampai tahap rasa nak makan atau garing.
Nota: Jika tiada pressure cooker, anda boleh grill menggunakan kuali atau pemanggang ajaib.
Jika anda mahu masak kari kambing untuk sesuatu majlis, ikuti resepi dari Am Aqil Fauziah Yusuf khas untuk kuantiti yang banyak. Beliau menggunakan 3 kg kambing. Menurutnya, jika menggunakan rempah yang banyak dengan rasa yang sedikit pedas, ia bertambah sedap.
1. Kisar bahan bertanda *.
2. Panaskan minyak dan tumis rempah sangai sampai nampak berubah sikit warna dan naik bau.
3. Masukkan rempah 4 sekawan, bawang dan halia yang di mayang dan dihiris nipis.
4. Goreng sampai sedikit garing.
5. Masukkan bawang yang dikisar bersama cili dan rempah. Goreng sehingga naik bau dan pecah minyak.
6. Masukkan kambing dan asam keping.
7. Masukkan limau kasturi tetapi jangan perah.
8. Gaul dan biar seketika.
9. Agak-agak sudah sebati, masukkan air sama aras dengan daging.
10. Tutup sekejap periuk sampai daging hampir empuk.
11. Apabila daging sudah hampir lembut, masukkan kentang.
12. Masukkan santan. Jika kuah kering sangat, boleh tambahkan sedikit air.
13. Masukkan garam dan sedikit cukup rasa Maggi.
14. Hidangkan jika sudah masak.
Kuzi kambing merupakan resepi dari Kelantan. Selain sedap dimakan bersama nasi putih, kuzi kambing juga sedap dijadikan pencicah bersama roti. Lebih pekat lebih sedap. Jom cuba resepi dari Inaz Awliyah.
1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum. Masukkan sos dan kacau rata.
2. Tambah daging kambing yang telah diperap tadi. Gaul rata dan biar hingga daging kecut. Masukkan kismis dan air (hingga daging tenggelam). Biar mendidih.
3. Tambah tomato dan masak hingga daging empuk. Masukkan yogurt dan gula melaka lalu kacau rata.
4. Masukkan bawang besar yang dibelah, cili hijau dan cili merah.
5. Kacau dan biar hingga pekat. Tambah garam secukup rasa dan masak sekejap. Rasa dan jika okay, boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi.
Ada peminat kurma kambing di sini? Gulai kurma lebih sedap jika kuahnya pekat. Nak dapatkan kurma kambing yang pekat, ikuti resepi dari Nor Aza. Resepi beliau tidak menggunakan sukatan, hanya ikut citarasa sahaja. Apa yang unik, anda boleh menggantikan atau mencampur santan bersama yogurt. Memang lain dari yang lain.
1. Kisar halus bahan bertanda *.
2. Tumis hirisan bawang besar, 4 sekawan, daun pandan, minyak masak dan minyak sapi hingga kekuningan.
3. Tuang bahan kisar. Masak sampai pecah minyak. Saya biar pecah minyak 2 atau 3 kali.
4. Masukkan kambing. Biar separa masak kemudian baru letak ubi dan carrot.
5. Apabila daging empuk, boleh masukkan santan, garam, bawang besar dan tomato yang dibelah empat tadi. Biar mendidih.
6. Tutup api, tabur cili padi dan bawang goreng.
Nota: Rempah kurma boleh dikisar sekali dengan bawang jika mahu. Jika tidak dikisar, masukkan rempah paste selepas tumis bahan kisar.
Lamb chop pasti antara menu yang terlintas dalam fikiran jika memikirkan resepi kambing yang istimewa. Fadhlina MH berkongsikan resepi lengkap lamb chop dari perapan daging, sos lada hitam hinggalah mashed potato. Menu ini pasti digemari seisi keluarga.
1. Campur kesemua bahan dan lumurkan pada daging.
2. Perap daging sekejap dalam 30 minit. Lagi lama perap lagi sedap sebab bahan meresap dalam daging.
3. Ketuk manja dengan lesung sebelum gaul bahan perapan supaya daging lembut.
4. Bakar dalam oven atau boleh grill atas pan.
1. Cairkan butter dengan api sederhana.
2. Masukkan tepung sambil kacau supaya tak berketul.
3. Masukkan air, kiub ayam dan kicap.
4. Kacau rata dan boleh tambah lagi black pepper ikut nak pedas mana. Boleh tambah air kalau nak kuah cair sikit.
1. 6 biji kentang dipotong kecil dan rebus dalam periuk.
2. Tutup api, buang air dan lenyekkan dalam periuk tadi.
3. Masukkan 1 sdb butter, ¾ cawan fresh milk, 1 sdb lada hitam kasar dan secubit garam.
4. Buka api perlahan dan gaul rata. Sekejap sahaja jangan sampai hangus.
Stew kambing boleh dimakan dengan pelbagai cara termasuklah dicicah bersama roti, makan bersama nasi mahupun spaghetti. Jika menggunakan dapur atau periuk biasa, ia mengambil masa yang lama untuk memasak dengan penggunaan api tidak terlalu kuat dan perlu selalu dikacau. Sebaiknya, masak menggunakan pressure cooker. Cuba resepi dari Wan Norhayati Deris pasti menjadi.
1. Bersihkan kambing dan toskan.
2. Potong dadu kasar sayur-sayuran dan bawang besar.
3. Cincang halus bawang putih.
4. Panaskan kuali, letak minyak sedikit dan goreng sekejap kambing. Jika malas goreng, masukkan terus dalam periuk.
5. Hancurkan kacang panggang lalu masukkan dalam periuk yang berisi kambing tadi.
6. Masukkan sos prego. Tambah air dengan anggaran 1 setengah botol sos. Jika guna pressure cooker, kurangkan sedikit air.
7. Masukkan sayur-sayuran, garam dan gula.
8. Jika guna pressure cooker, set menu meat dalam setengah jam, insyaAllah siap.
Penggemar masakan mamak pasti tahu keenakan sup kambing mamak yang pekat dan rasa rempahnya yang memikat. Jika ke Penang, ada satu kedai terkenal dengan menu ini yang dicicah bersama roti. Anda juga boleh mencubanya di rumah. Ikut sahaja resepi dari Efie Muhamad ini.
1. Rebus daging dan tulang kambing.
2. Kisar halus bawang holland, bawang putih dan halia.
3. Masukkan hasil kisar ke dalam periuk.
4. Masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga lawang serta tomato yang dibelah empat.
5. Masukkan rempah sup, rempah kurma, jintan manis, serbuk ketumbar dan lada sulah.
6. Biarkan mereneh sehingga daging betul-betul empuk.
7. Perasakan dengan garam, dan masukkan daun ketumbar.
8. Siap
Zaleha Yusof berkongsikan resepi kambing yang lebih mudah untuk hidangan tengah hari bersama nasi outih iaitu singgang kambing berempah. Menu ini memang terkenal di pantai timur. Walaupun simple, anda pasti bertambah nasi!
1. Rendam kambing dengan gandum dan limau nipis.
2. Rebus dengan asam keping menggunakan api sedang selama 1 jam.
3. Masukkan segala rempah dan tambah air.
4. Kacau sehingga masak.
Amelia Tamby Hussin pula berkongsikan resepi lejen milik ibu mertuanya. Jika ada yang tak tahu, bamia kambing adalah masakan klasik dari Arab. Bukan sahaja sedap dimakan bersama nasi panas, malah anda pasti suka jika dicicah bersama roti. Hanya menggunakan lima bahan, ia boleh tersedia dalam masa yang singkat.
1. Rebus kambing di dalam periuk tekanan. Sekiranya tiada, rebus dalam periuk biasa sehingga empuk. Airnya simpan jangan di buang .
2. Di kuali atau periuk yang berasingan, tumis halia kisar bersama-sama cili. Jika suka lebih pedas, tambahkan cili. Jika tidak, kurangkan cili.
3. Apabila sudah garing, masukkan kambing. Kemudian masukkan sos tomato. Gaul dan biarkan mesra .
4. Akhir sekali, taburkan bawang goreng.
5. Sejukkan dan enak di makan bersama roti.
Nak resepi kambing lebih mudah, masakkan bersama nasi goreng. Ikut resepi Nurul Ateekah yang menyediakan nasi goreng yang lebih mewah dengan ramuannya. Resepi ini khas untuk 3 hingga 4 orang makan.
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga kekuningan.
2. Kemudian masukkan bawang merah dan masak hingga sedikit garing.
3. Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
4. Masukkan telur (pecahkan di dalam kuali) lalu masak sehingga hancur dan sedikit garing.
5. Masukkan daging kambing, serbuk perasa dan serbuk belacan lalu gaulkan seketika.
6. Masukkan nasi, sayur sawi, cili merah, sos ikan dan kicap manis ABC. Gaulkan kesemuanya sehingga sebati.
7. Siap untuk dihidangkan.
Bau dan rasa hamis kambing kadangkala membuatkan ramai yang terbantut niat untuk mencuba pelbagai menu berasaskan kambing. Kami kongsikan beberapa tips yang boleh anda pilih untuk hilangkan bau tersebut:
Resepi daging yang mana menarik perhatian anda? Ada menu barat, menu tradisi dan menu viral yang pasti membuat anda mahu cuba lagi. Kebanyakan resepi memang mudah untuk dicuba.
Kami juga menulis dan berkongsikan pelbagai resepi menarik seperti resepi ikan bakar, resepi ayam berkuah dan resepi udang yang sesuai untuk hidangan tengah hari.