Tahukah anda bahawa mee kari adalah resepi yang dibawa oleh pedagang Cina? Ya, pedagang Cina yang ingin bereksperimentasi dengan rempah ratus yang dibawa oleh pedagang India. Sehingga kini, mee kari semestinya menjadi pilihan rakyat Malaysia kerana rasanya yang pedas berlemak, digabungkan dengan rasa kenyal mi. Wah, pasti sahaja dapat memikat hati sesiapa sahaja yang merasainya.
Resepi yang kami bawakan kali ini tular di Facebook, pasti menghasilkan hidangan yang amat enak dan lazat. Mee kari ini juga bolehlah menjadi juadah untuk dihidangkan kepada tetamu atau mungkin sahaja kepada ahli keluarga anda.
Tanpa membuang masa lagi, jom kita lihat resepi yang telah dikongsikan oleh Miya Aira dan mendapat banyak perkongsian serta komen positif di Facebook.
Sebelum kita mula memasak, kita akan buat stock air udang. Inilah petua untuk menjadikan kuah sedap. Asingkan isi udang dan ambil kepala dan kulit sahaja, rebus sekejap dan kisarkan guna air rebusan tadi sampai hancur, akhir sekali kita tapiskan.
Bahan A (dikisar):
Satukan semua dan kisar sampai halus.
Bahan B
(Bahan penumis)
Bahan C
Nota : Nak lagi sedap tambah isi kerang. Kuantiti lauk diatas ikut suka anda untuk letak banyak mana.
1)
1.1. Panaskan minyak tumis bahan B (bahan penumis ). Minyak haruslah banyak .Tapi mestilah berpada ya.
1.2 Masukkan bahan A (bahan kisar).
1.3 Tumis hingga naik bau.
1.4 Masukkan semua rempah kari ikan + daging.
2)
2.1 Masa ni kecilkan api masak dan kacau rempah sekejap je jangan smpai hangit pulak
2.2 Masukkan segelas air biarkan mendidih.
2.3 Masukan ayam dan pastikan buka api sederhana.
2.4 Masak hingga mendidih atau pecah minyak
3)
3.1 Masukkan kentang.
3.2 Masukkan air stock udang.
3.3 Masukkan bebola ikan dan kek ikan.
3.4 Masukkan udang
4) Kacau dan kacau masukkan sekeping asam keping.
5) Boleh tambah sedikit air jika pekat. Masak sehingga mendidih.
6) Setelah mendidih masukkan dua kotak kecil santan.
7) Masukan gula, garam dan serbuk perasa secukup rasa. Sentiasa mengacau supaya santan tak berketul, masak sehingga mendidih sekali lagi.
8) Dah siap. Jika pekat sangat boleh tambah sedikit air. Sebab nanti sejuk kuah jadi pekat. Mee kari sedap jika kuah tak pekat sangat dan tak cair sangat. Pandai2 anda sesuai kepekatan anda suka..
Nota: Kuah cara saya buat ni memang tak muak. Sedap selalu jadi pilihan tetamu saya bila raya. Keseluruhan bahan – bahan yang dinyatakan di atas sesuai untuk 2 paket kecil mee dan sekiranya anda buat banyak boleh gandakan kuantiti tau.
Ianya juga dihidangkan bersama:
Terdapat beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba selain daripada resepi mi kari ini. Jangan lupa untuk mencuba resepi ini dan kongsikan bersama kenalan anda ya!