Samosa yang sedap terletak pada intinya yang padat dan melazatkan. Sekiranya tidak, ianya hanyalah sekadar samosa angin. Kali ini, kami bawakan resepi khas buat anda iaitu resepi inti Samosa dimana anda kini boleh menghasilkan sendiri samosa yang lazat dan menyelerakan.

Cara pembuatan inti samosa ini amatlah mudah. Malahan, anda boleh menyukat sendiri berapa banyak inti yang perlu diletakkan dalam samosa anda mengikut kepada citarasa anda.

Resepi ini dikongsikan oleh Siti Mariam dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial.

Resepi Inti Samosa

resepi-inti-samosa

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Kulit popia
  • Gam tepung
  • Minyak masak
  • Kentang/keledek kuning
  • Ayam/Daging cincang
  • Bawang putih
  • Bawang kecil
  • Serbuk kari
  • Daun sup
  • Daun kari
  • Garam,perasa dan garam secukup rasa
  • Air

Cara – cara memasak:

  1. Panaskan mintak dan tumis bawang yang telah ditumbuk.
  2. Masukkan serbuk kari dan tumis sehingga pecah minyak
  3. Masukkan ayam atau daging yang dicincang dan kentang/keledek yang telah dipotong dadu.
  4. Masukkan air bagi elakkan kentang hangus.
  5. Masak sehingga kentang dan ayam/daging menjadi lembut kemudian masukkan daun kari dan daun sup.
  6. Ambil kulit popia, dan gulung inti menjadi samosa bentuk tiga segi.
  7. Panaskan minyak masak, dan goreng sehingga garing.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Anda mahukan resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa buah resepi yang boleh anda cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.