Lasagna merupakan satu hidangan barat yang amat digemari oleh kita. Namun, untuk menyesuaikan ianya dengan tekak orang Malaysia, salah satu caranya adalah dengan gantikan lasagna itu bersama roti. Ianya lebih budget friendly dan semestinya, lebih lazat dan lebih dekat dengan kita. Selain daripada itu, ianya juga mempunyai bahan yang mudah untuk didapati, dan anda boleh mendapatinya di pasaraya sekitar rumah anda.

Lasagna mempunyai rasa yang unik dan sangat sedap. Cara untuk membuatnya juga mudah kerana disertakan disini langkah demi langkah. Resepi lasagna roti budget friendly ini telah dikongsikan oleh Mis Julie Biz dan sudah pastinya ramai orang sudah share resepi beliau ini. Jom kita cuba!

Resepi Lasagna Roti

lasagna

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1 buku roti Gardenia digelek
  • 400gm daging kisar
  • 2 biji bawang besar/bawang Holland dipotong dadu
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 botol Sos Spaghetti Leggo’s (napoletana) 575gm
  • Sayur campur (ikut selera suka banyak mana)
  • Sedikit lada hitam
  • Sedikit lada putih
  • Sedikit gula
  • Sedikit tepung gandum
  • 1 sudu kecil oregano/mix herbs (optional)
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Sedikit tepung jagung
  • Air
  • 2 keping keju cheddar
  • Keju mozarella untuk topping

Cara – cara memasak:

  • Cara Masak Kuah Lasagna:
  1. Tumis bawang besar dan bawang putih sampai layu.
  2. Masukkan daging kisar, kacau hingga masak / berubah warna.
  3. Masukkan sos spaghetti. Tambah air dalam botol sos spaghetti sebotol dan tuang bersama.
  4. Masukkan serbuk lada hitam, serbuk lada putih dan oregano/mix herbs. Setelah mendidih, masukkan sayur campur. Tambah tepung jagung yang dibancuh dengan air untuk pekatkan kuah sedikit.
  5. Perasakan dengan garam dan gula.
  6. Masak skejap. Tutup api, ketepikan.
  • Cara Masak Sos Putih:
  1. Tumis bawang besar dan bawang putih sampai layu.
  2. Masukkan sedikit tepung gandum, kacau sampai keperangan.
  3. Masukkan air.
  4. Masukkan serbuk lada hitam, serbuk lada putih, garam dan gula.
  5. Masukkan 2 keping keju cheddar (optional)

Nota: Saya letak sebab tiada susu. Jadi, saya gantikan dengan keju cheddar

  1. Masak sekejap sampai mendidih dan pekat. Tutup api, ketepikan.

Saya gunakan loyang 8 x 8.

  1. Letak kuah lasagna dalam Loyang, kemudian sedikit sos putih, susun roti yang telah digelek diatas kuah dan sos tadi.
  2. Letak semula kuah lasagna, kemudian sos putih atas roti yang di susun didalam loyang. Ulang lagi langkah ini sehingga roti, kuah lasagna dan sos putih habis.

Nota: Pastikan lapisan atas skali di tutup dengan kuah lasagna dan sos putih.

  1. Taburkan keju mozarella di atas lapisan terakhir.

    lasagna

    image via Facebook

  2. Bakar didalam oven selama kira – kira 20-30 minit (suhu ikut pada oven anda).
  3. Tada! Siap dan sedia untuk dihidangkan.

    lasagna

    image via Facebook

 

Resepi – resepi yang anda boleh cuba:

Selain daripada resepi lasagna ini, terdapat beberapa resepi lain yang patut masuk dalam must-try list anda. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini ya!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.