Kebiasaannya, kita hanya mendengar resepi laksa dari semenanjung Malaysia sahaja bukan? Hari ini, kita akan kongsikan resepi laksa Sarawak udang.

Pastinya peminat makanan seafood akan menggemari juadah ini. Udang yang disediakan bersama dengan laksa ini juga kelihatan sangat sedap.

Resepi Laksa Sarawak Udang ini telah dikongsikan oleh Ben Safwan di laman sosial Facebook miliknya yang telah mendapat banyak like daripada warga Facebook. Mari kita lihat resepi yang mengiurkan ini!

Resepi Laksa Sarawak Udang

laksa sarawak udang

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 2 ketul isi dada ayam
  • 8-10 ekor udang pilihan anda
  • 200 gram / 1 botol pes perencah laksa jenama Liza
  • 1 bungkus mihun
  • 2 batang serai saiz kecik
  • 1 inci halia muda diketuk
  • 200 ml santan
  • 1 tin kecil sambal udang yoes
  • 2 liter air
  • Gula
  • Garam

Sambal udang kering:

  • 4 biji bawang merah saiz 50 sen dibakar
  • 2 ulas bawang putih dibakar
  • 1 sudu teh belacan dibakar
  • 1/2 genggam udang kering
  • 3 sudu makan cili kisar
  • 1 sudu teh asam jawa dan dicampur air
  • Garam dan gula
  • 1/3 cawan minyak

Bahan sampingan:

  • Telur ayam
  • Fishcake
  • Cili merah
  • Taugeh
  • Sayur sawi
  • Sedikit daun ketumbar

Cara – cara memasak:

Mihun, ayam dan bahan sampingan:

  1. Rendam mihun ke dalam air panas dan ketepikan.
  2. Didihkan 2 liter air bersama halia dan serai yang diketuk.
  3. Apabila sudah mendidih masukkan dada ayam dan rebus sehingga masak.
  4. Masukkan udang di akhir 10 minit. Angkat dan toskan.
  5. Racikkan isi dada ayam yang sudah sejuk secara halus. Ketepikan.
  6. Masukkan pes laksa ke dalam air rebusan tadi.
  7. Masak sehingga mendidih dan tambahkan santan. Kacau sebati serta kecilkan api.
  8. Perasakan dengan garam dan gula dan masukkan juga sambal udang yoes.
  9. Didihkan air dalam periuk lain untuk mencelur sayur sawi, fishcake dan yang lain hiris halus.

Sambal udang kering:

  1. Bakar terlebih dahulu bahan yang perlu dibakar supaya lebih sedap dan harum.Kisar bawang merah,bawang putih,belacan,udang kering sehingga halus.Masukkan sedikit air sahaja ya.
  2. Masukkan minyak ke dalam kuali dalam anggaran 1/3 cawan.Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan barulah dimasukkan cili kisar.Tumis hingga pecah minyak barulah dimasukkan air asam jawa beserta garam dan gula.
  3. Masak hingga pecah minyak beberapa kali dan pekat.
  4. Dah siap semua dan boleh terus dihidankan. Nak sedap perah asam limau pun boleh.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Jangan risau, ada pelbagai lagi resepi yang kami sertakan di bawah dan anda boleh cuba. Oh, dan jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.