Terdapat banyak kuih tradisional yang sedap-sedap terutamanya untuk dibuat kudapan. Antaranya kerepek ubi, keropok, karipap mini dan banyak lagi. Selalu makan kuih siput tak? Kuih siput ni pun kuih tradisi jugak tau dan kalau kene dengan cara buatnya, memang sangat sedap dijadikan snek kunyahan.

Ia dinamakan kuih siput sebab bentuk dia tu macam siput. Pernah buat atau tengok cara pembuatan kuih siput tak? Haa kalau biasa tengok, mesti ralit dan suka tengok. Nampak senang je kan. Sesiapapun boleh buat. Just guna papan yang bergaris tu je. Ambil sedikit adunan, lenyekkan pada papan tu, dan gulung. Jadilah macam bentuk siput. Mudah je tuan puan!

Anda boleh membuat kuih siput ini untuk kudapan keluarga anda walaupun bukan pada hari keraian seperti Hari Raya. Jika ingin membuat pendapatan lebih, boleh lah dibuat dan dijual kuih ini kepada orang lain. Dengan modal yang sedikit dan jualan harga mampu beli, inshaaAllah anda akan peroleh keuntungan yang banyak. Kene rajin lah sikit kan.

Tak tahu resepi mana untuk buat kuih siput? Jangan risau, kali ini kami upload satu resepi tradisi kuih siput yang sedap untuk anda. Resepi ini telah dikongsi oleh saudara Husreezal Rushdee di Facebook. Selamat mencuba ya!

Resepi Kuih Siput

kuih siput

Image via Facebook

Bahan-bahan:

• 1 kg tepung gandum
• 2 sudu serbuk kari daging
• 2 sudu serbuk kari ikan
• 2 sudu jintan manis (sangai & tumbuk kasar)
• 2 biji telur
• 4 sudu besar penuh marjerin (cair & sejukkan), kalau suka kuih yg rapuh lebihkan lg merjerin…
• 1 sudu garam + 2 sudu gula (larutkan dlm 1 cawan air)
• 1 cawan air
• 6 tangkai daun kari blend kasar
• 6 tangkai daun kari (utk digoreng)
• Minyak utk menggoreng

Cara-caranya:

1) Masukkan tepung ke dalam bekas, masukkan serbuk kari daging & ikan, daun kari yg diblend & jintan manis, gaul hingga rata.
2) Pecahkan dua biji telur, pukul seketika dan masukkan ke dalam adunan tepung & gaul rata.
3) Masukkan marjerin dan gaul rata hingga menjadi seperti serbuk roti.
4) Masukkan air, garam & gula sedikit demi sedikit, tambah air & uli sehingga menjadi doh dan tidak melekat di tangan.
5) Rehatkan doh 1/2 jam & Cubitkan doh kecil-kecil supaya senang nak ditekan di acuan & dapatkan saiz yg lebih kurang sama
6) Kemudian, bolehlah ditekan dgn menggunankan acuan kuih siput. Taburkan sedikit tepung pada dulang/bekas utk mengelakkan kuih melekat.
6) Goreng dengan api yg sederhana dan masukkan daun kari bila kuih hampir garing, angkat & sejukkan, simpan dlm bekas yg kedap udara.

Anda suka resepi ini? Jemput lihat kesemua resepi kami yang ada di blog ini ya. InshaaAllah semuanya yang sedap-sedap belaka. Tak rugi untuk anda mencubanya. Jangan lupa untuk LIKE dan SHARE ya!

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.