Kuih Manja juga dikenali dengan nama Kuih Tokyo. Ianya menjadi viral di media sosial dan ramai yang mencari resepi ini. Rasanya unik dan melazatkan. Intinya juga terpulang kepada anda dan sudah pastinya anda dapat menyesuaikan resepi ini dengan selera anda.

Kuih Manja mempunyai langkah – langkah yang ringkas dan mudah untuk diikuti. Oleh itu, ianya pasti dapat memudahkan anda. Lepas ini, bolehlah anda sediakan sesuatu yang lebih unik seperti kuih manja ini kepada tetamu dan ahli keluarga anda!

Resepi ini dikongsikan oleh Princess Larra Lanna dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom scroll!

Resepi Kuih Manja

resepi-kuih-manja

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan susu cair
  • 5 sudu makan gula
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu kecil pewarna kuning

Inti mengikut kepada citarasa anda. Antaranya:

  • Serikaya
  • Blueberry
  • Kacang merah
  • Peanut Butter

Cara – cara penyediaan:

  1. Kisar semua bahan di atas menggunakan blender sehingga menjadi sebati.
  2. Ambil sesudu makan dan masak menggunakan kuali non stick.
  3. Apabila permukaan mula kering boleh mula angkat dan letak sedikit inti srikaya dan kepilkan kuih bagi melekat.
  4. Selepas sahaja diangkat disarankan cepat-cepat letakkan inti bimbang jika lambat nanti kuih tidak boleh melekat.
  5. Inti terpulang kepada kreativiti masing-masing.
  6. Siap dan boleh terus dihidangkan.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ada pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba dan menambah idea masakan anda! Jangan lupa untuk tekan butang share dan kongsikan resepi ini!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

    Tinggalkan Komen!

    Langgan Info Kami

    Berkaitan

    .