Anda ketandusan idea untuk menyediakan sarapan pagi? Kali ini kami bawakan sebuah resepi yang amat lengkap dengan nutrisi dan sangat sedap. Ianya adalah sandwich telur coleslaw Ianya juga amat disukai oleh ramai orang. Oleh itu, ianya amat sesuai untuk disediakan kepada keluarga anda, terutamanya anak – anak anda.

Sandwich telur coleslaw ini mempunyai protein, serat dan karbohidrat yang banyak, memberikan tenaga kepada sesiapa sahaja yang merasainya. Cara pembuatannya juga mudah serta bahan – bahannya juga mudah untuk didapati.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Aii You More dan banyak mendapat perkongsian di media sosial. Jom kita lihat!

Resepi Sandwich Telur Coleslaw

resepi-sandwich-telur-coleslaw

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Roti
  • 5 biji telur (rebuskan)
  • 9 sudu besar mayonis
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar serbuk lada putih
  • Garam gula (ikut citarasa sendiri)
  • Limau nipis@lemon
  • Kubis (ikut nak banyak mana)(hiris halus)
  • Carrot (hiris halus)

Cara – cara penyediaan:

  1. Hancurkan telur dan gaul menggunakan garfu.
  2. Masukkan kubis, carrot, mayonis dan gaul bersam telur.
  3. Masukkan serbuk lada hitam, lada putih, garam dan gaul sehingga sebati.
  4. Akhir sekali, masukkan sedikit perahan air asam limau/lemon.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Jangan risau, ada pelbagai lagi resepi yang kami sertakan di bawah dan anda boleh cuba. Oh, dan jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.