Jikalau sushi datang daripada Jepun, lain halnya dengan kimbap iaitu juga merupakan sejenis makanan berbasis beras gulung dengan rumput laut yang berasal daripada Korea. Apakah anda sedang tercari-cari resepi membuat kimbap tersebut? anda datang ke tempat yang tempat, kerana pada kesempatan ini kami mengongsikan resepi kimbap gulung asli daripada negeri ginseng tersebut.

Kimbap kaya akan protein kerana bahan-bahannya pembuatnya seperti daging, ikan, telur, ketam, dan lain-lain. Gimbap atau Kimbap adalah makanan ringan segera Korea yang sangat digemari dan terkenal. Bahan asas gimbap adalah nasi, daging, sosej, danmuji, sayuran yang diacar atau yang masih segar.

Membuat kimbap sangat senang, namun harus dipastikan anda pandai dalam teknik pencetakannya agar teksturnya sentiasa cantik dan tidak tercerai-berai. Namun anda tidak perlu risau mengenai itu. Kerana kami akan memberikan resepi membuat kimbap yang sangat padu untuk anda.

Dibawah ini kami mengongsikan resepi kimbap roll korea yang telah dikongsikan oleh Wawa Ashihara di facebook dan mendapat perkongsian ramai. Resepinya mudah sahaja. Jemput baca dan mencubanya.

Resepi Kimbap Roll (Korean Food)

Resepi Kimbap

Imej via facebook

Bahan-bahan Yang Digunakan

  • Beras biasa atau beras Jepun (Sumo)
  • Seaweed Nori (pilih yang untuk buat sushi)
  • Minyak Bijan (korea pakai minyak bijan)
  • Bamboo mat (penggulung)
Resepi Kimbap

Imej via facebook

Bahan isi :

1.  Ketam
2. Telur dadar
3. Sosej ayam/daging
4. Timun jepun
5. Carrot

Tambahan jika nak letak sebagai inti :

6. Tuna (ikut citarasa)
7. Ikan salmon
8. Udang
9. Keju slide
10. Chicken slide

Cara Membuat Kimbab Roll Korea

1. Letak bamboo mat disertai dengan seaweed (nori) diatasnya.

2. Kemudian letak nasi yg ditanak tadi diatas seaweed secara rata. (Nipis lagi elok elak seaweed terburai masa nak gulung. Nak tebal tak jadi masalah. Tapi sapu setengah sahaja supaya masa nak gulung bahagian hujung nasi & inti tak terkeluar. Dan letak inti-inti yang anda suka. Boleh deco sendiri. Macam saya letak sosej,telur,ketam,timun jepun dan carrot.)

3. Gulung secara perlahan bersama bamboo dan ketatkan gulungan supaya kimbap roll tersebut terasa mampat dan isi tidak terburai. Gulung hingga ke hujung dan tekan sedikit bagi ketat.

4. Siap sudah sesi menggulung. Sebelum potong, sapu minyak bijan pada seaweed bagi nampak berkilat.

Resepi kimbap

Imej via facebook

Imej di atas ialah rupa kimbap roll guna beras biasa yang kita selalu makan. Cuma beras biasa kena lah lebihkn air supaya ia lembik dan senang lekat pada nori tu.

resepi kimbap

Imej via facebook

Imej di atas pula rupa kimbab roll guna beras jepun (sumo). Kalau ikutkan kedua-duanya rasa sama sedap. Kalau anda jenis kuat masin, masa masak nasi tu letaklah garam secubit rasa. Tiada masalah.

#kalau saya lebih refer beras sumo sebab sudah ada sukatan dan comel bila sudah siap masak.

5. Akhir sekali cicahlah dengan soy sauce sebagai pencicah.

Senang sahaja resepi kimbap ini. Anda boleh mencubanya bila ad masa lapang.. Selamat mencuba..

Resepi Menarik Lain

Selain resepi Kimbap Roll Korea, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya

Penulis: Jejemiko

Pelajar yang memiliki ketertarikan kepada kartun dan muzik, serta menginterpretasikan rasa dalam tulisan.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.