Suka memakan kerang dan mencari idea masakan kerang yang ringkas, cepat siap dan menggiurkan?
Sila cuba resepi kerang air asam ala Thai ini.

Biasanya resepi apa yang anda buat dengan kerang? Kerang goreng, kerang masak rempah, dan lain-lain? Pernahkah anda memasak kerang air asam? Mendengar namanya saja sudah meneteskan air liur.

Resepi kerang air asam yang dikongsikan oleh Yuss Aisya di Facebook ini telah mendapat perkongsian yang amat ramai. Resepi ini mudah dan sememangnya menggiurkan.

Untuk menghindari supaya kerang tidak overcooked, maka masukkan kerang ke dalam air berais selepas direbus. Kerang akan mudah dikupas tanpa lekat-lekat. Kupas sebelah saja kulitnya. Makan kerang dicicah bersama air asam lagi sedap.

Tanpa membuang masa, kami hadirkan resepi kerang air asam yang menggiurkan pada tulisan kali ini. Sila cubakan di rumah anda.

Resepi Kerang Air Asam Ala Thai

kerang air asam

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Gula, secukupnya (biar ada rasa).
  • Cili padi, tumbuk kasar.
  • Belacan, bakar dihancurkan.
  • Bawang Holland, potong dadu halus.
  • Nampla, secukupnya (sos ikan).
  • Jus limau nipis, secukupnya (banyak biar lawan rasa gula).
  • Daun ketumbar, berserta batangnya racik halus.

Cara Memasak :

  1. Rebus kerang dan ceduk masuk dalam air berais untuk halang overcooked. Kerang akan mudah dikupas tanpa lekat2. Kupas sebelah saja kulit.
  2. Satukan semua bahan.
  3. Gaulkan dengan kerang yang sudah dikupas tadi.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi kerang air asam, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar di salah satu universiti di Malaysia. Tinggal di Sungai Buloh.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.