Mencari resepi kek yang boleh dicuba?

Tidak dinafikan, musim PKP dan bulan puasa ini membuatkan orang kita semakin rajin memasak. Golongan yang membuat pencuci mulut dan kek juga tidak terkecuali.

Jika anda ingin membuat kek yang bukan sahaja enak malah mudah untuk dibuat, kami ada sediakan koleksi resepi kek buat anda. Jadi, teruskan membaca!

#1 Mango Cheesecake

resepi kek

Imej via Facebook

Jika anda biasa ke Kuantan, anda pasti tahu yang kek keju mangga adalah kek paling popular di situ. Tak perlu jauh-jauh ke Kuantan, kerana ada resepi yang boleh dicuba! Resepi ini dikongsikan oleh Ariana Sofia Ahmad di laman Facebook.

Bahan-bahan:

Bahan base biskut:

  • 160 g biskut marie (dikisar halus/ditumbuk hancur)
  • 90 g butter (dicairkan)

Bahan puri:

  • 2 biji mangga (dikisar dijadikan puri)
  •  1 sudu besar air jus lemon

Bahan adunan keju:

  • 500g cream cheese
  • 200g whipping cream
  • 1sudu kecil esen vanila
  • 140g gula castor
  • 100gpuri mangga
  • 2 1/2 sudu besar air jus lemon
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • (2 sudu besar gelatin + 80ml air panas) -kacau sebati

Bahan jeli mangga:

  • 1 sudu besar gelatin + 50ml air panas – kacau sebati
  • 200gram puri mangga

Cara-cara:

  1. Masukkan biskut Marie yang dihancurkan tadi ke dalam mangkuk bersama mentega yang dicairkan.
  2. Kacau sebati, kemudian masukkan ke dalam loyang 8′.
  3. Tekan sehingga padat dan rata. Guna loyang yang boleh dibuka tepi atau boleh tolak dari bawah.
  4. Sejukkan selama 30 minit.
  5. Kisar mangga bersama air jus lemon untuk dijadikan puri.
  6. Sediakan air gelatin terlebih dahulu – campurkan air panas bersama gelatin. Kacau sebati dan ketepikan.
  7. Di dalam bekas, masukkan cream cheese, whipping cream, gula kastor, esen vanila, air jus lemon.
  8. Pukul hingga kembang dan licin. Pastikan adunan tidak berketul.
  9. Bila adunan sudah licin, masukkan air gelatin bersama susu pekat manis. Kacau sebati.
  10. Keluarkan loyang biskut dan tuang adunan tadi.
  11. Sejukkan selama 2-3 jam.

#2 Basque Burnt Cheesecake

resepi kek

Imej via Facebook

Bagi yang tak pernah cuba, mesti anda hairan tentang rupa kek ini. Namun jika anda mencubanya, anda akan jatuh cinta dengan rasa lemak berkrimnya! Resepi ini dikongsi oleh Rita Zara di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 250g cream cheese
  • 125ml whipping cream dairy
  • 85g gula
  • 1 sudu besar esen vanila
  • 2 butir telur gred B
  • 9g tepung gandum (diayak)

Cara-cara:

  1. Panaskan oven pada suhu 200°C.
  2. Putar 250g cream cheese dgn 85g gula, sehingga kembang selama 2 minit menggunakan kelajuan sederhana.
  3. Masukkan telur satu persatu sambil putar, kemudian masukan esen vanila. Putar sebati.
  4. Masukkan tepung yang diayak.
  5. Menggunakan hand whisk (sekitar 10 putaran).
  6. Masukkan whipping cream dan putar sebati (sekitar 20-23 putaran).
  7. Menggunakan loyang 6′, sapukan mentega atau minyak pada sekeliling loyang.
  8. Masukkan baking paper dan pastikan baking paper melimpah keluar loyang.
  9. Tuang adunan yang dipukul. Hentak untuk mengeluarkan buih udara
  10. Bakar pada suhu 100°C selama 1 jam menggunakan api atas bawah.
  11. 10 minit terakhir, naikkan suhu ke 210°C.

 

#3 Kek Coklat Kukus

Imej via Facebook

Siapa sahaja yang tidak suka coklat? Tambahan pula kek coklat yang meleleh, memang bikin terliur! Resepinya agak ringkas, jadi anda boleh cuba sendiri. Resepi ini dikongsikan oleh Noriza Awang Hamat di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 2 cawan serbuk koko
  • 2 cawan gula
  • 2 cawan minyak masak
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin susu pekat                                                                                                                                                                                                           (bahan di atas dikisar dan ketepikan)
  • 8 biji telur gred B (dikisar dan ketepikan)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 2 sudu kecil serbuk penaik
    (ketiga-tiga bahan ini diayak)

Bahan untuk topping (dimasak secara double boil):

  • coklat masakan
  • sedikit planta

Cara-cara:

  1. Ayak tepung.
  2. Kemudian, di dalam mangkuk, masukkan bahan yang dikisar bersama tepung.
  3. Sapu planta pada loyang terlebih dahulu, kemudian curahkan adunan.
  4. Panaskan air kukusan dahulu dan kukus adunan kek selama 1 jam atau sehingga masak.
  5. Setelah siap, sapukan topping.

#4 Kek Marble Sponge

Imej via Facebook

Kek marble sponge ini merupakan salah satu kek yang cukup popular di kalangan orang kita. Memang enak dinikmati semasa minum petang! Resepi ini dikongsikan oleh Nurul Aidiha di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 3/4 cawan tepung gandum *
  • 1 1/2 sudu teh serbuk penaik *
  • 1/3cawan susu tepung *
    Satukan dan ayak bahan bertanda *
  • 1/2cawan gula kastor
  • 1/4 cawan susu cair/susu segar
  • 3biji telur gred A
  • 1sudu bsr membukit ovalet
  • 1sudu teh esen vanilla
  • 3sudu besar minyak jagung/minyak masak
  • 1sudu besar serbuk koko

Cara-cara:

  1. -panas kan oven dgn suhu 160’c selama 10minit
  2. Satukan semua bahan kecuali minyak dan serbuk koko
  3. Pukul sehingga gebu dan bertanduk (bila adunan diangkat, tak jatuh).
  4. Masukkan minyak dan kacau sebati menggunakan spatula.
  5. Bahagikan adunan kepada dua.
  6. Satu bahagiakan diletakkan serbuk kokok. Kacau sebati menggunakan spatula atau sudu.
    *tips untuk rasa coklat yang sedap, tambahkan satu sudu kecil serbuk capuccino (optional)
  7. Satukan adunan lain. Boleh letak serbuk pewarna jika mahu.
  8. Masukkan adunan ke dalam loyang 8′ secara berselang seli. Lapikkan loyang dengan kertas minyak.
  9. Boleh juga putar permukaan adunan menggunakan lidi untuk corak. Putar perlahan-lahan.
  10. Bakar di dalam oven dengan suhu 160°C selama 35-42 minit. Bergantung kepada suhu oven.
  11. Setelah dibakar, terus keluarkan kek dan terbalikkan di atas redai selama 5 minit.
  12. Tunggu kek sejuk dan boleh keluarkan dari loyang.

#5 Kek Batik Indulgence

resepi kek

Imej via Facebook

Anda pasti biasa makan kek batik, bukan? Kali ini, kita olah resepi kek batik menjadi kek batik indulgence. Topping coklat untuk kek ini dijamin enak tak terkata! Resepi ini dikongsikan oleh Azreena Fadzair di laman Facebook.

Bahan-bahan:

Bahan A – kek:

  • 800gm biskut marie
  • 250gm butter
  • 200gm milo
  • 2sb serbuk koko
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan susu segar
  • 1 biji telur
  • 1sk esen vanila

Bahan B – krim:

  • 250gm krim keju
  • 2 cawan krim putar

Bahan C – chocolate ganache:

  • 250gm dark chocolate
  • 2 cawan krim putar
  • 2sb minyak

Cara-cara:

  1. Untuk bahan A, cairkan mentega.
  2.  Masukkan susu segar , susu pekat , milo & serbuk koko. Kacau sebati.
  3. Seterusnya, masukkan telur yang telah dipukul manja bersama esen vanila.
  4. Bila sos coklat mula memekat, masukkan biskut marie yang telah dipatahkan. Kacau sehingga keseluruhan biskut disaluti dengan sos coklat.
  5. Alas loyang 10×10″ dengan baking paper. Lebihkan baking paper sebanyak 2″ pada setiap sudut loyang bagi memudahkan proses mengeluarkan kek batik nanti.
  6.  Padatkan adunan biskut tadi. Sejukkan
  7. Untuk bahan B, putar krim keju dan krim putar.
  8. Tuangkan adunan B di atas bahan A tadi.
  9. Untuk bahan C, satukan krim putar, dark chocolate dan minyak masak ke dalam mangkuk.
  10. Panaskan dalam ketuhar selama 2 jam. Kacau sebati.
  11. Lapiskan chocolate ganache di atas indulgence cream.
  12. Sejukkan kek batik indulgence sekurang kurangnya 4 jam di dalam peti sejuk , bahagian chiller.

#6 Kek Pandan

resepi kek

Imej via Facebook

Kek pandan ini boleh didapati di kedai, tapi tidak salah jika anda ingin membuatnya sendiri. Anda boleh adjust mengikut citarasa sendiri, pasti sedap dan gebu! Resepi ini dikongsikan oleh Ly Dia di laman Facebook.

Bahan-bahan:

Bahan A:

  • 5 biji telur gred A
  • 250 g gula kastor
  • 1 sudu kecil ovalet

Bahan B (ayak):

  • 300 g tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk penaik

Bahan C

  • 200 ml santan
  • 1 sudu kecil pes pandan

Cara-cara:

  1. Panaskan ketuhar kepada suhu 180°C dan sapukan mentega pada loyang. Kemudian, leserkan baking paper pada loyang
  2.  Satukan telur + gula kastor + ovalet, pukul hingga gebu.
  3. Masukkan tepung gandum dan baking powder yang diayak, masuk sedikit demi sedikit.
  4.  Kacau dan kaub balik adunan mengguna spatula hingga sebati.
  5.  Tuang santan kotak dan kacau sebati menggunakan spatula.
  6.  Akhir sekali masukkan pes pandan. Kacau sebati.
  7.  Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 40 minit, api atas bawah menggunakan suhu 180°C (bergantung kepada ketuhar masing-masing).

#7 Kek Sarang Semut

resepi kek

Imej via Facebook

Kek sarang semut atau kek gula hangus ini juga salah satu resepi kek yang mudah dan enak. Boleh dinikmati sambil bersantai bersama keluarga juga, pasti mereka suka! Resepi ini dikongsi oleh Khairul Hasrol di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan air panas
  • 1/2 cawan mentega/marjerin
  • 4 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 sk esen vanila
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sk soda bikarbonat (ayak bersama tepung)

Cara-cara:

  1.  Masak gula sehingga keperangan (pastikan tidak hangus).
  2.  Masukkan air panas.
  3.  Masukkan mentega. Sejukkan dan ketepikan.
  4.  Dalam bekas lain, satukan telur, susu pekat manis & esen vanilla. Kacau perlahan.
  5.  Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau perlahan.
  6. Masukkan gula hangus.
  7. Perap adunan selama 1 jam
  8. Bakar pada suhu 170-180°C selama 45-50 minit atau sehingga kek masak.

#8 Kek Milo Kukus

resepi kek

Imej via Facebook

Selalunya kita menikmati kek coklat. Apa kata kali ini anda cuba pula kek milo? Ianya juga tidak perlu dibakar, hanya perlu dikukus sahaja. Resepi ini dikongsi oleh Oliey Herofly di laman Facebook.

Bahan-bahan:

    • 3 biji telur
    • 1 cawan tepung gandum
    • 1 cawan gula pasir
    • 1cawan milo

Cara-cara:

  1. Menggunakan pengisar, pukul telur dan gula hingga berbuih.
  2. Masukkan tepung gandum dan kisar hingga sebati.
  3. Bahagikan adunan tadi kepada dua bekas. Bekas pertama boleh ditambah pewarna dan bekas kedua dimasukkan milo.
  4. Kacau sebati.
  5. Untuk nampak menarik, tuang adunan selang seli ke dalam loyang. Boleh lorek menggunakan lidi untuk corak.
  6. Biarkan air kukusan mendidih dahulu. Kemudian, kukus 20 minit.

#9 Kek Pisang

Imej via Facebook

Tak sahlah jika kami tak senaraikan kek pisang. Anda pun boleh buat sendiri mengikut citarasa anda, ada 3 langkah sahaja! Resepi ini dikongsi oleh Lyn Shariff di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 2cawan tepung gandum
  • 2cawan pisang(dikisar)
  • 1cawan gula putih
  • 1cawan minyak masak
  • 2sudu kecil soda bikarbonat

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan di atas.
  2. Kacau sebati, kemudian tuang di atas loyang.
  3. Bakar pada suhu 170°C menggunakan api atas bawah atau boleh kukus selama 40 minit.

#10 Kek Coklat Karamel

Imej via Facebook

Bayangkan keenakan kek coklat yang digabungkan dengan kemanisan puding karamel, pasti padu! Anda boleh cuba resepi kek coklat karamel ini. Resepi ini dikongsikan oleh Mazni Abdul Rahman di laman Facebook.

Bahan-bahan:

Bahan puding:

  • 1 tin susu cair
  • 1/2 cawan gula
  • 3 Sudu besar susu pekat
  • 3 biji telur
  • Sedikit esen vanila
  • 2 keping roti (buang kulit dan dicarik)
  • 4 sudu besar gula

Bahan kek:

  • 5biji telur
  • 1cawan gula
  • 1cawan susu pekat
  • 1/4 cwn susu cair
  • 1/2cwn air panas
  • 1cawan minyak
  • Secubit garam
  •  cawan tepung gandum (diayak)
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu teh soda bikarbonat

Cara-cara:

  1. Cairkan 4 sudu besar gula di dalam loyang.
  2. Kisar halus bahan puding.
  3. Tapis dan masukkan ke dalam loyang karamel.
  4. Panaskan pengukus sehingga air mendidih. Kukus selama 20-25 minit.
  5. Ketepikan.
  6. Untuk kek pula, pukul telur sehingga kembang. Masukkan gula dan teruskan pukul.
  7. Sambil pukul juga, masukkan susu pekat dan susu cair.
  8. Pukul hingga adunan menjadi pekat.
  9. Masukkan tepung gandum bersama serbuk koko, serbuk penaik dan soda bikarbonat.
  10. Masuk sedikit demi sedikit dengan kelajuan mixer yang perlahan.
  11. Masukkan minyak dan air panas. Kacau sebati.
  12. Masukkan adunan kek ke dalam puding karamel yang sudah dikukus tadi.
  13. Kukus lagi selama 1 jam

Resepi Menarik Lain

Selain koleksi resepi kek, kami juga ada menulis tentang resepi lain yang menarik. Jangan lupa untuk komen dan kongsikan kepada rakan-rakan. Selamat mencuba!

 

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.