Roti canai adalah roti yang berasal daripada India, dengan namanya sendiri sudah jelas sebenarnya, roti canai ini adalah roti leper yang datangnya daripada Chennai, India. Asalnya, roti canai ini dibawa bersama sewaktu migrasi orang India ke Tanah Melayu semasa penjajahan British dahulu. Kini, ianya sangat popular selalunya dimakan sewaktu sarapan bersama segelas teh tarik panas. Confirm uumph!

Sekiranya anda mengidam untuk makan roti canai, biasanya anda akan ke kedai mamak berdekatan. Walaubagaimanapun, ianya akan menjadi susah sekiranya tiada kedai mamak berdekatan. Jangan risau, kami ada jalan penyelesaiannya. Disini kami sediakan resepi Roti Canai dan sudah semestinya anda boleh buat sendiri dan menghasilkan satu juadah yang cukup sedap sehingga sesiapa yang makan pasti sahaja tambah berulang kali. 

Resepi ini dikongsikan oleh Koleksi Resepi Sedap dan mendapat banyak perkongsian. Jom kita tengok!

Resepi Roti Canai

roti canai

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1 kg tepung gandum
  • 3 sudu besar marjerin
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu teh garam halus
  • 3 sudu besar susu pkt
  • 1 biji telur
  • 500ml air

Cara – cara memasak:

  1. Masukkan marjerin, gula, telur, garam, susu pekat dan air ke dalam mixer (saya pukul guna tangan). Kacaukan sekejap.
  2. Kemudian, masukkan tepung gandum, ulikan ia sampai ianya menjadi doh, kemudian, rehatkan dalam 20 minit.
  3. Selepas 20 minit, uli lagi sekali, uli sekejap sahaja. Rehatkan lagi dalam 20 minit. Selepas 20 minit, keluarkn doh, letakkan doh di atas meja yang bersih.
  4. Potong doh kepad 23 biji. (Saya buat 27 biji) Ini terpulang kepada anda.
  5. Jika inginkan roti canai besar, buat besar – besar. Bulatkan doh, kemudian sapu marjerin kesemua doh tadi. Sapu bekas dengan marjerin supaya doh tidak melekat.

    roti canai

    image via Facebook

  6. Perapkan doh semalaman.
  7. Kemudian, anda bolehlah tebar roti canai dibelakang talam atau diatas meja makan yang telah dilapik plastik.

    roti canai

    image via Facebook

Nota: Anda juga boleh bekukan lebihan roti canai dan jadikannya sebagai homemade instant roti canai. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Selain daripada resepi roti canai ini, terdapat beberapa lagi resepi lain yang sudah pastinya anda boleh cuba dan hidangkan kepada yang tersayang. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama kenalan anda ya!

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.