Pelbagai macam variasi kek, namun kek yang cantik dan menawan tentu akan nampak sedap. Mulai daripada bentuk luaran kek yang cantik dan kemas. Bahagian dalam kek yang lembut, gebu dan gebas juga perlu diperhatikan.

Seperti kek marble yang bentuk nya cantik. Kek marble ialah kek dengan rupa berjalur atau bertompok yang dihasilkan dengan campuran ringan tak sekata adunan kek gelap dan cerah. Banyak variasi orang membuat kek marble sehingga tampilan dia sangat cantik.

Kek marble biasanya dibuat daripada campuran kek vanila dan cokelat, di mana sebahagian besar keknya terdiri daripada adunan vanila, dengan jaluran cokelat. Seperti resepi kek marble yang dikongsikan oleh Ana Mariana Ismail di Facebook. Kek yang dihasilkan sangat cantik bercorak belang macam zebra, membuat siapapun yang melihat ingin menyantap kek ini.

Kek ini dibuat dengan cara dibakar, namun anda pula boleh membuat dengan cara kukus. Sila cuba resepi yang sudah kami kemas untuk anda di bawah ini dan hasilkan kek marble yang sangat menarik.

Resepi Kek Marble

kek marble

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 250gm tepung kek
  • 250gm mentega
  • 150gm gula
  • 1/2 tin susu pekat
  • 4 biji telur gred A
  • Esen vanilla
  • Serbuk koko

Cara Membuat Kek Marble

1. Mula-mula mix mentega dan gula sampai kembang.

2. Lepas itu masukkan telur sebiji demi sebiji. Mix sampai gebu.

3. Kemudian masukkan tepung sedikit-sedikit dan mix lagi sampai sebati.

4. Setelah mix sebati, masukkan susu pekat dan esen vanilla. Mix sampai gebu.

kek marble

Imej via Facebook

Sampai jadi gebu kembang macam ini ya.

6. Ambil setengah adunan masukkan 1 sudu besar serbuk koko. Tambah sedikit coklat emulco.

7. Kemudian bakar dalam oven dalam 45-50 minit suhu 170°C api atas bawah.

8. Kalau sudah siap keluarkan dari oven biar suam baru keluarkan dari loyang.

kek marble

Imej via Facebook

Note :

  • Untuk membuat belang seperti gambar, tuang adunan selang seli anggaran sama dalam satu sudu besar penuh.
  • Guna tepung kek jangan guna tepung lain. Kerana kalau guna tepung kek anda tidak perlu tambah yis atau baking powder. Tapi kalau guna tepung gandum anda perlu tambah baking powder.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi kek marble, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar di salah satu universiti di Malaysia. Tinggal di Sungai Buloh.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.