Mencari resepi kek brownies yang mudah dan senang? Anda datang ke laman web yang tepat kerana kami akan mengongsikan resepi kek brownies Oreo yang hanya memerlukan 2 bahan dengan penyediaan yang simple. Confirm anda akan suka.

Hanya memerlukan masa 20 minit sahaja serta 2 bahan iaitu Oreo dan susu, anda sudah boleh mendapatkan kek yang super mewah dan sedap. Semudah membalikkan tapak tangan. Resepi ini ialah resepi kek paling senang dan mudah sedunia.

Kek ini boleh disajikan untuk makan petang-petang bersama keluarga, juga boleh dihidang untuk tetamu kerana bentuknya mewah dan rasanya super sedap. Banyak yang telah mencuba resepi yang dikongsikan oleh HanNy Na di Facebook ini, dan hasilnya tak pernah tak sedap. Selalunya yang pernah mencuba resepi ini selalu puas.

Sila cuba resepi yang mendapat perkongsian ramai ini serta hidangkan untuk keluarga anda.

Resepi Kek Brownies Oreo Kukus

kek brownies oreo

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 paket Oreo.
  • 100 ml susu dutch lady coklat.
  • Semi sweet coklat cip (tambahan).

Cara Membuat :

  1. Hancurkan Oreo dengan cream sekali. Hancurkan dengan blend lagi senang.
  2. Kemudian tuang susu kacau sampai rata.
  3. Masukkan ke dalam loyang.
  4. Kukus selama 20 minit dengan api kecil.
  5. Untuk topping atas double boil saja coklat cips bagi cair kemudian sapu di atas kek.

Sangat simple kan! Resepi ini dapat kek kecil saja. Maka, kalau mahu yang besar boleh gandakan 2x-3x resepi.
Nota : Kek dalam resepi ini guna ganda 2x resepi.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi kek brownies kukus Oreo, kami juga menulis resepi menarik lain yang sedap dan lazat serta mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang memiliki ketertarikan kepada kartun dan muzik, serta menginterpretasikan rasa dalam tulisan.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.