Jom masak resepi kambing bakar!

Teruntuk para peminat kambing, hari ini kami akan berkongsi resepi kambing bakar kegemaran anda dan keluarga. Kambing bakar sos lada hitam yang selalunya jadi pujaan ramai.

Sebagaimana yang kita tahu, kambing bakar selalu dijadikan menu handalan untuk jamuan istimewa, majlis-majlis bahkan pada jamuan raya kambing bakar jadi menu yang paling cepat licin.

Resepi kambing bakar yang dikongsikan oleh Aryn Locos di Facebook ini hanya untuk makan 2 orang sahaja. Ia juga menggunakan oven untuk bakar daging kambing. Apabila anda ingin membuat banyak maka sebaiknya bakar di atas api arang.

Resepi ini pula tanpa perap, hanya gaul-gaul dan terus bakar. Jika mahu perap pun boleh. Kami telah menulis tips untuk perap yang baik di bahagian akhir resepi ini. Bahan yang digunakan untuk perapan kambing sangat mempengaruhi keenakan rasanya. Selamat mencuba.

Resepi Kambing Bakar

kambing bakar

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

    • Daging kambing 5-6 slice.
    • Sos tiram 2 sb.
    • Sos lada hitam 3 sb. (Pada resepi ini menggunakan sos lada hitam brand kimball.)
    • Kicap 3 sb. (Yang ini untuk bagi hitam saja, tapi kalau letak banyak pun boleh).
    • Hirisan halia atau tumbuk halus. (Tak mahu letak pun tak apa).
    • Gula. (Pakai gula perang, pakai madu pun boleh).
    • Serbuk lada hitam. (Boleh tambah jika suka pedas).
    • Daun rosemary. (Penting bagi bau dan rasa jadi terangkat).
resepi kambing bakar

Imej via Facebook

Cara Memasak :

1. Masukkan semua bahan dan gaul sebati dengan daging kambing.

2. Terus bakar. Boleh bakar guna arang atau oven.

3. Bakar guna oven selama 1-1.30 jam suhu 200’C bergantung pada oven.

4. Agak-agak sudah hangus sedikit-sedikit, daging boleh diangkat.

5. Boleh hidang dengan kuah blackpepper atau ratah gitu pun sedap.

Tips :

1. Cuci daging betul-betul bersih dan tapis sampai tak ada air baru kemudian masukkan semua bahan supaya perapan tak berair dan cair.
2. Kalau mahu perap, tutup bekas pakai plastik atau Aluminium foil dan letak dalam peti.
3. Mahu frozenkan pun tiada masalah. Terus masukkan dalam tupperware.
4. Kalau untuk makan ramai better bakar di atas arang, lagi mengancam dan semerbak baunya.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi kambing bakar, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Pelajar yang memiliki ketertarikan kepada kartun dan muzik, serta menginterpretasikan rasa dalam tulisan.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.