Suka makan ikan kerisi tetapi jemu untuk mencuba resepi ikan kerisi yang sama? Selain sedap dimakan secara bergoreng, ikan kerisi juga sedap di makan secara berkuah.
Ikan kerisi sering digunakan untuk masakan kampung di kalangan masyarakat melayu tradisional. Kami sediakan 15 resepi ikan kerisi berbeza yang perlu anda cuba. Yang penting kesemua resepi sangat mudah dan pasti sedap dimakan bersama nasi panas.
Tanpa buang masa, jom tengok 15 resepi ikan kerisi yang enak dan mudah!
Ada penggemar petai di sini? Anda perlu cuba resepi ini kerana gabungan rasa tempoyak yang masam manis dan rasa ikan bakar yang garing pasti membuatkan anda berselera. Tambahan pula, jika dimakan dengan petai yang rangup. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Atiqah Farhana Azman di Facebook ini.
Bahan-bahan:
Cara-cara memasak:
1. Tumbukkan beberapa cili api mengikut kepedasan yang anda inginkan.
2. Masukkan kunyit, tempoyak, sedikit gula, serai yang dihiris dan daun kunyit lalu gaul sehingga rata.
3. Tambahkan petai dan sapukan bancuhan dengan ke atas ikan kerisi yang telah dicuci.
4. Bakar di dalam air fryer dengan suhu 160°C selama 20 minit.
Ikan kerisi bakar ini sangat mudah dimasak dan menggunakan bahan yang mudah didapati. Paling penting, resepi ini sesuai untuk ibu yang sedang berpantang. Resepi mudah ini dikongsikan oleh Aizah Zarirah di Facebook.
Bahan-bahan A:
Cara-cara memasak:
1. Basuh ikan dan toskan.
2. Kisarkan semua bahan B dan gaulkan pada ikan lalu perapkan selama 20 minit.
3. Sapukan sedikit minyak pada permukaan ikan.
4. Letakkan ikan pada pemanggang.
5. Bakar sehingga ikan itu masak sambil titiskan minyak pada ikan.
6. Angkat dan hidangkan dengan air asam (sebagai hidangan)
Nak masak ikan kerisi berkuah tetapi nak resepi yang lebih mudah dan cepat disiapkan? Ikut sahaja resepi tumis ikan kerisi yang disediakan oleh Hanisah Alyaa. Bahan-bahan yang digunakan pula adalah bahan asas yang pasti ada di rumah. Ini resepinya:
Bahan-bahan:
Cara-cara memasak:
1. Kisar bawang besar dan bawang putih.
2. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak lalu masukkan cili kering kisar & gula.
3. Masuk air asam jawa & secukup rasa.
4. Apabila sudah pecah minyak, masukkan ikan yang telah digoreng.
5. Masukkan bawang & tomato.
6. Siap untuk dihidang.
Jemu makan ikan kerisi goreng? Apa kata anda tambahkan kesedapan ikan dan masaknya secara berlado. Kerangupan ikan digabungkan pula dengan rasa pedas sambal pasti buatkan anda bertambah lebih-lebih lagi dimakan bersama nasi panas. Resepi ini dikongsikan Bob Kelanang.
Bahan-bahan:
Bahan-bahan untuk ditumbuk hancur:
Cara-cara memasak:
1. Goreng ikan tadi hingga masak, tak perlu sampai terlalu garing, angkat, toskan dan alih ke dalam pinggan yang sesuai. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk hancur sehingga harum dan garing. Gunakan api kecil dan kacau selalu.
3. Tambah garam dan gula secukup rasa.
4. Masukkan jus limau kasturi, gaul dan masak sekejap.
5. Ceduk sambal tadi dan letak di atas ikan kerisi goreng. Ratakan dan boleh dimakan bersama nasi panas.
Bagi penggemar masakan yang pedas, apa kata anda cuba resepi milik Nurul Ateekah yang dikongsikan di Facebook. Rasa manis, sedikit masin dan pedas ikan memang menjadi kegilaan ramai orang. Ini bahan-bahan dan cara memasaknya:
Bahan-bahan:
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga sedikit keperangan.
2. Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak (untuk mendapat warna cili yang cantik, pastikan anda memasak cili dengan api yang perlahan dan kacau cili sehingga masak dengan sempurna)
3. Apabila sudah pecah minyak, masukkan bawang, cili padi, dan tomato lalu gaul dengan rata.
4. Masukkan kicap manis, gula, dan serbuk perasa lalu gaul sebati .
5. Masukkan ikan yang telah digoreng dan gaul ikan dengan rata.
6. Siap untuk dihidang.
Selalunya ikan patin digunakan untuk memasak gulai tempoyak. Namun sedap juga dimasak dengan ikan kerisi. Gulai tempoyak ikan kerisi ini pasti sedap kerana menggunakan resepi original dari Pahang. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Mastura Abd Rahman ini.
Bahan-bahan:
Cara-cara memasak:
1. Kisar atau tumbuk bawang putih, bawang merah, halia, cili merah dan cili padi lalu masukkan ke dalam periuk.
2. Masukkan ikan, bendi, tempoyak, serai dan air dan gaul rata.
3. Letak garam, gula dan asam keeping jika anda mahukan rasa sedikit masam.
4. Masak hingga mendidih .
5. Sedia untuk dihidangkan.
Ikan kerisi juga sedap dimasak dengan cara masak lemak cili api. Buat pengetahuan anda, resepi ini memerlukan ikan kerisi yang telah digoreng terlebih dahulu. Resepi ini telah dikongsikan oleh Norfarahin Dzimyati di laman Facebook.
Bahan A:
Bahan-bahan B:
Cara-cara memasak:
1.Tumbuk semua bahan A sehingga lumat.
2. Tumis semua bahan A sehingga pecah minyak.
3. Masukkan kesemua bahan B apabila bahan tumisan sudah pecah minyak.
4. Masukkan santan dan serai yang telah diketuk.
5. Perasakan garam, gula dan asam keping.
6. Apabila sudah mendidih dan masak, sedia untuk dihidangkan.
Lagi satu resepi ikan resepi yang berkuah boleh anda cuba ini dikongsikan oleh Bob Kelanang. Pasti ada yang tak pernah mencuba resepi masak asam rebus ini. Uniknya resepi ini menggunakan nanas. Berikut merupakan resepi yang mudah dan lazat:
Bahan-bahan:
Cara-cara memasak:
1. Masukan air, cili merah kisar, bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar ke dalam periuk lalu rebuskannya.
2. Tambah serbuk kunyit, garam dan asam keping. Biarkan mereneh.
3. Tambah daun kesum dan nanas.
4. Kemudian masukan Ikan kerisi dan didihkan hingga ikan masak.
5. Sedia untuk dihidangkan.
Resepi ini memang lazim dimasak dan digemari ramai kerana sangat mudah dan pasti menjadi. Ikan kerisi masak asam ini merupakan resepi yang dikongsikan oleh Aizah Zarirah. Buat pengetahuan anda, resepi ini juga sesuai untuk ibu berpantang.
Bahan-bahan:
Cara-cara memasak:
1. Goreng ikan dan angkat jika sudah garing.
2. Minyak yang sama tinggalkan sedikit di dalam kuali.
3. Tumis bahan hiris hingga kekuningan.
4. Masuk serbuk jintan manis dan serbuk lada hitam.
5. Gaul rata dan masukkan sedikit air.
6. Tumis sekejap.
7. Masuk air asam jawa secukupnya.
8. Masuk sedikit air untuk kuah ( agak-agak paras ikan).
9. Perasakan dengan sedikit garam, gula dan maggi cukup rasa.
10. Masuk ikan dan cili padi.
11. Apabila sudah mendidih, tutupkan api.
Gulai yang mempunyai rasa seakan gulai asam ini mempunyai sedikit kelainan dengan mencampurkan taucu. Resepi yang disediakan oleh Bob Kelana ini juga sangat mudah untuk dicuba terutama buat mereka yang baru belajar memasak.
Bahan-bahan A:
Bahan-bahan B:
Langkah-langkah memasak:
1. Ikan kerisi digoreng dengan garam dan kunyit.
2. Hiris kesemua bahan A.
3. Tumis semua bahan A.
4. Masukkan taucu.
5. Tambah air dan perasakan dengan gula dan asam jawa (garam tak perlu kerana taucu sudah cukup masin).
6. Tumis sampai mendidih
7. Masukkan ikan kerisi yang digoreng dan gaul rata.
8. Sedia untuk dihidangkan.
Resepi asam pedas ikan kerisi ini memang sangat mudah. Dikongsikan oleh Tengku Asmadi di Facebook, tengok gambar sahaja sudah pasti rasanya sedap. Anda penggemar asam pedas? Cubalah resepi ini!
Bahan-bahan:
Cara-cara memasak:
1. Tumbuk bawang putih, bawang merah, halia, buah keras, belacan dan kunyit hidup sehingga lumat.
2. Tumiskan bahan yang telah ditumbuk dengan minyak zaitun sehingga naik bau.
3. Masukkan cili kering yang telah dikisar dan kacau sehingga pecah minyak.
4. Masukkan air asam jawa, kacau dan biarkan 2 hingga 3 minit agar bahan tumisan menjadi serasi.
5. Masukkan air kosong mengikut kepekatan yang anda mahu.
6. Masukkan garam, gula, daun kesum dan bunga kantan.
7. Masukkan ikan kerisi dan biarkan asam pedas mendidih.
8. Masukkan bendi dan tomato, jangan biarkan bendi terlampau hitam dan lembik.
9. Sedia untuk dihidangkan.
Ada orang Terengganu di sini? Anda pasti mengetahui resepi singgang original yang sangat sedap walaupun simple. Resepi yang dikongsikan oleh Khadijah Jaafar, katanya sesuai untuk sesiapa yang sedang diet. Nak diet tapi nak makan makanan yang sedap? Ini buat anda!
Bahan-bahan:
Cara-cara memasak:
1. Bersihkan dan cuci ikan kerisi.
2. Kisarkan bawang merah, bawang putih, lengkuas, cili api & kunyit dengan 1 cawan air.
3. Masukkan bahan kisar, asam gelugor, garam & 2 cawan air ke dalam periuk atau mengikut kepekatan yang anda inginkan. Tambah cili api jika anda sukakan pedas.
4. Masak hingga mendidih.
5. Masukkan ikan kerisi, bendi & daun kesum ke dalam periuk.
6. Apabila ikan sudah hampir masak, masukkan tomato.
7. Biarkan seketika.
8. Singgang pedas siap untuk dihidang!
Menu istimewa ini telah dikongsikan oleh Ct Rasyidah di Facebook dan merupakan resepi dari ibunya. Ikan bakar ini berlainan dengan ikan bakar kerisi yang telah dikongsikan di atas kerana menggunakan rempah atau pes ciptaan khas dari ibundanya. Ini resepi yang pasti membuatkan anda bertambah jika dimakan bersama nasi panas!
Bahan-bahan A:
Bahan-bahan B:
Cara-cara memasak:
1. Kisar kering semua bahan A.
2. Gaulkan dengan cili giling, belacan, asam jawa, gula, garam & maggi cukup rasa.
3. Alas dulang dengan daun pisang dan letakkan sedikit pes yang telah disiapkan diatas daun pisang.
4. Susun ikan diatas pes tersebut
5. Masukkan juga bahan kisar ke dalam bahagian rongga perut ikan.
6. Lumurkan pes diatas ikan.
7. Bakar pada suhu 160°C selama 30 minit atau sehingga masak.
Jika tadi ada resepi asam pedas Melaka dan Terengganu, ini pula resepi asam pedas ikan kerisi dengan sentuhan Johor. Mudah, pantas dan sedap yang dikongsikan oleh Amalina Hanafiah. Jom tengok perbezaan yang membezakan asam pedas Johor dan negeri lain.
Bahan-bahan:
Cara-cara memasak:
1. Potong lada kering, rebus dan letak kan minyak sikit & air.
2. Potong halia, bawang merah & bawang putih.
3. Kisar semua bahan kecuali serai dan ikan kerisi.
4. Panaskan minyak masak dalam periuk.
5. Tuang semua bahan yang dikisar tadi. Tumbukan serai dan letak sekali.
6. Masak sehingga pecah minyak.
7. Masukkan air sebanyak 200ml atau mengikut kepekatan yang anda inginkan.
8. Apabila sudah mendidih, masukkan ikan kerisi, air asam jawa, sedikit gula, garam dan perasa.
9. Letak daun kesum atau daun limau purut mengikut citarasa anda.
Pernah dengar menu ikan masak tausi? Jika tidak apa kata anda cuba resepi yang dikongsikan oleh Arie Lazim di Facebook.Resepi unik dan pasti sedap dimakan lebih-lebih lagi dengan nasi panas, ulam rangup dan sambal belacan. Jom cuba!
Bahan-bahan A:
Bahan-bahan B:
Cara-cara memasak:
1. Panaskan sedikit minyak.
2. Tumis halia sehingga naik bau.
3. Masukkan tausi dan goreng sekejap.
4. Masukkan semua bahan yang bertanda B satu persatu.
5. Masukkan ikan yang sudah digoreng.
6. Masukkan air sehingga paras air menutupi ikan.
7. Masak guna api sederhana selama 1 atau 2 jam sehingga kuah tinggal sedikit.
Banyak rupanya resepi ikan tenggiri yang sedap belaka. Tidaklah jemu memakan ikan kerisi goreng dan masak asam sahaja. Yang pasti, jika anda makan menu tersebut bersama nasi panas, sudah pasti bertambah dan menjilat jari.
Jom kongsikan resepi ini kepada keluarga dan rakan-rakan yang baru mula belajar memasak. Bukan apa, resepi yang kami kongsikan ini sangat mudah, cepat dan sedap!
Nak belajar memasak atau mencari idea masakan lain? Jangan risau kerana kami telah berkongsi aneka resepi termasuklah resepi di bawah ini.