Ikan kembung merupakan antara jenis ikan yang banyak digunakan dalam masakan. Ianya juga sesuai dinikmati bersama apa jenis kuah atau sambal, jadi tidak hairan lauk ini memang cukup popular di kebanyakan gerai.
Tiada idea untuk memasak ikan kembung? Tidak mengapa, berikut kami senaraikan 10 resepi ikan kembung untuk anda. Teruskan membaca!
#1 Pepes Ikan
Pepes ikan merupakan hidangan Indonesia yang menggunakan isi ikan. Kali ini, apa kata anda cuba pepes yang menggunakan isi ikan kembung, pasti sedap! Resepi ini dikongsikan oleh Azizah Haji Mohd Asah di laman Facebook.
Bahan-bahan:
1 kg ikan kembung (diasingkan isi atau tulang)
500 g tepung ubi
1 kiub pati ayam
1 kotak santan
Serbuk perencah
Garam dan gula
Daun pisang untuk membungkus
Bahan kisar:
4 batang serai
5-6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit
Segenggam cili kering
Cara-cara:
Kisar semua bahan kisar hingga lumat dan tuangkan dalam kuali.
Masukkan sedikit minyak, kiub ayam, serbuk perencah, garam, gula dan santan.
Kemudian masak semuanya hingga pekat dan sejukkan sambal.
Gaul isi ikan kisar dengan tepung ubi.
Setelah sambal sejuk, campurkan dengan ikan kisar tadi. Gaul rata isi ikan dan sambal.
Letakkan 1 sdk adunan pepes atas daun pisang dan bungkus mcm kuih koci kemudian kukus selama 20 minit. Boleh juga dibakar hingga masak (dibakar sekejap sahaja).
Sedia untuk dihidang.
#2 Serunding Ikan Kembung
Serunding ikan kembung merupakan antara resepi ikan kembung yang wajib anda cuba. Ianya cukup enak dimakan bersama nasi putih panas atau roti. Resepi ini dikongsikan oleh Cik Pipah di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Bahan kisar:
12 biji bawang merah kecil
7-8 ulas bawang putih
1 biji bawang Holland
2 inci halia
2 inci kunyiit
2 inci lengkuas
4 batang serai
Cili kering
Cara-cara:
Masak bahan yang dikisar sehingga naik bau.
Letak ikan yang telah di buang tulang.
Masukkan santan, asam keping dan gula garam secukup rasa (boleh juga letakkan gula Melaka).
Keringkan sehingga betul-betul kering.
Sedia untuk dihidang.
#3 Sambal Berlada Ikan Kembung
Ada penggemar makanan pedas di sini? Inilah dia resepi yang wajib anda cuba – sambal berlada ikan kembung. Resepi ini dikongsikan oleh Tengku RosElyza Raja Muhammad di laman Facebook.
Bahan-bahan:
5-6 ekor ikan kembung (digoreng dahulu)
1 senduk besar cili kisar
10 biji cili padi hijau (dikisar)
3 biji cili merah hidup (dikisar)
2 labu bawang merah besar (dikisar)
4 ulas bawang putih (kisar)
1-2 batang serai (diketuk)
Asam keping
Gula dan garam secukup rasa
½ cawan air
Cara-cara:
Tumis bawang sampai kekuningan dan naik bau.
Masukkan bahan kisar lain, cili padi, cili merah dan cili kisar
Tumis sehingga sambal pecah minyak.
Masukkan serai dan asam keping.
Tumis lagi sehingga bahan sebati.
Masukkan garam dan gula secukup rasa (tambah air jika perlu).
Masukkan bawang hiris dan masukkan ikan goreng.
Sedia untuk dihidang.
#4 Ikan Kembung Percik
Selalunya kita menikmati ayam percik, apa kata kali ini anda cuba pula resepi ikan kembung percik? Aromanya yang harum pasti akan memikat hati ramai! Resepi ini dikongsikan oleh Kak Sha di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Ikan kembung
Bahan perapan ikan:
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
½ inci halia
Bahan kuah:
1inci lengkuas*
1inci halia*
3 ulas bawang putih*
4 ulas bawang merah*
2 batang serai*
1 asam keping
Sedikit gula melaka
Cara-cara:
Basuh ikan kembung dan perap dengan bahan perapan ikan.
Untuk kuah, kisar bahan bertanda *.
Campurkan dengan santan, letak asam keping dan perasakan.
Semasa bakar ikan, tuang kuah di atas ikan.
Terbalik kan ikan dan tuangkan kuah lagi. Boleh juga angkat dan celup kuah.
Sedia untuk dihidang.
#5 Ikan Kembung Goreng Tepung
Ini merupakan hidangan yang sangat popular di negeri Terengganu, namun anda juga boleh mencuba resepi ala ICT juga. Resepi ini dikongsikan oleh Mak Tam Mai Maisha di laman Facebook.
Bahan-bahan:
10-12 ekor ikan kembung
1 kampit @ 500 g tepung beras Cap 2 Gajah
2 biji telur
1 cawan air ais
1 kiub pati ikan bilis
1 sudu kecil gula
1 sudu besar air kapur makan yang jernih
½ sudu kecil serbuk kunyit
Garam dan serbuk perasa
Cara-cara:
Campur sebati semua bahan kecuali air ais.
Tambahkan air ais sedikit demi sedikit. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair.
Celup ikan dalam bahan tadi dan goreng rangup.
Sedia untuk dihidang.
#6 Ikan Kembung Rebus Air Asam
Ikan yang dimasak dengan cara rebus air asam ini memang sentiasa mendapat pujian ramai, jadi anda patut cuba resepinya. Resepi ini dikongsikan oleh Norhaniza Kamaruddin di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Ikan kembung (direbus dengan asam keping, sedikit air dan garam)
2 biji tomato (dipotong dadu)
2 tangkai cili merah (dipotong serong)
2 biji bawang besar (dipotong dadu)
7 biji limau kasturi (belah dua)
Bahan air asam:
Segenggam cili padi
Asam jawa (digaul dengan air suam)
1 sudu gula
1 sudu serbuk perencah
½ sudu garam
¼ belacan
Cara-cara:
Ikan jangan direbus terlalu lama. Angkat dan simpan di dalam bekas dan susunkan.
Kisar semua bahan air asam dan curahkan ke atas ikan.
Letak bahan yang dipotong dadu dan perah sedikit limau kasturi.
Seimbangkan taburan di dalam ikan.
Sedia untuk dihidang.
#7 Masak Lemak Putih Ikan Kembung
Masak lemak selalunya dibuat secara masak lemak kuning, kali ini apa kata anda cuba masak lemak putih pula? Ianya kurang pedas dan lebih manis. Resepi ini dikongsikan oleh Haryanti Alias di laman Facebook.
Bahan-bahan:
2 ulas bawang merah (dimayang)
1-2 inci halia (dimayang)
Sesudu halba
Lada / cili (dibelah separa putus)
2 keping asam keping
500 ml santan
Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara:
Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak menggunakan api sederhana.
Kacau sentiasa dan pastikan tidak pecah minyak.
Setelah menggelegak, matikan api.
Sedia untuk dihidang.
#8 Asam Pedas Ikan Kembung
Ini merupakan antara resepi ikan kembung yang menarik untuk anda cuba – asam pedas ikan kembung. Bahan-bahannya ringkas dan cara penyediannya juga mudah dan pantas. Resepi ini dikongsikan oleh Hana Ramli di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Serai
4 tangkai daun kesum
Air asam jawa / asam keping
Gula
Garam
Bendi
Ikan kembung
Tomato
Bahan kisar:
Bawang besar
Bawang putih
Lada kering
Halia
Belacan
Cara-cara:
Tumis bahan kisar dengan serai sehingga pecah minyak.
Masukkan daun kesum dan air asam jawa.
Perasakan dengan gula dan garam.
Masukkan ikan kembung, bendi dan akhir sekali, tomato.
Sedia untuk dihidang.
#9 Ikan Kembung Sumbat Sambal
Ini pula resepi ikan kembung yang wajib dicuba jika anda sukakan sambal, tambahan pula ikan sumbat sambal. Memang sedap! Resepi ini dikongsikan oleh Nasreen Zainol di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Ikan kembung
Garam
Gula
Asam jawa
Garam
Kunyit
Bahan kisar:
Cili kering
Bawang merh
Bawang putih
Sedikit jintan
Halia
Serai
Kunyit hidup
Asam jawa
Cara-cara:
Tumis bahan kisar dan masak hingga kering.
Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa.
Belah ikan kembang kepada dua dan sumbatkan bahan tadi.
Lumurkan ikan dengan asam jawa, garam dan kunyit.
Gorengkan ikan.
Sedia untuk dihidang.
#10 Kengsom Ikan Kembung
Bagi pembaca yang belum pernah terdengar tentang kengsom, ianya merupakan asam pedas ala Thai. Jadi, resepi ini wajib anda cuba jika nda belum merasainya. Resepi ini dikongsikan oleh Nana Picato di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Ikan kembung
Garam
Kangkung
Perahan air asam jawa
Bahan kisar:
6 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
sesudu serbuk kunyit
2 cm halia
2 sudu besar gula putih
6 biji cili kering
6 biji cili merah
Cara-cara:
Panaskan kuali dan masukkan minyak.
Masukkan bahan kisar dan kacau atas api.
Masukkan perahan air asam jawa.
Perasakan dengan garam secukup rasa.
Apabila mendidih, masukkan ikan dan kangkung.
Sedia untuk dihidang.
Resepi Menarik Lain
Selain koleksi resepi ikan kembung, kami juga ada menulis tentang resepi lain yang menarik. Jangan lupa untuk komen dan kongsikan kepada rakan-rakan. Selamat mencuba!