Mencari resepi ikan selayang yang boleh dicuba?

Ikan selayang merupakan antara jenis ikan yang cukup popular dan sering menjadi rebutan. Ianya mempunyai cara masakan yang berbagai dan juga boleh digunakan untuk menu seperti laksa, solok lada dan keropok lekor.

Kekeringan idea tentang cara masakannya? Jangan risau, berikut kami senaraikan 10 resepi ikan selayang untuk anda cuba. Teruskan membaca!

#1 Serunding Ikan Selayang

resepi ikan selayang
Imej via Facebook

Serunding ikan cukup enak dinikmati baik bersama roti, ketupat, nasi ataupun dimakan begitu sahaja. Cubalah resepi serunding ikan se;ayang yang enak ini. Resepi ini dikongsikan oleh Suraya Ismail di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 3 kg ikan selayang (direbus dengan asam garam dan diambil isinya)
  • 250 g santan
  • 3 keping asam keping
  • 3 buku gula melaka

Bahan kisar:

  • 12 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang hollad
  • 2 inci halia
  • 2 inci kunyit
  • 2 inci lengkuas
  • 12 tangkai cili kering (boleh tambah mengikut kepedasan)

Cara-cara:

  1. Tumis bahan kisar hingga naik bau.
  2. Masukkan isi ikan tadi, santan, asam keping dan perasakan dengan gula melaka.
  3. Keringkan sehingga betul-betul berderai (masa diambil selalunya 2 jam atau lebih).
  4. Sedia untuk dihidang.

#2 Ikan Selayang Rebus

resepi ikan selayang
Imej via Facebook

Ikan selayang rebus merupakan antara resepi ikan selayang yang cukup popula. Resepinya juga ringkas dan mudah. Resepi ini dikongsikan oleh Afy AL Habibi di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Ikan selayang
  • 1 sudu besar garam bukit
  • 1 senduk cuka
  • 2 keping asam
  • 1 relung kecil gula melaka *optional
  • Lengkuas (dihiris)
  • Halia (dihiris)
  • Daun pandan (dihiris)

Cara-cara:

  1. Siang dan bersihkan ikan selayang.
  2. Susun ikan dalam kuali dan taburkan garam bukit.
  3. Masukkan cuka dan asam supaya ikan pejal.
  4. Perasakan dengan gula melaka.
  5. Masukkan hirisan lengkuas, halia dan daun pandan untuk mewangikan ikan.
  6. Rebus ikan dalam api perlahan kira-kira 20 minit. Tutup dengan tudung periuk.
  7. Buka penutup periuk dan besarkan sedikit api untuk mengeringkan air ikan yang terhasil sebelum ditutup api.
  8. Biarkan semalaman untuk rasa yang meresap dan sebati.
  9. Sedia untuk dihidang.

#3 Ikan Selayang Goreng Tepung

resepi kan selayang
Imej via Facebook

Bagi yang menggemarkan makanan yang rangup, cubalah resepi ini – ikan selayang goreng tepung. Rangup di luar dan manis isinya! Resepi ini dikongsikan oleh Nurul Shahida di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Ikan selayang
  • Tepung beras
  • Garam halus
  • Kapur sirih
  • Telur
  • Pewarna kuning telur *optional
  • Air sejuk (jangan terlalu pekat atau cair)
  • 3-4 ketul ketul ais

Cara-cara:

  1. Basuh ikan dan tos airnya.
  2. Gaulkan bahan semua bahan kecuali ikan hingga sebati.
  3. Masukkan ikan ke dalam bahan tadi dan salutkan ikan.
  4. Panaskan minyak dan goreng hingga rangup.
  5. Sedia untuk dihidang.

#4 Gulai Ikan Selayang

resepi ikan selayang
Imej via Facebook

Ikan selayang juga cukup sedap jika dibuat gulai. Aroma kuah yang harum serta rasa gulai yang berempah pasti akan membangkitkan selera anda. Resepi ini dikongsikan oleh Nor Faezah Faezah di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 7 ekor ikan selayang
  • Santan
  • Serbuk perencah *optional
  • Asam keping/asam kandis
  • Garam
  • Lada hidup besar hijau (dipotong)
  • Lada hidup besar merah (dipotong)

Bahan kisar:

  • Lada kering besar
  • Lengkuas
  • Kunyit hidup
  • Bawang merah

Cara-cara:

  1. Masukkan santan dan bahan kisar ke dalam periuk.
  2. Masukkan asam keping/asam kandis dan garam.
  3. Didihkan di atas api, kemudian masukkan lada hidup
    besar hijau & merah.
  4. Bila dah mendidih, masukkan ikan. Sentiasa kacau perlahan supaya gulai tak berketul.
  5. Boleh masukkan serbuk perencah jika mahu.
  6. Kacau-kacaukan hingga masak.
  7. Sedia untuk dihidang.

#5 Ikan Selayang Goreng Berempah

Imej via Facebook

Hidangan ini cukup simple, namun ianya sangat sedap. Walaupun dimakan dengan nasi putih panas sahaja, rasanya tetap menyelerakan! Resepi ini dikongsikan oleh Faoziyah Faru di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Ikan selayang

Bahan tumbuk:

  • Jintan putih
  • Ketumbar
  • Garam
  • Serbuk kunyit
  • Cili padi

Cara-cara:

  1. Belah ikan selayang.
  2. Salutkan ikan dengan bahan yang ditumbuk tadi.
  3. Boleh jemur ikan atau terus masukkan ke dalam bekas dan sejukkan dalam peti ais.
  4. Goreng garing.
  5. Sedia untuk dihidang.

#6 Sardin Ikan Selayang

Imej via Facebook

Ingin menyediakan sardin? Cubalah resepi sardin ikan selayang ini. Lebih menyegarkan dan menyihatkan jika anda buat sendiri di rumah! Resepi ini dikongsikan oleh Linda Martopo di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 7-8 ekor ikan selayang (dibersihkan)
  • 2 biji bawang besar
  • 3 biji bawang putih
  • ½ inci halia
  • 7 sudu besar besar sos cili
  • 5 sudu besar besar sos tomato
  • 1tin besar puri tomato
  • Sedikit minyak masak
  • Sedikit air
  • Garam

Cara-cara:

  1. Buangkan ekor, kepala, tulang dan sirip ikan selayang. Toskan dan ketepikan ikan.
  2. Kisar bawang putih, bawang besar dan halia hingga hancur.
  3. Satukan ikan dengan bahan kisar dan bahan-bahan di atas.
  4. Pastikan ikan tenggelam di dalam kuah.
  5. Tutup periuk rapat-rapat, kemudian reneh selama 4jam dengan menggunakan api paling kecil atas dapur gas.
  6. Jika kering, tambahkan air.
  7. Terbalikkan ikan setelah satu jam pertama. Jangan kacau supaya ikan tidak hancur.
  8. Sedia untuk dihidang.

#7 Roti Bom Ikan Selayang

Imej via Facebook

Jarang didengari, namun rasanya dijamin sedap sekali. Kelembutan roti serta isi ikan selayang yang enak merupakan gabungan yang mantap. Resepi ini dikongsikan oleh Hanis Azizan di laman Facebook.

Bahan-bahan:

Bahan inti ikan:

  • 1-2 kg ikan selayang
  • Asam keping
  • Garam
  • ½ kg santan
  • Bawang besar (dipotong dadu / dimayang nipis)
  • 2 sudu besar halba
  • Halia (dihiris nipis dan panjang
  • Gula

Bahan roti bom:

  • 1 cawan tepung pulut
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu kecik garam
  • 1cawan kelapa parut muda
  • 4 sudu pekat santan pekat
  • Air secukupnya

Cara-cara:

  1. Rebus ikan selayang dengan asam keping & garam. Perisikan isinya.
  2. Masukkan isi ikan, bawang, halia, halba & santan dalam kuali. Kacau sebati.
  3. Letak atas api. Masukkan garam & gula secukup rasa.
  4. Masak hingga kering dan ketepikan.
  5. Untuk kuih bom, gaul sebati tepung pulut, tepung gandum, kelapa parut & garam.
  6. Masukkan santan dan gaul sebati
  7. Masukkan air dan uli sampai adunan tak melekat dekat tangan.
  8. Bulat-bulatkan dan masukkan inti.
  9. Gorengkan dengan api perlahan.
  10. Sedia untuk dihidang.

#8 Sata

Imej via Facebook

Sata merupakan makanan tradisi Terengganu yang sangat popular. Anda tak perlu jauh-jauh ke Terengganu kerana anda boleh cuba resepinya sendiri di rumah. Resepi ini dikongsikan oleh Fatin Adila Razali di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 5 ekor ikan selayang
  • 3/4 biji kelapa putih
  • 6 biji bawang merah (ditumbuk)
  • Seinci halia (ditumbuk)
  • Sedikit daun kesom (diracik halus)
  • 1 sudu besar cili boh
  • 1 biji telur
  • Garam, gula dan sedikit perasa
  • Cili api potong kecil2 tak nak pedas potong cili besar
  • Daun pisang (dilayur atas api)

Cara-cara:

  1. Ambil isi ikan selayang dan tumbuk atau kisar.
  2. Gaulkan dengan semua bahan di atas.
  3. Ambil daun pisang dan buat kelongsong.
  4. Bakar atau goreng menggunakan kuali leper.
  5. Sedia untuk dihidang.

#9 Cucur Ikan Selayang

Imej via Facebook

Selain dibuat menjadi sata dan roti bom, ikan selayang juga boleh dibuat cucur. Memang rugi jika anda tak cuba resepi ini kerana ianya sedap! Resepi ini dikongsikan oleh Rose Hassan di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Ikan selayang (ditumbuk namun tak terlalu lumat)
  • Tepung
  • Daun bawang
  • Bawang merah

Cara-cara:

  1. Campurkan kesemua bahan di dalam satu mangkuk. Gaul sebati.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga mencapai kepekatan yang diingini dan gaulkan lagi.
  3. Panaskan minyak dan goreng.
  4. Sedia untuk dihidang.

#10 Sup Ikan Selayang

resepi ikan selayang
Imej via Facebook

Kali ini kita cuba resepi yang menyihatkan pula – sup ikan selayang. Jika dinikmati semasa cuaca sejuk, pasti sesuai! Resepi ini dikongsikan oleh Hanizah Mat Hassan di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Halia
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Rempah 4 sekawan
  • Serai (diketuk)
  • Air
  • Sayur
  • Ikan selayang

Cara-cara:

  1. Tumis halia, bawang merah dan bawang putih.
  2. Masukkan rempah 4 sekawan dan serai yang diketuk.
  3. Masukkan air dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan sayur dan ikan selayang.
  5. Sedia untuk dihidang.

Resepi Menarik Lain

Selain koleksi resepi ikan selayang, kami juga ada menulis tentang resepi lain yang menarik. Jangan lupa untuk komen dan kongsikan kepada rakan-rakan. Selamat mencuba!

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.